Tuesday, January 21, 2014

Lambat je manjang.....

Macam ini la kehidupan seorang IBU agaknya...dan aku baru nak merasa kot. Sejak aku beranak dua ni manjang je aku lewat ke pejabat. Penah la jugak tu punch card aku merah for the whole week. Gilaa.

Pagi aku sangat memenatkan. Bangun tido, mandi n solat,..kebiasaannya elok2 je aku sarung baju keje, Aisyah akan bangun tido time ni. Macam tau2 je ibu nak tinggalkan dia. Lepas susukan Aisyah, aku suh mak mertua aku pegang dia. Memang menangis2 dia tanak duduk dgn nenek. Sian dia, Ibu banyak keje nak.....

Lepas tu aku basuh botol2 susu anak2. Kalau basuh pagi memang tak sempat nak rendam air panas pun unless mak mertua tolong rendam kan utk aku. Dulu aku memang cuci botol dan rendam air panas sekali, tapi selepas cerita2 yang menakutkan, aku dah tak berani nak duduk kat dapur sorang2 cuci botol susu. Lepas tu, aku jemur baju..

Sekarang ni sejak Ariff masuk nursery, dia pun akan bangun awal jugak. Aku kena mandikan dan siap2kan Ariff. Hantar dia naik motor dengan nenek dia. Biasa dia taknak berenggang dengan aku dan abah dia sebab dia tahu kami nak tinggalkan dia,. Nak memujuk dia naik motor tu pun makan masa lagi. kadang2 tu time mood dia tak ok, memang kena menyorok kami nak ke pejabat, tanak bagi dia nampak. Tapi bila dia dengar enjin kereta, memang melalak2 la dia nangis lepas tu...kesian Ariff... Last2 pukul 8 pagi jugak baru kami betolak ke tempat keje. Macam mana tak lambat??




Wednesday, January 1, 2014

Tahun baru.....

Waahhh...tahun 2014 sudah!! harap tahun ni aku lebih success dan lebih proaktif berbanding tahun lepas.... Azam baru tahun ni lebih kurang cam tahun lepas je, cuma tahu ni aku harap:

  1. Aku boleh perform lagi baik dalam kerja aku, takpe la takde orang kisah perasan pun akan prestasi aku ke apa, yang penting aku rasa puas hati....
  2. harap rezeki aku dan suami dan anak2 lagi murah tahun ni....
  3. Aku betul2 serius nak buat bisnes....harap aku dapat mulakan dan laksanakan dlm tahun ni
  4. Harap kehidupan kami anak beranak makin rapat dan bahagia serta dikurniakan kesihatan yang baik..... 
Bercerita pasal rumah buat aku sakit hati je. Patutnya at this time rumah aku dah siap sebab rumah sebelah aku yang naik lambat dari rumah aku pun dah naik pagar..Esok lusa dorang dah boleh duduk situ dah.  Sekarang ni rumah tgh tampal tiles tapi jadi masalah pulak bila tukang tu tampal tak rata... dah berbukit2 pulak lantai rumah aku. Dah hilang mood aku nak masuk gambar. Masing2 main tuding2 jari...yang si kontraktor kata tukang tu tak tnya dia main tampal tiles, si tukang pulak kata si kontraktor ni main suruh je dia tampal walaupun tahu lantai rumah aku tu tak rata...bodoh la masing2... aku tak kira, pandai2 la dorang fikirkan jalan nak ratakan lantai rumah aku tu...