Thursday, August 28, 2014

Bed with storage

Haaa....langsir dah settle...cabinet and wardrobe dah survey...sekarang dah boleh survey utk furniture plak. Aku berkenan sangat dengan katil yang ada storage kat bawah dia, sebab aku pikir dlm jangka masa yg panjang, nnti barang2 kat rumah aku mungkin akan bertambah dan nnti mesti aku mati kutu mana nak sorok semua barang bila segala almari kat rumah dan penuh. Jawapan dia yang paling bijak adalah simpan bawah katil. Tapi tanak la letakkan storage dan kotak2 macam tu je kan. Mesti nak sorok elok2, dan mata pun tak sakit nak pandang. Tapi tu la, setakat aku pegi jalan2 kat kedai perabut aku tak penah nampak lagi katil yang ada storage macam tu. Ni aku tempek gambar katil yang aku suka sangat. kat storage tu boleh la aku simpan toto ke, comforter ke....bantal ke....

aku paling suka yang gini

yang ni pun ok....cuma compartment dia mcm kecik2..

kalau gini pun cun

macam ni ok, cuma takut nnti tak larat nak angkat tilam...tilam sekarang berat2



tapi tu la, kat sini aku tak tahu mana nak cari katil macamtu...nampaknya aku kena mula melawat kedai2 perabot sekitar kota bharu...kalau ada mujur la...kalau takde, jadi angan2 je la aku nak beli katil macam ni...

Tuesday, August 26, 2014

Pagi yang tidak baik

Permulaan hari yang tidak bagus untuk aku hari ni... Aku ni suka betul cari gaduh. Kalau la aku waras time tu aku takkan layan kan budak pam minyak tu dan beralah dengan dia kerana memang aku yang salah.

Aku menyesal sgt, serius!....InsyaALLAH aku akan lebih beringat lain kali. Kita beralah tidak semestinya kita kalah ok.... tapi kita akan nampak lagi cerdik dan matang.... tu la...next time jgn cari gaduh dengan org! Tak baiiikkk... Sori dik.... walaupun ko tak baca blog akak ni, harap angin lalu dapat sampaikan maaf akak kpd ko.

Monday, August 25, 2014

Kabinet dapur

Sebenarnya dah 2 minggu suruh orang kedai pegi ukur kitchen top nak buat kabinet. Baru semalam dia call cakap nak datang ofis nak bagi quotation. Sebenarnya dia suruh aku datang kedai dia, tapi aku malassss... memandangkan ofis aku dekat dengan kedai dia, aku suruh je dia datang hantar kat ofis aku. Semalam dia datang pun dah lewat... nak pukul 5ptg baru sampai.

Budget aku untuk buat kitchen cabinet and wardrobe sebenarnya ciput je, so aku pilih material melamine je utk cabinet. Bila org kedai dtg tunjuk qoatation, aku dah puashati dengan dah dengan harga tapi aku tak berkenan sebab installation charges mahal, dan transport charges plak kira asing padahal satu lori je guna utk angkut barang utk kitchen cabinet dan wardrobe tu. Mesti harga barang korang dah markup untung korang, dah tu plak charge memahal untuk transport. Pandai korang ye...

Takpe, pilihan di tangan aku. Hahaha....so, aku dah call kedai lain utk minta quotation. Mana la tahu aku akan dapat lebih baik dengan harga yg lagi murah kannn....klu mahal pun takpe, asalkan puashati untuk single cent yang kita bayar. tunggu je la.....

klu ikutkan model dapur ni...lebih kurang mcm ni la utk dapur aku.

quotation utk wardrobe

cabinet dapur




Wednesday, August 20, 2014

Short post

Bulan ni serasa aku tak de post pape pun lagi kat sini. Takde pape menarik kot untuk di tulis kat sini...Semuanya bagi aku agak linear.... sama dan lebih kurang je semua... takde happy takde sedih dan takde feel sumanya....

Lately aku ada a few problems...so mood aku tak menentu. Depan anak2 depan famili, kat ofis dan depan kawan2 masih lagi dapat kontrol, tapi tak tahu sampai bila la...

Harap2 everything will be OK real soon,.. amin...