Hari ni dah hari ke6 Ramadhan...dan hari yang ke2 aku berpuasa di Kuantan. Semalam beli makanan kat pasar Ramadhan kat belakang ofis je. Beli nasi lauk kerabu perut, paru goreng sambal dan ayam pedas utk aku.. RM9, mee goreng untuk Ariff, sikit kuih pencuci mulut lepas berbuka.... Semalam pegi amik Ariff dulu kat nursery sebab nursery dah bagi notis anak2 kena amik paling lambat 5.30 petang. Klu pegi dengan Ariff kat pasar, kena melayan karenah dia jugak la. Mata melilau2 mencari gerai mainan...mujur takde, klu tak...memang melayang2 camtu tu je duit beli mainan kat Ariff. Alaaa..lupa lagi nak snap gambar:(
Pagi tadi bangun2 pagi Ariff terus buat perangai..tapi mujur la aku masih boleh bersabar, cuma suara jela tinggi sket2 pagi2. Segan gak kat housemate..tapi macam tu la melayan karenah anak..takboleh la nak berlembut2, aku tak reti...
Sebenar, ada benda nak cerita....minggu lepas ada sorang kakak tu dari Kelantan. Naik pangkat dan kena datang Kuantan. Mula2 sampai...bincang2 dan kami setuju je kakak tu masuk nyewa rumah kami. Yela, kurang la sket beban byr rumah sewa dan boleh jadi geng balik kampong dengan aku. Sukaaa ada kakak tu.... klu housemate aku cuti ke kursus ke takde la aku sunyi sepi kat rumah tu... tup..tup...tup.. Jumaat lepas kakak tu bagitahu dia kena posting kat Temerloh la pulak. Alaaa..frustnya aku........sekarang ni ok la..sebab ramai kat rumah. Meriah la. Aku tak dapat bayangkan minggu depan bila housemate aku tak datang Kuantan lagi, mesti sunyi je aku dengan Ariff je kat rumah........... Tak suka! Tapi nak wat camne....kena la terima hakikat. Tak selalunya apa yang kita rancang tu menjadi kan??