Thursday, September 24, 2020

Updates for today

 1. Kasut yang Ibu beli dah sampai setelah 2 minggu menunggu. 

2. Katil gegirls dah siap pasang. Takde gambar

3. Ibu dah buat jadual untuk anak2. Hopefully uolls can follow ur timetable that Ibu prepare



4. Lupa nk cerita pasal birthday Sarah on last Saturday. Nothing special. Just beli kek, beli pizza dan ambil gambar sahaja. No present this year. Gambar dlm Hp abah

5. Tok Ayah still in ward after he underwent the major surgery on Monday 21.9.2020. Still cannot eat. He has to wait untill he fart then he can start eating. Hopefully TokAyah will has a speedy recovery and back to normal. 

6. Hari ini payday Ibu. 

7. Thats all kid. 

Sunday, September 20, 2020

TokAyah masuk wad

 Assalamualaikum and Happy Sunday....


Semalam Tok Ayah dah masuk wad. Esok pagi InshaAllah Tok Ayah akan menjalani pembedahan buang salah satu buang pinggang

Semoga urusan pembedahan dipermudahkan Allah dan berjalan dengan lancar. 

Amin.... 

Tuesday, September 15, 2020

Sambutan merdeka kat sekolah.

 Assalamualaikum


Pagi ni Ariff Aisyah ada sambutan Merdeka kat sekolah. Tema pakaian berkaitan merdeka. So untuk tidak peningkan kepada Ibu belikan baju tshirt dan tudung bertemakan bendera Malaysia. 

So, pagi2 Ibu dah iron tudung dan baju Aisyah penuh semangat. Pagi2 dah kejutkan anak bangun konon nak suruh anak2 semangat nak bergaya dengan baju merdeka dorang. Ariff no problem. Sampai turn Aisyah dia dah mula buat hal. Tak nak tu, taknak ni. Mula2 Ibu pujuk elok2 lagi, dan dalam masa yang sama Ibu rushing jugak nak keluar awal, Ibu mula rasa panas hati. Lepas tu memang kena bebel dengan Ibu. Mula la keluar perkataan yang tak patut keluar. Bila Ibu dah cool, Ibu istighfar semoga Allah ampunkan ketelanjuran kata2 Ibu. Memang Ibu menyesal,. Ibu memang ada masalah anger management kebelakangan ni. Selalu nak marah2.. 

So, sebabkan pagi ni Ibu dah haru biru, Ibu takde mood dah nak bergambar ke hapa. So next time Ibu berdoa agar Ibu akan ada lebih banyak kesabaran dan kekuatan dalam handle anak2 Ibu. Korang kecik lagi.. Ni semua salah Ibu.... 

Thats all 




Sunday, September 13, 2020

Perkhabaran sedih pagi ni




 Assalamualaikum anak2..


Ibu dapat perkhabaran sedih pagi ni. Owner taska lama Aliyah, Cikda meninggal dunia. Ibu tak pasti bila, mungkin semalam atau pagi ni. Aliyah, Abg Ariff dengan Aisyah sempat duk bawah jagaan Cikda... Arwah Cikda sangat baik.. memang berita membuat Ibu tersentak dan tergamam. Kesian anak2 dia kecik2 lagi. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang3 beriman dan dijauhkan dari siksa kubur dan siksa api neraka. Amin..

Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang..... dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan Pulang. 

Wednesday, September 9, 2020

Esok Ibu cuti. Saje nk bagitahu...

 Assalamualaikum... hari ni Ibu rasa rileks sikit setelah 2 3 hari ni agak sibuk. Semalam Ibu balik dah 6.30 petang sebab nk kerja Ibu yang kena hantar pagi ni. 

So, setelah santai2 ni, Ibu amik masa nk settlekan urusan2 peribadi 

1. apply cuti utk esok - Appointment Tok ayah kat HRPZ

2. beli online baju dan tudung merdeka utk Abg Ariff dan Kak Aisyah untuk majlis sambutan Kemerdekaan kat sekolah minggu depan

3. uruskan tempahan makanan utk program taska Aliyah besok pagi

4. uruskan urusan online banking

Lepas settle tu semua baru boleh mula buat keje. Tapi sebelum buat keje Ibu nak cerita dulu sikit. Dua malam yang lepas, malam Isnin tu Ibu ada dinner. Actually Ibu ingat dinner tu malam ni. So, Ibu dengan semangatnya beli la hanbeg baru untuk dinner tersebut. Ibu beli hari Sabtu setelah deal dgn seller supaya ship out henbeg Ibu tu secepat yang mungkin,.. tapi bila masuk ofis hari Ahad hari tu baru tahi dinner actually malam Isnin. So Ibu bought the handbeg for nothing la. Xpe, Ibu boleh guna untuk next majlis kalau ada lagi... Tu nasib baik Ibu tak beli kasut..

Tu je Ibu nak cerita. Esok Ibu cuti sebab nk temankan tokmek dan Tok ayah ke spital HRPZ dan Ibu nk ajak Tokmek shoping tudung... 

Thursday, September 3, 2020

Katil gegirls dah sampai

 Assalamualaikum. 

Ibu baru sampai ofis...Ibu balik rumah kejap sebab ada courier nak hantar katil baru kat rumah. So, Ibu pun balik la kejap. Sebulan lebih Ibu duk tunggu katil korang ni sampai. Tetiap hari Ibu buka shoppe nak tengok status katil Ibu kat mana..... akhirnya sampai jugak. Tapi minggu ni kita macam sibuk sikit sebab Abah outstation hari Selasa lepas, jadik Ibu pun apa lagi... balik tido umah tokmek la. Hangkut semua anak2, dan semalam hari Rabu Ibu bagi cuti kat korang semua.. Hari ni hari Khamis seawal pukul 6.15 pagi kita dah bertolak dari rumah Tok Mek ke Kota Bharu. Namun, Ariff dan Aisyah tetap sampai lewat sebab kita pegi amik Abah dulu kat rumah, lepas tu pegi cari pulak bendera kat 7E. Nak dekat pukul 8 jugak la Ariff Aisyah sampai sekolah....

Malam ni, Abah nak outstation lagi, jadi lama la sikit kita duk rumah tok mek. Mungkin pagi Sabtu kot kita balik rumah kita dan pagi sabtu tu jugak kita akan susun atur kedudukan katil anak2 semua. Means that, uolls dah kena tido dalam bilik masing2 including Aliyah jugak....

Ibu tak sempat nk tempek gambar kita ke Penang.. bye