Thursday, June 20, 2013

Pagi yang suram..

Pagi ni pagi2 lagi aku rasa tensioon sebab tiba2 asben aku senyap je sepanjang dalam kereta...aku tahu ada la tu yg aku buat yang dia tak berkenan.. Aku pun malas la nak tegur...klu tanak cakap dgn aku sudah!! Malas aku nak tegur..tapi bila dah macam ni, mood aku tiba2 hilang la. Sampai ofis, suma aku buat rasa tak kena..Rasa nak marah,..tapi tak tahu nak marah sapa...aku kena bertenang...fuhhhh..tarik nafas...hembus slow2... aku takleh tension sgt, nnti pengeluaran susu aku terganggu...Aku tak suka la camni...benciiiiiii!!!!

Pagi ni mmg aku kelam kabut, bangun pagi2...mandi n solat..lepas tu susukan Aisyah, terus pegi sidai baju kat ampaian. Aisyah pulak nangis nak berdodoi, tapi mujur mak mertua aku datang dan letakkan Aisyah dalam buaian. Mmg rasa bersalah sangat sebab x sempat nak berlama2 dukung2 Aisyah. Lepas tu aku pegi geledah kotak2 sbb nak cari tudung utk matchkan dgn baju batik aku. Tapi asben aku packing kat mana ntah. Tu yang aku pagi2 lagi dah membebel..baju2 yang dia pakai ke yang dia tak pakai je pandai je dia amik sangkut dalam almari tapi baju aku suma dia sumbat dalam kotak. Disebabkan aku tak jumpa tudung yang sesuai, jadi terpaksa la aku gosok n pakai uniform. Tup2 lepas tu, asben aku dan muncung...bencikkk!

Pagi2 lagi bos dah panggil semua untuk meeting ringkas...bila bincang pasal report, aku antara nama2 yang di highlight kan oleh bos sbb xde fail siap...hmmm...no comment!




Wednesday, June 19, 2013

Mimpi Ngeri

Hari ni dah empat hari aku masuk keje.. bekerja kat ofis baru dengan semangat dan azam yang baru...haha kelakarnya..

Semalam aku bermimpi...memang sampai sekarang ni aku teringat2 mimpi yang ntahpape tu...mmg menyakitkan hati..aku mimpi asben aku kahwin dua..memang mula tu aku merestui la hasrat asben aku nak berkawin sorang lagi sebab dia nak kawin bukan sebab nafsu tapi nak tolong sorang pompuan ni (janda) bela nasib dia. so, aku pun benarkan la..satu hari kami pegi tengok rumah kami yang dalam pembinaan..asalnya pompuan tu takde tapi masa balik tu tiba2 pompuan tu boleh pulak ada dlm keta aku. Asben aku dan pompuan tu duduk kat seat belakang dan aku drive keta dan anak aku duk sebelah aku...sepanjang perjalanan tu asben aku asyik duk beramah mesra dgn pompuan tu tanpa pedulikan aku yang tgh drive tu..duk pegang2 tangan..cuit2 pipi...sendeng2...heeeee gerammmnyaa..aku yang tengh duk drive ni mmg dah hangin dah. Then kami berenti makan kat satu tempat. Aku dan anak aku dah cari meja lain tapi asben aku dan pompuan tu datang menempel dekat meja kami..aku pun apa lagi...hahaha aku baling tray (aku makan dgn tray yang macam kita guna klu makan kt dewan makan asrama) kat pompuann tu. Aku ingat dia nak balas balik kerja kan aku ke apa, rupa dia rilex je... then pompuan tu blah...aku membebal la kat laki aku..aku cakap, aku tak kisah dia nak kawin lain, tapi tolong la jaga hati aku ni...jgn duk tunjuk2 kemesraan dorang depan aku. Aku bagitahu dia..aku nak bercerai..muktamad! then terus aku terjaga..jam sudah pukul 7 pagi dol..terus kelam kabut bersiap nak  pegi kerja..

Memang aku teringat2 je mimpi tu dan aku geram betul dgn laki aku..gataiiii..klu betul dia buat camtu kat aku..siap la dia!!!

Wednesday, June 12, 2013

Aisyah oh Aisyah

As salam..

Cerita kali all about Aisyah...smlm semalaman aku tak tido sbb Aisyah tanak tido. Lepas azan subuh baru dia betul2 tido dgn lenanya...huuaaaa tak kesian kt ibu ke Aisyah oooii?? Klu ibu dah masuk keje dan Aisyah masih suka berjaga malam, memang mata akan jd mcm mata panda tau..huhu..skrg ni boleh la nk buat mcm tu. Disebabkan Aisyah dah buat ibu hangin smlm, terus ibu dpt satu idea "siap la awk esk Aisyah..tengok bape lama awk boleh tido esok siang..sbb ibu takkan benarkan awk tido...ibu akan bangunkan Aisyah walau cmne susah sekalipun...". Esoknya, bila aku kejutkan Aisyah bangun..boleh dia marahkan aku balik..Pandai awk ye..nangis raung2 mcm ibu pukul, pdhal ibu cuba bangun kan dia je pun..then dia jaga la kejap tu pun asyik duk nangis2 je. Ibu pun xleh nk buat keje lain. Akhirnya ibu kalah jgk dgn Aisyah..untuk senyapkan dia, terpaksa la aku tidokan dia blk...hari ni mungkin xlama awk jaga..kita tngok esk lak camne..by time ibu dh msuk keje, ibu akan pstikan Aisyah dah tanak tido for the whole day...itu jnji kosong ibu..sedihnya...




