Tuesday, July 14, 2015

Pening....pening...pening

Lagi dekat nak raya ni, makin pening aku...duk memikirkan bila nak balik raya. Bila orang duk bising2 kate jalan jammed la....makin la aku nervous nak drive balik sendiri ni. Ni sebab keje kat Kuantan la ni....terpaksa la aku jadi perantau.... klu tak sekarang ni waktu orang lain stuck dalam jammed,  aku duk rilex2 kat rumah jek. Nak salah kan sapa kan? Ni semua dah ketentuan Ilahi..hukhukhuk
 
Aku sepatutnya esok pagi2 lepas subuh nak gerak balik KB, tup2 tadi gi klinik...misi suruh datang amik darah..utk ujian kencing manis kot. Dah lari plan aku.. klu hari dah cerah...keta mungkin makin banyak atas jalanraya... tadi dah call misi...cakap aku xleh datang esok...sebab nak balik kampong pepagi lagi. Mujur dia kata ok...so dah tak hilang satu masalah.....
 
Lagi satu masalah tu, aku cuba settlekan malam ni. Harap successful la. Lagi malam ni, aku kena gi isi minyak dan isi angin tayar. Menyampah....aku takpenah isi pun angin keta sebelum ni. Suma hasben aku yg buat....harap2 masalah tu pun akan successful jugak malam ni!
 
Esok, harap2 perjalanan aku berjalan lancar....selamat gerak dan selamat sampai. Amin....

Seriously, aku betul2 takde mood nak keje walaupun keje melambak2 atas meja aku ni. Ampunkan aku Ya Allah.... tapi InsyaALLAH aku akan cover semula keje2 aku lain hari.. memang xleh nak fokus hari ni... duk fikir camne perjalanan balik aku esok... risau sangat!

Monday, July 13, 2015

Ngantuknye lahaiiiii

Sempena bulan puasa ni.....dah tiga kali Isnin, cam gini la keadaan aku. Tak bermaya....xleh nak focus buat keje...dan yang paling paling kesian, aku mengantuk. Boleh lak time ngadap computer aku terlelap. Hmmm, aku ni jenis yang jarang sangat mengantuk kat ofis...tapi bulan2 puasa ni memang mata aku tak boleh dimaafkan. Mengantuk tahap gaban......... sebab pagi ni aku bertolak balik Kuantan pkl 3.40 pagi... Boleh la dimaafkan...tak gitu?

Setelah seminggu mencuba nak g test kencing manis kat KK Indera Mahkota, akhirnya hari ni aku berjaya jgk pegi. Alahai...lecehla nak berulang alik pegi klinik semata nak tengok bacaan kencing manis. Dah la tak leh puasa...bukan boleh makan pun. Apa sgt aku boleh makan,..paling best aku boleh  beli roti bun dgn air kotak. Makan dlm keta masa drive...nasib cermin keta aku gelap sket. Boleh la curi2 makan...

Minggu ni housemate aku dah cuti. Tinggal aku ber2 dengan Ariff je la..... sunyi la sket rumah sewa nanti...

Saturday, July 11, 2015

Inilah situasi sebenar

Hari ni pkul 11 pg sampai pkl 4ptg keluar cari baju raya anak2...tapi tak settle lagi jgk. Leceh la keluar shopping bwk budak2 ni...bukan boleh membeli sgt..nak memantau budak2 ni yang lebih..lebih2 lagi si Ariff tu. Lari sana...lari sini...kita nak membeli pun tak senang. Geram pun ada jgk...mlm ni ingat boleh smbung lagi aktiviti membeli baju raya. Tapi hasben aku terpaksa g hospital. Mak mertua aku msuk wad....xth bila pulak lagi nk settle hal2 membeli ni. Kasut raya xbeli lagi..bj aisyah nk kena cari sepasang lagi..bj aku dgn hasben lagi la....xbeli langsung lagi...keje last minit cam gini la.......

Ptg ni buka puasa pun aku tak masak...tak larat cmpur malas...hasben aku beli ayam percik dan daging goreng kicap....boleh la.....

