Tuesday, February 27, 2018

Serik dah shopping online

Actually nak cerita pasal online shopping. Aku dah lama berenti beli barang kat online website macam Lazada dan 11streets. Dulu2 masa belum pegi Kuantan, memang tetiap bulan ada je benda mengarut aku beli. Tapi bila dapat barang tu. Kualiti mmg out. Memang quality reject. Frust and then aku berjanji to myself, I will never ever buy thing thru these website anymore except klu dgn personal shopper kt ig tu lain. Yg tu aku pilih yg betul2 trusted la kan. Dulu selalu gak beli blouse kat lazada. Memang sakit hati la bila dah terima barang. Last2, sekali dua pakai mmg aku tak pandang dah. Dgn kain jarang la...material memang yang tak berkualiti langsung. Harga kemain mahal...Harga macam beli kat mall kot.

Tapi, setelah sekian lama...aku terjebak sekali lagi dgn online shopping kat shoppee. Aku membeli barang2 persediaan untuk bersalin sebab malas nak menapak kat kedai. Kalau barang2 macam ni, harga ok la agak murah berbanding kat kedai. Hasil belian yang ni aku puas hati jah. 


 Asalnya aku cuma nak beli brg2 persiapan bersalin jah. Aku duk beli minyak baby, lulur, minyak utk berurut utk aku..survey pampers...bila dah kata shopping tu xdenya nk shopping benda tu jah. Mula la duk jeling barang2 lain gak...duk usha aksesori hp la.... mainan anak la... last2 aku tertewas... aku beli la 2 helai palazo ni. Nmpak cantik. Murah gile. Rm13.90 sehelai.



Kalau cantik why not aku beli. Terus click add in cart. Aii...takkan nak amik 1 jek. Rugi ni. Klu seluor ni cantik mesti lepas ni xde dah nak jumpa. Last2 aku gagal kawal nafsu aku. Aku terus amik 2. Alah...baru RM 28 je pun. Tak sabar tunggu. Bila sampai, aku mmg frust tahap 8/10. Kain dia jarang wei. Mana aku nak pegi dgn pakai seluor ni wei. Nk suh org tngok panties aku kale apa ke?? Gila....last2 pujuk diri sendiri. Takpe aku boleh pakai buat basahan kat umah je la.... tapi hati yg mengembang tadi dh mula kuncup....

Then aku beli lagi aksesori hp.... nampak kat gambar dia mmg vogue gila. Kalau kat kedai ni mesti mahal lagi. Sini rega RM 35 jah.. fine, amik satu....
Aku dah terbayang betapa smartnya hp aku kalo dpt pakai casing baru ni. Tup2 bila sampai. Mmg aku frust tahap 10/10. Brg memang cikai sgt. Rega kalau kat kedai aksesori hp Al Murah kat Kuantan ni mesti RM 5 jah. Aku betul2 tertipu tipah tertipu.

Dan sukacita dimaklumkan benda tu adalah plastik seplastiknya.. Memang membazirrrrrr....

Then bila terkena lagi buat sekian kalinya, aku buat promise again to myself. Kedua kalinya, aku takkan beli lagi barang yang bukan2 kat internet. Jgn duk pecaya la tngok gambar yang lawa gile tu. Hakikat sebenar, barangnya kat luar tak macam tu.....

Peringatan untuk diri aku sendiri.... 

OK bai.

Monday, February 26, 2018

Jom ke UTC kitewww

Assalamualaikum... after kept silent for a while, now I,m back to my life journal. Life a bit hectic lately. Focus bout the kids, my officeworks + kepenatan along this pregnancy. Alhamdulillah..I guess I almost reaching 7 months and half. Another 1 month ++ to go. Berdebar2 bila ingat balik kene meneran dalam labour room. Seriau + sakit + takut..semua perasaan ada. Hopefully this birth will go smoothly and harap dipermudahkan kelahiran anak aku yang ni. 

Pagi ni kami siap awal. Siap sempat goreng sosej untuk budak2 ni. Alisha malas bangun walau dah puas kejut. Last2 aku angkut je dia masuk kereta dgn muka serabai tak mandi. Aisyah was behave this morning. Lepas hantar anak sekolah semua, awal lagi... aku terus pi UTC nak settlekan renew lesen memandu aku... lepas tu pegi PTPTN sebab nak increase potongan bulanan byrn loan. Before this, aku byr dalam RM 92 sebulan utk 30 tahun! hahaha. Sampai ke pencen aku duk bayar PTPTN. Pagi tadi, aku terasa nak up skit byrn bulanan sebab gaji pun dah naik. Lagipun balik duk negeri sendiri, belanja agak terkawal berbanding masa keje kat Kuantan hari tu.  So, aku buat potongan RM 150 sebulan effective April ni kot.. Settle dah PTPTN.

Lepas UTC, aku breakfast kejap kat KFC. Lepas tu terus pegi bank rakyat nak update no HP dan request Tpin utk buat online banking. Alhamdulillah tiga benda dah settle pagi ni. Actually aku kena buat regular checking kat klinik, tapi aku skip yang tu. Kalau aku pegi klinik nnti kang lagi lambat aku masuk ofis. Takpe la, klinik aku pegi esok je la. 

Tuje update utk hari ni........