Semalam pegi kenduri kat Rantau Panjang. Balik singgah beli tanah untuk bercucuk tanam. Sampai rumah, tukar tudung je.. dengan baju kurung tu aku terus mulakan misi untuk menanam. Letak tanah yang beli kat tempat yang nak menanam, tiba2 turun la askar2 seramai 3 batalion nak menolong sama. Sorang nak tolong bubuh tanah, sorang nak main shovel ibu, sorang nak tolong siram pokok. Adussss pening kepala ibu.
Ok, sebelum ibu jadi Incrdible Hulk, ibu pun tinggalkan askar2 kat tempat menanam pokok dan ibu pegi bakar sampah dan rumput2 kering. Tiba2 ibu tengok askat2 ibu dah berbaris ikut ibu nak main api. Kadet Alisha pulak asyik la nak berlari ke jalan. Si Ariff duk lari merata2. Aisyah pulak duk main2 tepi api. Ibu dah mula stressss.. terus tinggalkan tempat kejadian. Tutup pagar supaya dorang tak lari ke jalan. Biar kan askar2 tu bertempur sesama dorang. Dalam menghadapi gangguan askar2 tu, sempat jugak la ibu tanam pokok halia yang baru bercambah dan tabur biji lada. Harap cepat2 la keluar pokok.
Pagi tadi dalam kelam kabut pegi keje, mujur sempat siram pokok halia tu kejap...
Semalam...duk bersantai2 depan TV, aku meluahkan rasa tak puas hati aku kat suami. Cakap kat dia tolong pantau kan anak2 bila saya berkebun. Saya tanak sebarang gangguan. Kemainn kerek kan?? mengalahkan diva je.
Husband: Kalau saya, saya takkan bersusah2 tanam pokok. Saya beli je kat kedai bunga yang dah siap tanam. Letak je dalam pasu. habis cerita.
Saya: Masalahnya sy bukan tanam bunga. Saya tanam halia, serai, lada.... semua tu untuk di makan.. takpayah susah2 beli.
Husband: Setakat ni, awak yang paling pelik.
Saya: Apa yang peliknya?
Husband: Tanam sayur betul2 depan rumah. Biasa orang tanam pokok2 gitu kat belakang2 rumah jek.
Takde yang pelik pun..... Actually banyak lagi perancangan aku. Aku memang dengan niat tanam pokok2 tu depan rumah sebab belakang rumah aku nk tanam pokok2 besar mcm pokok durian belanda, pokok mangga... Semua dah di rancang dengan teratur dah terperinci gitu.....
No comments:
Post a Comment