Kisah semalam...
Semalam kan aku ada tulis Aisyah mcm kena kacau kot, asyik nangis time maghrib. Aku dah bgth husband aku, kita kena bawak Aisyah pegi jumpa ustaz... at least minta air tawar sebab aku tak sedap hati tiap kali dia nangis lain macam..... Husband aku mana nak percaya benda2 cam tu. Aku pulak yang kena marah dgan dia.
So since aku berhasrat dan berikhtiar supaya Aisyah tak nangis pelik camtu..so aku pun riki2 dengan kawan ofis aku ni. Tempat ustaz yang boleh ubatkan orang yang kena kacau. So petang semalam kami pun keluar la pegi jumpa ustaz tu. And guess what,,.. rupanya ustaz tu aku penah datang 3 4 kali dalam 2 3 tahun lepas masa Ariff dan Aisyah tak boleh tidor malam... Aku mulanya tanak turun sebab segan + tak yakin sangat dengan ustaz tu. Tapi memandangkan segan dan kesian pulak aku dgn ofismate yang bersungguh bawak aku pegi sana, so aku turun jgk la jumpa ustaz tu. Dapatkan air tawar.. dah siap.
Balik tu aku tak bagitahu pun kat suami. Takut dia marah + aku pegi pulak dgn ofismate laki. Air tawar tu pun masih dalam kereta.
Balik2 petang semalam...aku rasa tekak aku sakit. Actually tekak aku ni dah 3 minggu duk sakit jah. Sakit nak telan air liur, minum dan makan. Tidur malam pun tak lena sebab asyik duk sakit tekak. Ingatkan aku tonsil, so aku pun duk pantang minum air sejuk dan dok minum air panas/suam je nak suruh tonsil aku ni cepat lega. Minggu pertama sakit, dah pegi jumpa doktor. Doktor bgth sakit aku bukan sebab tonsil. Tapi radang mungkin sebab nak batuk. Ok fine, Doktor bagi ubat. Tapi aku tak makan sebab aku tak percaya dengan doktor tu. Haha. Kuang asam kan... Sebab tak makan ubat, jadinya sakit tekak pun tak hilang la. Sampai la hari Isnin rasa macam dah tak sakit... jadi malam tu aku pun minum la air pepsi sejuk. Pagi selasa dah start rasa sakit balik sampai la semalam rasa macam sgt sakit bila nak telan air liur.
Petang semalam...lepas maghrib aku tinggalkan anak2 dgn suami, aku pegi klinik sorang2. Nak bawak anak tiga orang pi klinik rasa macam leceh, dengan dorang yang masih tak makan lagi...kesian jugak. Dalam perjalanan. Duk berdoa. Jangan la ada penyakit yang pelik2. Hilang nikmat dunia aku selama ni. Anak2 kecik lagi. Sampai klinik, bila misi buka pintu, sipi2 nampak la doktornya... alamak, doktor ganti je ke??? Adooiii...aku tak percaya kalau setakat doktor2 ganti ni. Tapi memandangkan dah datang dan sakit rasa macam mengganggu.. jadi aku tunggu je la turn aku. Pasrah.
Turn aku. Jumpa doktor, Mudanya alahaii.. Nganga. Terus dia cakap. Ada luka dlm tekak mungkin sebab 'melecet'. Dia bagi ubat radang. Takde yang teruk, so dia cakap tak payah risau. Aku pun apa lagi..terus sambung. Aku risau takut sakit yang pelik2 je cam kanser ke mamandangkan aku duk sakit dah tiga minggu dah. Tapi bila dah doktor cakap ada luka tu...at least aku percaya la, Ada point la sebab aku tekak sakit,.. balik terus makan ubat dan pagi ni dah rasa ok sket....
Begitu la kisah sakit tekak aku. Harap makin ok.
No comments:
Post a Comment