Thursday, May 27, 2021

Alkisah Sarah dan Aliyah

Assalamualaikum


Ibu bersiaran dari rumah. Hari ni cuti Wesak. Semalam pun Ibu tak pegi keja jugak. Cerita ni smlm punya tpi takbley nak taip sebab ada budak Sarah menyibuk nk membaca apa Ibu tulis.


Pagi semalam... Pagi2 lepas Subuh, Ibu main la hp kejap.. Tngok la video Lily Sigh. Tetiber Sarah keluar. Pagi pulak dia bangun semalam. Terus menempek tepi Ibu tngok sekali. Dia tngok Lily Sigh tu terus dia cakap, 'orang ni pakai apabenda kat hidung dia.. Apa dia pakai tu kat hidung dia tu Ibu, tanya Ibu 2 3 kali dan rapatkan muka nk telek muka orang tu. Ibu rasa lucu pulak Sarah ni.., sangat pure. tak tahu la camne dia kalau jumpa orang yang bersubang kat hidung depan2 dia. Dia ni kalau jumpa orang cina pun dah bising mcm jumpa aliens. Memang mulut dia bising dan kadang2 takde insurans...


Pagi semalam,. Ibu kenakan Aliyah sebab dia suka main hp. Ibu kalekan mata dia hitam dgn eyeshadow. Ibu pun kale jugak mata Aisyah. Bila bangun, buat2 tekejut tngok mata hitam dia tp Aisyah pulak kacau daun bising2 cakap Ibu mekap. Aliyah tu mula2 mcm cuak jugak, terus tnngok cermin. Bila dia tngok rupa dia cam tu, dia cam kaku depan cermin.. tekejut kot.. tp bila dgr Aisyah cakap Ibu mekap, dia pun jd cambiasa.. Aisyah ni xsporting.


The next morning, masa dia bangun tido.. Ibu buat2 tekejut, cakap mata masih hitam.. dia dah tak heran. Tak gaduh nak tngok cermin dah... 

Sunday, May 23, 2021

Artis bersalin

 Assalamualaikum anak2...


Just sembang2 kosong

Ibu datang ofis ni... Sebab ada urusan online banking sikit. Ibu lebih selesa buat kat ofis. Lebih teratur dan tenang. Alang2 dan masuk ofis, buat la kejer2 lain dulu dan diantara keje lain tu adalah baca gosip2 artis dalam Beautifulnara. So, antara gosip nya adalah Ain Edruce dah bersalin. Ibu tak minat dan tak follow pun artis2 kecuali mereka yang ada significant kepada masyarakat eg Mizz Nina, Aliff Satar dan mereka amongst the good influencer actually. Yang lain artis yang saban hari duk selfie muka masing2 kat medsos seolah2 mereka lah yang paling lawa dan tampan mmg Ibu tak layan... tapi Ibu baca gossip setakat untuk buat regangan minda....  

Ok, back to the gossip yang Ibu nak share. Allahu, Ibu tengok comel sangat dia disaat2 nak melahirkan anak.. dgn bibir merah, muka bersih sangat... dan kebanyakan artis memang mereka akan touch up light2 sebab depa nak up gambar depa nnti kat media sosial. Ada yang siap berbulu mata... berlipstick bagai. Memang sentiasa cun walaupun sebenarnya mereka nak pegi beranak je punnn... bagus la untuk mereka sebab sengat menitikberatkan penampilan mereka. 

Bila tngok Ain Edruce yang cantik time nk bersalin, terus la Ibu teringat detik2 waktu Ibu nak bersalinkan Ariff. Sgt kelakar dan Ibu akan ingat detik itu sampai bila2 InshaAllah....

Detik bersalinkan Abg Ariff....

Ibu pecah air ketuban lebih kurang pukul 2 3 pagi camtu la, waktu tu tengah tido.. Memang panic gila sebab Ibu ingat bila dah pecah air ketuban baby akan terus keluar. Terus bergegas salin baju, naik kereta dan terus ke hospital. Ibu tak ingat Ibu basuh muka ke tak, tapi memang Ibu tak gosok gigi. Apatah lagi nak mandi, nak tempek bedak dan lipstik bagai. Memang tak laaa... Mesti mak bidan yang menyambut baby tu sabar je dgn mulut busuk Ibu. Memang kelakar bila diingat semula. Pengalaman pertama.....

Memang lagi tiga orang lagi tu yang Ibu lahirkan waktu siang pun takdenya Ibu nak tenyeh lisptik sebelum masuk labour room. Tak penah terdetik dan terpikirpun untuk kelihatan cantik masa beranak. Nape eh?? mungkin sebab Ibu ni sentiasa selekeh kot.... hmmm

Itu sahaja penceritaan Ibu buat kali ini. Ibu nak settlekan urusan online banking ni... buat keje sikit dan balik sebelum tengahari.... 

Bye.....

Thursday, May 20, 2021

It is hard to forget.....

Selamat Hari Raya anak2...


