Monday, March 13, 2017

Aisyah turns 4 today

Alhamdulillah.. Aisyah dah turns 4 today. Alhamdulillah, kami panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada-Mu Ya Allah kerana kurniakan kesihatan yang baik kepada Aisyah... perjalanan hidup yang lancar dan agak baik kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah...... kami mohon agar kebaikan yang berterusan sampai hujung ajal kami. Aminnn....

Semalam, bawa Aisyah pegi beli kek utk celebrate birthday dgan kawan2 kat school. Excited sungguh dia. Lepas tu bawk dia pegi DIY cari gelang dengan cekak rambut sebagai hadiah birthday la kengkononya.. Tak ingat pulak nak snap gambar kek dan barang2 yang dibeli serta moment Aisyah kat kedai kek. memang Aisyah nak sangat gelang... selalu duk pakai gelang lama yang tak cantik langsung... Bila pegi sana, Ariff pulak over... mainan dia pulak yang lagi mahal dari birthday girl. So cukupla cekak rambut princess dan gelang je la sebagai hadiah ikhlas dari ibu untuk tahun ni. 

Balik rumah petang ni, tcer Aisyah wasap gambar Aisyah sambut birthday kat school. Aisyah macammm jek. Tak seronok ke sambut birthday diri sendiri Aisyah??







Beralih cerita kepada Alisha pulak. Hari Khamis ni Alisha ada appoinment kat ENT HRPZ sebab telinga dia keluar nanah bulan lepas. Dua minggu jugak la ada nanah. Lepas amik antibiotik, nanah dah takde tapi still jugak kena refer hospital takut ada komplikasi lain. Harap2 takde pape yang serius. Aku dah apply cuti untuk Khamis ni. Tak sabar pulak aku nak ke hospital sebab dah lama tak gi hospital. Haha

Cerita pasai Ariff Sufyan pulak. Ariff ni selalu buat ibu pening. Belajar kat tadika islamic, tapi liat kemain nak solat... Sampai tcers dia macam dah lali kot Ariff camtu. Selalu nasihat dan bagi kata2 semangat kat dia, tapi macammm tak masuk je. Tapi aku akan sentiasa bagi dia nasihat dan kata2 semangat, biar satu hari akan menusuk ke hati dia. 

Apa je harapan kita sebagai mak-mak ni. Mestilah kita nak tengok anak2 kita membesar dengan sempurna dan sihat, dapat pendidikan dunia dan akhirat serta jadi orang yang berguna kepada keluarga, agama dan negara kannn... 



No comments:

Post a Comment