Tuesday, December 16, 2014

Ikat rambut Aisyah

Aku jarang sangat nk main2 rambut Aisyah..so, dia pun jadi rimas agaknya klu rambut berikat. Tadi, aku cuba ikat rambut dia.

mula2 kemas lagi..


dah start buat muka rimas

Dah xde sebelah...


Akhirnya.....rambut dah kembali serabai..


Tuesday, December 9, 2014

Bersalam..



Aku actually a bit confius about salam.. dulu masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu ajar, kalau ada orang datang rumah...kena salam... setakat tu je la mak aku ajar. Tapi bila aku dah dewasa ni, ada anak2, aku pulak kena ajar anak2 aku nak salam...salam dengan datuk nenek dorang, dengan pengasuh...dengan sapa2 je asalkan depa tu tua dari anak2 aku... tapi, at the same time...aku macam masih terpinga2..sebab adab salam ni goes beyond dari apa yg aku faham. Aku akan salam bila ada aku jumpa orang. Tapi aku lupa, nak salam orang yang aku penah jumpa...tapi jarang2 jumpa. Macam kawan atau bos. Selalu mcm tu... macam kat ofis ada buat monthly assembly... time ni la aku akan jumpa kawan2 yang jarang aku jumpa...aku selalu lupa nk salam dorang...sampai la dorang dulu yang akan datang salam dengan aku. Sama jugak dgn bos....aku setakat senyum je la.. dan ambil tempat duduk. Bila dah duduk....nampak la kawan2 yg baru sampai pegi salam dengan bos...aku dah Alamak!! rasa cam teruk pulak aku ni... 

Tu je aku nak cerita..tapi aku takde nak salahkan mak aku pulak sebab aku tak salam dengan orang. Kesimpulannya, aku kena la lebih kritis....pandai la aku pikir....nak salam orang tak semestinya bila orang datang rumah kita je. Ngerti??!!!


Kehilangan Besar

Minggu lepas aku dapat berita sedih....makcik aku meninggal. Sedih sangat sebab mak aku tak ramai adik beradik..bila sorang dah takde memang amat2 terasa. Makcik aku ni, adik tiri mak aku. Walaupun mereka adik beradik tiri, mereka dibesarkan bersama2 oleh nenek mereka bersama sorang lagi sepupu. Jadi tiga orang ni dah macam adik beradik betul.. dari dulu sampai la arwah meninggal. Sedih ceritanya.... makcik aku ni dah lama sakit, tak tahu sakit apa...bila masuk hopsital tak de penyakit...tapi dengar dari arwah...dia terkena buatan orang. Macam2 orang buat dia. Dia pun dah lali pegi berubat sana...berubat sini...dengar orang kat mana2...terus pegi. Kat rumah dia macam2 gangguan kena..tapi family dia mungkin 'kalis' sebab dah lama kan... tahan macam tu je la.. nak jual rumah tak tahu duduk mana pulak. Lagipun kalau orang tahu rumah macam mana, takde jugak orang nak beli. Dengar mak aku cite, lepas arwah meninggal habis semua ahli keluarga dia kena ganggu.

Dulu masa aku praktikal, aku pun tumpang rumah makcik aku tu..tapi aku tak pernah kena ganggu apa2 time tu. Tapi penah la sekali aku dengar bunyi macam orang tuang pasir atas bumbung masa aku tengah mandi..tapi aku ingat hujan..so, aku tak rasa takut pun. Tambah pulak aku tak tahu rumah dia tu macam tu. 

Hari ni dah hari ke 6 arwah takde.. memang asyik terbayangkan dia je. Dua minggu kot sebelum dia meninggal, dia ada datang rumah aku lepas aku balik keje. Aku bagitahu dia, aku tak sempat nak ajak dia datang sebab aku tahu dia tak sihat...nak tunggu rumah siap kemas semua sekali..baru aku nak masak2 dan ajak dia datang rumah. Arwah bagitahu...dia memang tak larat. Tapi hari tu, dia rasa sihat sikit dan dia gagahkan jugak nak datang rumah aku sebab dia betul2 nk tengok rumah baru aku tu...kebetulan pulak waktu tu air kat rumah takde, aku rasa dia memang nak solat Maghrib kat rumah aku...jadi terpaksa la dia balik awal sket. Masa kat rumah aku kami borak2 la...ada la dia bagitahu apa yang dia teringin....dia nak pegi tidor kat resort....dia teringin nak makan bihun sup... tak sangka pulak dia dah nak takde.. sebab kalau ikutkan....sebulan sebelum orang meninggal, orang actually boleh tahu kan?

Sehari sebelum meninggal...dia ada sms kakak aku...dia nak pegi tengok anak kakak aku... dia dah lama tak dengar budak menangis...dia rindu nak dengar tangisan budak... sian dia, tak sempat. Tapi Allah lebih sayangkan dia. 

Makcik aku ni banyak tolong aku..rindu sangat kat dia.

Al Fatihah untuk arwah Che Anat...semoga tenang dandi tempatkan bersama2 orang2 yang beriman. Amin...