Tuesday, October 27, 2020

Berpisah bilik

 Jumaat lepas, Ibu dah Abah berjaya pindahkan katil dari bilik Ibu ke bilik Abang Ariff dan pindahkan almari baju dari bilik Abg Ariff ke bilik Ibu. Ibu is planning to prepare bedroom for Abg Ariff so that he can start practising to sleep in his own room. Ibu pulak yang jadi pening, sebab barang banyak sangat tak tahu mana dah nak sorok. 

Hari Sabtu pun masih tak sempat kemas bilik Abg Ariff sebab banyak sangat kain baju dan Ibu baru siap asing-asingkan mana yang nak kena bagi orang, mana yang nak buang dan mana yang nak buat kain buruk. So, task untuk siapkan bilik Abg Ariff terpaksa la carry forward to the next week...

Bila kenangkan anak2 dah kena asing bilik, frankly Ibu cakap.... Ibu sedih. Ibu suka je tengok uolls tido bergelimpangan atas katil kita yang besar tu. Macam2 gaya ada. Tapi sampai bila... Abang Ariff dah nak masuk darjah 4 dh, tak lama makin membesar..terpaksa la ajar tido bilik sendiri walaupun Ibu lebih suka uolls tido semua dengan Ibu. 

Ibu nak tunjuk katil lama kita.... 

Takde gambar bilik baru oulss.

Aisyah dan Sarah memang dah mula tido kat bilik sendiri, tapi Sarah masih lagi akan datang tido kat bilik Ibu kalo dia tersedar tgh2 malam. Kebiasaan, Aisyah dan Sarah selalu terjaga malam, dan akan cari Abah. Kalau Abah tidur kat bilik Ibu, budak perempuan dua orang ni biasa akan datang tido jugak kat bilik Ibu. Abang Ariff biasa tido mati, dia tido malam ni, esok pagi pulak dia akan bangun. Jadi dia takkan tahu dia sorang yang tido kat sit
u.

Ibu tengah risau sebab berat badan Ibu dah naik mendadak. Sebelum ni hanya around 58kg - 60kg, but now berat Ibu dah cecah 68kg. Rasa tak selesa, seluar dah ketat ... Ibu akan cuba diet utk kurangkan berat badan...tapi rasa macam sangat susah/sukar/challenging sangat unless Ibu berpuasa lillahitaala. 

That's all for now kids. I'll come back with a more interesting story soon. 

Sunday, October 18, 2020

Update untuk minggu ini

 Morning kids

Lamanya Ibu tak masuk blog ni. Ntah benda yang sibuk sangat pun Ibu tak tau la...

First of October hari tu, Ariff dan Aisyah dah tukar transit baru. 

Ibu harap awak berdua seronok berada kat tempat baru, ada kawan walaupun tak ramai,.. and harap2 tu transit terakhir uolls sehingga end of the primary school. Tak kuasa dah Ibu nak cari sekolah baru tiap kali uolls ngadu uolls tak happy and takde kawan. U have to accept and adapt, not run away from the problem that hit u. Cumanya yang tak best transit baru ni susah sikit nk masuk dengan kereta. Klu dengan kereta viva senang je. Klu dengan kereta besar sikit susah nak masuk reverse semua. Ibu ada pengalaman ngeri Ibu gasak kereta kat pagar transit tu. Lepas kejadian tu, Ibu akan tinggalkan kereta kat jalan luar dan jalan kaki masuk kat transit. Cuma Ibu risau kalau musim hujan payah la sikit dengan jalan berlopak. Rasanya kalau dah musim hujan nnti kita kena pegi dengan cik viva je la. 

Actually takde apa yang menarik pun berlaku seminggu dua ni. 

Actually today is Aliyah's appointment in HRPZ with speech therapist and Aliyah pergi dengan Abah. Minta gambar Aliyah this morning. And this what Abah sent just now. Mudah je kan keje abah hangpa... bagi je anak main HP...


Last friday was TokMek's 61st birthday. Kita semua balik, beli pizza dan Paklang belikan kek for the celebration. Then petang tu lepas Asar Ibu keluar dengan TokMek carikan Tokayah seluar trek untuk pakai datang appointment hospital nanti. Lepas tu carikkan Vitamin tuk TokAyah supaya TokAyah sihat dan bertenaga sikit.. carikan makanan berkhasiat, buah2 dan sayur utk stok makanan tokAyah. Ibu keluar dengan TokMek je,. Kalau bawak anak2, pendek la langkah Ibu nak cari barang2 ni... dan malam tu lepas Maghrib baru potong kek TokMek..... 

Last week jugak Ibu join Zumba.... penat.... tapi kena join lagi atleast ada juga exercise Ibu buat. 

Ibu dah mula consistently take supplement daily. Ibu klu kat rumah memang selalu skip...nak makan2 supplement ni,  tapi bila Ibu letak kat ofis depan mata depan PC, baru la Ibu jadi seorang yang berdisiplin sikit.. kat rumah Ibu makan juga madu klu Ibu ingat.. suap jugak kat uolls kalu kita siap awal... tapi bila uolss selalu lewat, Ibu jadi kelam kabut, dan automatically Ibu akan lupa itu dan ini.  Dan selepas 5 hari Ibu amik supplemen ni Ibu rasa bersemangat la sikit bila balik kejer. Biasa kalau balik keje, Ibu rasa penat sangat, nak bergolek atas katil je main Hp. Sekarang ni rasa takdela lemau dan malas sangat. Minggu lepas, Ibu siap goreng keautiaw dan prepare makan malam setelah sekian lama kita asyik beli makan bungkus je.....Alhamdulilllah..... harap2 Ibu sentiasa bersemangat sampai Ibu tua. Semangat Ibu sangat penting dalam tentukan hala tuju hidup anak2 Ibu. Aagitewww....

Bercakap pasal bangun pagi. Ibu kenkadang rasa cam boringnyee laa nak kejut Ariff Aisyah setiap pagi bangun nak siap pegi sekolah. Korang memang automatik akan jadi macam sloth... tau tak ape tu sloth?? King kang kong dalam Boboboi movies tu... yg slow tu..... dengan mandi nye slow... Ariff lebih2 lagi. Actually Ibu dah siapkan jadual tu, tapi masih tak follow lagi.. Ibu kena kuat semangat. Hari ni Ibu akan bertegas dengan uolls... kena ikut jadual Ibu. Aisyah bagus la... dia kemas buku sebelum tido. Tapi Ariff memang tak... Dia semua nk buat pagi, dah la bersiap lambat... dahtu Ibu pulak kelam kabut macam orang gila. Cuma minggu lepas, Ariff Aisyah banyak pegi sekolah dengan Abah. 

Itu je la kot Ibu nak cerita. Nanti sambung lain kali. Babai