This going to be very longgg post.
Malam Jumaat. Bapak budak keluar ngeteh kat luar. Mata ibu takleh lelap lagi. Tengok sorang2 muka anak2 yg tido... cepatnya korang besar ye... ibu dah lupa cmne muka korang masa kecik. Korang alway comel kat mata ibu. Comel secomel comelnya. Tak kisahla orang kata muka anak2 ibu ni cam muka anak orang asli ke.. hidung pesek ke...hitam ke.. but u know, u all very special to ibu. Ibu tak kisah rupa camne..as long u all born to be healthy, kind, gracious, polite, clever + intelligent, witty, and so on and on. After all, bnyk gambar korang dah hilang. Pc rosak la. Hp bengong la. Makanya bnyk memori ibu hilang cm tu jek. Sedih ibu.
Bila lihatkan muka anak2. Tak sangka ibu dah ada 4 orang anak. Ibu ingat nak sorang anak je. Tup2 accident lak...dapat la Aisyah. Accident lagi sekali dapat Alisha. Yg last ni, ibu mmg nak. Penah terdetik kat hati ibu. 3 orang anak. Nanti semua dah besar panjang, sunyi ibu nanti. Ibu rasa ibu larat nak tambah sorang lagi...then dapatla Aliyah. Ibu syukur, sebab accident la ibu dapat ramai anak. Kalau la ibu betul2 plan dulu..mesti anak ibu paling2 pun 2 orang..
Ibu bukan hamba Allah yang baik. Tapi ibu akan sentiasa berusaha berubah ke arah yang lebih baik lebih2 lagi dalam menjaga solat ibu supaya korang boleh contohi ibu. Memang cabaran terbesar dlm hidup ibu adalah menjaga solat ibu sentiasa cukup. Selepas solat ibu, ibu selalu doakan anak2 ibu terutama Abg Ariff sebab dia sorang je boy dan dia anak sulung. Abg ariff dia agak 'stubborn' sikit mungkin sebab cara ibu raising him in a wrong way. Ibu dgn abah agak alpa. Anak sulung. Dia jadi first eksperimen bg kami. Kami indulged him with gadget as early as 3 months. Ibu siap beli ipad specially for him and ibu rasa bangga bila anak ibu kononnya sgt mahir guna such things. Download mcm2 bg dia main. Ibu was so wrong. Abg Ariff became lat3 talker... aggresive... dan lepas ada adik plak dia kerap kena marah. Selalu kena marah. Kena hanger dgn ibu. Kena cubit. Mungkin sebab tu dia jadi lain...dia susah nak dgr arahan. Walaupun abg Ariff tak baca, ibu nyesal layan anak kesayangan ibu camtu. Mungkin ibu terlalu ikutkan perasaan. Ibu kurang membaca tentang parenting tips... tapi ibu tak terlambat. Bila ibu sedar ibu dah derailed, ibu cuba limitkan hp dan ipad. Delete semua game and videos. Delete youtube. Limit the television. Mmg at first awk memberontak. Tapi ibu tak layankan....ibu dah kurangkan hanger Abg Ariff. Ibu selalu doa supaya ibu diberikan kesabaran dlm membesarkan dan mendidik anak2. Bila ibu marah...mmg mulut ibu bising. Biasa bila time ibu penat. Jgn la ada benda yg buat ibu marah. Mmg kena la semua. Tp sejak ibu sedar yg ibu penyebab Abg Ariff jd susah nk terima nasihat, susah nk dgr arahan...ibu selalu istighfar tiap kali ibu geram. Alhamdulillah
Ibu rasa ibu berjaya bendung amarah ibu. Tp ibu ttp akan cubit bila Abg Ariff usik dan buli adik2.
Orang lain pun main gadget jugak. Tapi dorang start lewat. Macam Aisyah dan Alisha, umor 3 thn baru kenal2 nak main games...nak tgok utube semua. They were not so obses like u.
So the point here, it was my mistake tht u become like this. Ibu always doa tht Allah lembutkan hati u.. mudah dgr nasihat.. jadi anak yg pintar...anak yg soleh... jd pemimpin pada adik2 dan org lain jgk. Jadi contoh pd adik2... ibu tahu, Allah takkan tunaikan doa ibu dalam sekelip mata. Tapi ibu akan terus doakan kamu sehingga akhir hayat ibu.. ibu tahu kamu akan berubah by time...if ibu treats u kind...ibu make u as my best friend. Spend a alot of time together. Chitchatting about things happen around u and ibu try to make u talk as much as u can. Ibu happy dapat hantar abg ariff pegi school every morning because ibu will have chance to talk to u. Advise u. Asking about ur school. So the moment were spending in car along the journey to school was so priceless to ibu. If u have a chance to read this blog. Remember u re alway my sweetheart. Please be kind to ur sisters. Be a good example for them since they are always admiring u. And also be kind to people around u.
Panjang benau luahan ibu tntg Abg Ariff. Anak2 pompuan yg lain pun takpenah lekang dlm doa ibu jugak. Ofkosss ibu nak korang jadi yang terbaik.
Next time ibu sambung lagi. Bateri hp almost run out. Nite