Sunday, November 17, 2013

Pengalaman bercuti....

Aku balik dari KL 2 hari lepas. Sampai rumah dlm pkl 10 mlm...penat takyah cerita la. Dgn Aisyah yg demam dan Ariff yg bnyk meragam di dlm perjlnn pergi dan balik. Budak2 kan....mana la dorang tahan klu berada dlm kereta berjam2...

Misi kami untuk ke Gold Coast Morib tetap tercapai walaupun Aisyah demam... Boleh la Ariff dan abahnya main air walaupun sekejap je... Asben aku cakap ni mungkin kali terakhir dia datang GCM.. hahaha dah serik la tu...

Jadi rumusan dari percutian kami ni, aku boleh simpulkan bahawa klu nak suruh percutian aku betul2 best, kena la tunggu anak2 aku besar sket.... sekurang2nya Aisyah boleh jalan....dan Ariff boleh manage things on his own...



Wednesday, November 6, 2013

Cuti panjangggggg......

Aku kembali bekerja setelah lima hari bercuti...seronok sungguh lepak2 kat rumah walaupun sedikit penat melayan karenah anak2..

Nnti minggu depan pun aku cuti lagi. Cuti keputeraan Sultan Kelantan  pada 11 dan 12 November. Asben aku sebenarnya bising2 sebab aku tanak pegi jalan mana2... malas sungguh aku nak berjalan-jalan kalau ada anak-anak kecil ni.lagi pulak kena travel berjam2 dlm kereta..dah la sekarang ni musim hujan, mana seronok nak jalan2,..lagi satu Aisyah kecik lagi. Sian dia kalau aku duk usung dia pegi sana sini tapi dia tak tahu pape..tapi memandangkan cuti ni agak lama macam bersalah pulak kat asben aku kalau memanjang je lepak kat rumah.. sekali sekala bawa Ariff and Aisyah jalan2 pun ok gak.. kena la aku mengalah demi suami dan anak2...

So, kali ni kami plan nak gi Gold Coast Morib. Aku beli pakej dalm Groupon utk Studio Suite 2d1n hanya RM168. Kalau tak beli pakej harganya mungkin cecah RM500 or above. Kalau rega camtu memang takla aku pegi sana. Baik aku beli kambing sekor untuk akikah Aisyah je. Kami belum buat lagi akikah untuk Aisyah sebab kami nak tumpang kenduri kawin adik aku nnti bulan 3 tahun depan.

Jauhkan kami pegi main air? Nak buat camne kat tempat kami mana ada water park camni.. Paling dekat Gambang water park kot, tapi tak terbuka lagi hati kami nak ke sana. Kalau datang KL boleh jugak kami pegi shopping and jumpa adik beradik kami kat sana... bukan selalu pun jalan jauh... kan kan kan

Tapi biasa la sejak bergelar ibu kepada 2 anak2 kecik, kalau nak jalan jauh camni,..aku kena la buat list apa yang nak kena bawak...banyak keje kan? kena la aku biasakan diri aku......