Aku sbnrnya nk tunjuk.....keadaan sebenar kat ruang menonton aku......



Walaupun aku kemas sampai meghelip lip lap lip lap sekalipun...tak kan sempat bertahan sampai 15 minit....budak2 ni akan sepahkan balik...tu belum lagi nak makan2 biskut....berterabur habuk2 biskut....aku hanya mmpu geleng kepala smbil pesan pada diri sendiri....aku xleh give up...kena kuatkan semangat dan teruskan mengemas....huhuhu

Ituje dulu utk mlm ni...

Monday, July 6, 2015

Persiapan bersalin

Assalamualaikum.....Selamat Pagi Malaysia!!

Hari ni dah 6 Julai...cepat sungguh masa berlalu..dah 5 bulan aku keje kat Kuantan.

Pagi ni baru sampai dari Kelantan. Sampai pkul 7.30 pagi...terus hantar Ariff gi nursery. Nasib Ariff tak meragam, bangun2 terus terpisat2 bangun jalan masuk nursery. Sian dia...ntah kenapa aku rasa kesian sgt kat Ariff......selalu kena marah dengan aku. Tapi tu la, selalu sangat meragam...

Semalam dapat panggilan telefon dari Klinik Kesihatan Indera Mahkota..cakap minum gula minggu lepas aku sangkut....aku ada kencing manis la pulak mengandung kali ini. Sepatutnya aku kena gi test kencing manis, tapi memandangkan pagi ni aku tak makan apa2..cancel la...esok je aku pegi. Banyak pulak halnya bila mengandung kali ke3 ni...dah la perut aku kecik je, aku rasa cam baby pun takde menendang kuat sangat macam mengandungkan Ariff dan Aisyah dulu....tup2 lak ada kencing manis. Dugaan betul....

Balik minggu lepas, aku gagahkan diri jugak ajak Ariff pegi cari baju baby dan barang2 lain untuk persiapan bersalin. Mana boleh tangguh lagi. Nanti minggu depan kalut nak beli baju raya anak2 pulak... Pegi la aku dengan Ariff kat Manjaku Kota Bharu. Mujur Ariff takde buat hal..... ni senarai barang2 persiapan aku bersalin.

1. Baju baby - 5 helai -----> dah settle, terbeli 6 helai. Baju Ariff dan Aisyah ada banyak lagi yg ok.
2. Baby wipes - dah settle!
3. Mitten & booties - Settle! -----> beli 5 psg je, nnti baby guna yg abg Ariff n Kakak Aisyah punya..
4. Pad ibu - settle!
5. Selimut - Settle! ----> beli 2 je.. yg anak sebelum pun ada lagi
6. towel - settle! ----> tp towel utk abg Ariff takde...semua kat kedai kale pink aje
7. sabun mandi baby - settle!
8. Bedak etc - settle! ----> guna yg ada kat rumah je
9. pampers NB - x beli lagi.
10. Minyak panas - x beli lagi
11. Barut perut - settle ----> guna yg kakak n abg punye je
12. disposable panties ----> x beli lagi .
13. Kain batik utk kat hospital - takde lagi. Nak kena pinjam yg mak punye
14. Ingat nak jahit alas tilam baby yang baru.......tapi kainnya tak beli lagi

Baju2, towel dan selimut aku dah basuh dan jemur siap2. Tapi tak packing lagi sebab bj masih kat ampaian. Ni pulak senarai barang2 aku nak readykan dlm beg untuk bawak gi spital:

1. Baju baby - 4 pasang
2. selimut baby - 1 helai
3. pampers NB
4. baby wipes
5. tissue
6. disposable panties
7. pad ibu
8. kain batik - 2
9. tshirt - 2
10. tuala - 1
11. mugs & spoon
12. milo & susu tepung
13. biskut Jacobs
14. minyak panas
15. GL

Mengantuk sangat mata aku sekarang..... nak wat keje pun macam tak berselera. Tu yang aku curi2 update blog ni kejap. Dah la dulu.....tak ingat nak snap gambar barang2 yg aku beli tu....klu tak boleh la kongsi2 share kat sini....