Sunday, June 9, 2013

Anak2...

Ank bercerita pnjg..just nk tepek gmbr 2beradik ni je..


                                                                         End up....

Aisyah selepas bersiram.



Saturday, June 8, 2013

Our 3rd anniversary

Assalam..

Jam kt hp ni dh pkl 1.51am tp aku xtido lg..aku xleh tido lagi sbb Aisyah dan mula bangun dan nangis2. Tp skrg ni dia ok lagi..tido dlm rocker. Tu pun kejap lena kejap jaga..dah sebulan dah Aisyah mcm ni. Hmmm..harap2 nnti ibu dah msuk keje, Aisyah dah tak meragsm dh mlm2..sian la ibu ni...mata dah lebam2 mcm kena tumbuk.

27hb Mei hari tu ulangtahun perkahwinan aku yg ke3..rasa mcm dh lama kawin, tp br 3thn rupanya..tp kami xcelebrate pun..ms ulangtahun yg pertama, kami bercuti ke Sabah rasanya..time tu aku tgh pregnant 3 bulan..ulangthun ke2, kami mkn2 kt kenny rogers je dan yg kali ni kami bg hadiah to each other. Aku dh dpt hadiah dr asben tp hadiah aku utk asben hutang dulu sbb aku xkuar shopping pun skrg ni.

Aku nk msuk tido n cuba tidorkan Aisyah..nite...

Thursday, June 6, 2013

Seminggu sebelum kembali ke pejabat...

As salam...

I'm back..banyak betul nak tulis. Tp bila tulis tentang A, lupa pasal B...Bila ingat pasal B, lupa pulak psl C...smpi bila2 tak habis cerita aku ni.

First of all...hanya tinggal lagi seminggu untuk aku rilex dan bersenang lenang di rumah mak aku sebelum aku masuk bekerja semula...apa perasaan aku? Hmmm...quite happy jugak nk masuk keje..lama aku tak sarung pakaian keje aku..nak bekerja kat office baru..nak mulakan bekerja dengan cekap dan amanah.. Tapi xseronok jugak, sbb slps ni..tak tahu bila lagi aku berpeluang nak duduk rumah mak aku lama2..unless aku beranak lagi anak yg ke3. Hahaha...klu ada rezeki apa salahnya..tp biar la Ariff dan Aisyah besar n masuk sekolah...baru la aku boleh pikir yg tu.. Pikiran bercelaru bila ingat psl balik bekerja sbb kami dah homeless. Slps ni kami akan menumpang dulu kt rumah mak mertua aku untuk tempoh yg agak lama rasanya mmndangkan rumah aku masih lambat lagi nak siap.

Bila cerita pasal rumah aku hangin betul dgn contraktor yg bina rumah aku tu..mmg laa dorang ni licin mcm belut..dulu masa kami belum sign agreement, wah bukan main call selalu..skrg bukan main susah nak pickup call..bukan nye reti nak return call...janji bukan main manis..walaupun Kontraktor tu camtu...hrp2 rumah aku siap dlm tahun ni jgk..or else aku akan usahakan kontraktor tu pun akan bercelaru mcm aku jgk..hehe cam hebat je kan aku ni...lets wait n see honey...

Impian aku nak jlnkan bisness online kan? I did...aku dan buka satu akaun fb utk jual jubah..but.....unfortunately satu jubah pun tak terjual lagi...takpe2.. Putus asa tak boleh ada dlm kamus hidup aku ok...dah bnyak kali dah aku fail tp aku takkan give up...hopefully yg ni kekal lama dan akan ada pembeli...aku bukan idam untung beribu2.. Cukup la dpt lepas belanja baju anak2..dan niat aku nk tolong ringankan beban asben aku...nnti bila duit rumah dah potong, mungkin perbelanjaan kami agak terhad..murahkan la rezeki kami Ya Allah...

Kali ini, slps lahirkan Aisyah, aku mmg tak banyak simpan EBM...tak sempat nak pum..susu pun tak semeriah masa selepas beranakkan Ariff..nmpknya aku kena start kumpul EBM lepas masuk keje la..harap2la susu badan aku meriah berbanding masa aku susukan Ariff dan boleh susukan Aisyah sampai dia umor 2thn....bercakap pasal Aisyah,...fuhhh..kadang2 kesabaran aku teruji jgk sbb dia suka sgt jaga n nangis pkl 2 3 pagi..siang mmg dia mmbuta je..mmg klu siang, aku rilex sgt..Aisyah mmg jauh beza klu nk compare masa baru2 bersalin dulu..dulu kecik je...skrg ni mmg berat betul minah ni...actually lepas pantang, aku takde la rilex sgt kt rumah..semua hal anak2 aku uruskan sendiri kecuali mandikan Aisyah..sbb kesian kan mak aku...biar la aku yg berpenat pulak..dah la hal masak memasak tu mak aku dah buat.aku reti setakat basuh pinggan jek.

Aisyah masa dlm wad..gmbr ni close up..time ni dia kecik sgt2.. .

Ni gmbr terkini Aisyah...berat x pasti sbb x timbang...dh mcm di pam2 dah

ni pulak abg Ariff yg penyayang..tgh tengok katun

Bila duk sesaja tu kan mmg bnayak cerita nak tulis kt blog..tp tu la...bila da menulis dah lupa dah psl cerita yg bnyak2 tu...jadi, end of the story....bersambung di post yg akan dtg...