Tuesday, May 26, 2020

Selamat Hari Raya 1441H / 2020

Raya ke 3, Ibu sudah di pejabat. Malas nk minta cuti sebab tak kemana pun. Simpan cuti lagi bagus untuk hal2 kecemasan. InshaAllah, cuti tahun banyak yang jimat sebab MCO. 


Sebenarnya teman tahun ni pink belacan. Baju melayu Ariff dan Abah actually Ibu dah beli akhir tahun lepas lago sebab tu depa ada baju. Baju gegirl ibu tak jahit terus walaupun kainnya dah beli bila dah kena PKP. Tapi inshaALLAH ibu akan jahit baju gegirl utk raya Haji. 

Tuesday, May 19, 2020

Ramadhan yang ke26

Ramadhan nak balik dah... tak tahu sempat jumpa lagi ke idok tahun depan. Kang Dia datang lagi tahun depan, Ibu dah takde...harap2 umur Ibu masih panjang sebab anak2 Ibu masih kecil dan memerlukan Ibu.

Awal2 Ramadhan hari tu beria2 la Ibu snap gambar masakan berbuka, tgh2 bulan puasa takde dah nak amik gambar bagai macam awal2 puasa ritu... kelaut. Ibu pun tak tahu kenapa Ibu tak teruskan snap gambar... lupakan la, Ibu sebenarnya bukan la taraf2 blogger yang komited pun. 

Sekarang Ibu kat ofis. Keje ye, 3 kali seminggu.. tapi routine Ibu seperti siram pokok2 Ibu tetap Ibu teruskan. Pokok lada dah buahkan hasil alhamdulillah. 

Pagi tadi masa nk bersiap2 datang keje,. Ibu macam terlintas satu cerita yang Ibu ingin kongsikan kat blog ni tapi Ibu tak sempat nak berblog sebab rushing nak datang keje. Bila dah free gini, takde la pulak datang idea nak menulis. Takpe, nanti idea datang lagi, Ibu kongsi kat sini ye. 

Sejak menjak 2 bulan ni, bila bank tangguhkan bayaran ansuran kereta dan pinjaman peribadi Ibu jadi kaya sekejap. Ibu pun jadi lupa diri. Macam2 Ibu membeli dah takde dah life motto Ibu yang berbunyi 'Stop online shopping, start a secured living'. Memang motto ni Ibu tampal kat depan PC ye, hari2 tengok sebab nk ingatkan diri sendiri jangan galak sangat shoppim.. kelak diri sendiri merana. Tapi since Ibu kat rumah je during this MCO period, tak baca dah motto Ibu tu jadi Ibu lupa diri. Spending Ibu mencanak naik. Bulan April lepas Ibu ada juga menyimpan lebihan duit gaji, dan sedihnya bulan ni takde saving.. 



Barang Ibu shoping:

1. Makanan dan keperluan kat rumah tokmek - ini okla, sbb tanggungjawab ibu nih

2. Handbeg

3. Pressure Cooker Russel taylor. Asalnya nak beli brand noxxa tapi mahal dan rasa rugi plak sebab dgn harga RM700 mungkin dah dapat beli 2 3 barang lain. Be smart gitu. 

4. HP - ini sebenarnya tak perlu tapi Ibu termakan pujukan Abah. Kami dua2 beli hp baru. ** hantuk kepala kat dinding**. Kesat air mata.. lepas ni gambar uolls mesti cantik dah sebab guna hp baru kann

5. Baju dan tudung raya - ni nanti nak claim dgn abah. Beria padahal tak raya pun.

6. 3 rak yang nk letak kat dapur - barang kat dapur memang dah ke reorganise sebab dah makin semak

 7. Lain-lain barang yang bernilai kecil tap banyak barang la mebeli. Imagine Ibu membeli barang nilainya RM 40+/- tapi 10 kali. itu lah maksud Ibu. eg, makanan sebab xleh keluar shopim, sanitizer, dettol, mask, gardening tools, etc..

Posting kali ni takde kaitan langung dengan Ramadhan pun kan. Sekarang ni lepas kerajaan umumkan Perintah kawalan pergerakan Bersyarat, Ibu dah penah keluar shopim, Ibu dah mula ikut abah balik berbuka umah nenek dan yang paling menggembirakan Ibu dah boleh balik rumah tok mek. 

Semalam balik berbuka kat rumah nenek. Ibu buat kuih butir nangka. Butir nangka ibu buat tu bukan mcm kebiasaan butir nangka sebab Ibu campur ubi keledek jepun dengan tepung pulut. Ibu cuba nak jadi kreatif dan inovatif sebab ubi tu dah lama takut rosak, maka terhasil la butir nangka ibu tu. Lauk pulak ibu buat ayam masak merah sebab ibu tahu anak2 ibu suka.  Tapi tida gambar dan ibu agak terkilan.. Selepas berbuka, masa ibu tengah solat, Ibu terdengar nenek tanya Abah ibu guna tepung apa buat kuih. Dia tanya ibu guna tepung kanji ke? Dengar abah iyekan aje... mungkin rasa lain kot. Dan jelas di situ Ibu tak kusyuk dalam solat. 

Ibu cuba menghabiskan sisa-sisa Ramadhan ni dengan sebaik mungkin. Sebaik dari tahun lepas InshaALLAH. Abang Ariff pun semakin helok puasa dia compared tahun lepas. Alhamdulillah sgt sebab yang puasa lagi banyak dari yang tak puasa.. Kak Aisyah pulak sempat 5 hari puasa. Ok la.. Sarah memang setiap hari dia akan puasa tapi dia akan sahur lepas bangun tidor. Sahur dia dalam pukul 11 pagi camtu la...Tiap kali buka puasa, memang dia akan ada kat meja makan dan siap request nak minum air apa. Dah la selalu air tanak sama macam orang lain.. Layan jela..

Semalam Ibu buat biskut raya sambil dibantu oleh anak2 perempuan. Seronok la dorang walaupun Ibu sebenarnnya tak gemar anak2 menyibuk kat dapur masa Ibu buat keje. Tapi takpe la, Ibu nak korang ada kenangan waktu kecik2 gitu so bagi la korang buat biskut. Konon2 nak rekod video nak upload dalam FB biar jadi viral macam Sugu, orang India yang masak2 dalam FB tu. Tapi nan hadooo...


Ibu tak tahu kena Aliyah bergambar camtu. Memang gitu la gaya dia klu tahu orang amik gambar dia



Ibu is so impressed sebab posting kali ni agak panjang.