Sudah raya ke 8 dan kehidupan diteruskan seperti biasa dengan sedikit kelainan. Yup, we have to take the fact that covid-19 is also live amongst us nowadays...

Kids, Ibu want to share what Ibu feel right now because I know u all never had this feeling yet..

So, forget about your Abah for a moment...and try to understand Ibu.

it's kinda hard and hurt to forget someone that you have fallen with for quite too long. I really want to get to him but I just can't. So many things to consider... 

Bila kita dah jatuh hati kat someday, but at the same time ada halangan utk teruskan, so... kita kena lupakan walau berat hati. Untuk lupakan someone yang kita sangat2 suka actually sangat menyiksakan. At the early phase, kita seolah masih dalam fasa mandi tak basah, makan tak lalu dan selalu teringat2. But then, lama2 kita akan mula recovered and this is the second phase. At this phase, walaupun kita dah nampak OK, tapi tak fully ok ye... masih kena berjaga2 dan berpantang lagi. Jangan tengok...jgn sebut... jgn ungkit anything that relatable to him. Or else, ur sorrow and ur gloom will come again. It take time to fully recover. How do u know that u are fully recovered? when u think about him or anything that relatable him, nothing changing u and ur emotion kept stable. That it mean that you are back to normal. 

And apa kaitan ini dengan Ibu? yup... it hard to admit that Ibu now is in the second phase. Dalam fasa sedang melupakan.... sometimes salah ibu jugak sebab ibu yang stalk dia. Bila Ibu teringat, memang Ibu rasa Ibu nak nekadkan diri untuk dekati dia semula... tapi Alhamdulillah, Ibu masih waras... fikirkan kesan jangka panjang... Ibu happy je tengok dia dengan orang lain. Ada hikmah ibu tak bersama dia. Alhamdulillah, Ibu happy je dengan kereta buruk Ibu ni. Yang penting duit Ibu sentiasa cukup tiap2 bulan untuk beli macam2 kat Shoppe.. beli baju baru sehelai dua...

Ibu taknak dan cuba untuk tidak buka mudah.my. Nissan Serena, Ibu happy je tengok kamu dari jauh... and Ibu tahu kamu pun happy tanpa Ibu....take care. Mana tahu jika akan berpeluang bersama bila mana gaji Ibu dan naik beribu2 some day. Doakan!




Sunday, April 25, 2021

Salam Ramadhan

Ramadhan ke 13. Alhamdulillah, Ibu masih tak tinggal puasa. Harapan Ibu agar puasa Ibu penuh tahun ni.

Ibu tak ambil gambar juadah buka puasa sebab Ibu tak kuasa.

Puasa pertama : buka kat umah nenek

Puasa ke2: buka kat umah nenek 

Puasa ke3: buka kat umah tok mek

Puasa ke4: siakap 3 rasa + lala + ikan goreng

Puasa ke5: gulai ayam + ikan goreng+ udang sambal 

Puasa ke6: tomyam + 

Puasa ke7: tak ingat

Puasa ke8: steamboat

Puasa ke9: siakap 3 rasa + tomyam 

Puasa ke10: buka puasa di rumah nenek. Beli lauk

Puasa ke11: buka puasa di rumah nenek. Ibu masak paprik ayam + kari ikan bawal

Puasa ke12: kfc. Ibu tak masak sebab Ibu dedicated my all energy to tidy up our house. Dah tiga minggu rumah tak berkemas kott..


Haaa..tuddioo. Gigih ibu senaraikan balik juadah berbuka puasa kita. 

Alhamdulillah Ariff pun baru sekali tinggai posa. Tupun sebab Ibu tak bangkit sahur. Ibu bagi Ariff ngan Aisyah kelonggaran untuk tak puasa. 

Ibu tetiap hari Ibu pegi pejabat sebab kalau kat rumah memang sah2 Ibu takkan buat keje pejabat. Ibu mai ofis kejap je... tengahari Ibu balik la untuk bersiap2 untuk masak kat dapur. Hari ni datang ofis takde buat pape pun.. sat lagi nak balik dah... Ni jenuh duk pikir nak masak apa untuk petang ni... asyik menu sama jah duk ulang... 


K la, tu ja. Ibu nak buat keje sikit lagi sebelum Ibu balik. 




Friday, March 19, 2021

Tewas lagi

Malam ni Ibu tewas lagi. Ibu makan nasi lemak pukul 11 mlm. Adakah kesampaian hasrat Ibu nak turunkan 10kg? Muka ibu dah betul2 bulat dan dagu dah berlapis2 dah. Memang Ibu taknak makan dah malam ni, tapi abah dah belikan nasi lemak. Takkan Ibu nak membazir... Makanlah Ibu dengan hati yang berat.... Lain kali ibu kena pesan dgn abah bnyak2 kali, takpayah beli makan mlm utk Ibu....

Kids, starting from now on, mungkin Ibu akan lebih kerap membuat post kat sini sebab Ibu dah boleh log in from my hp... So anytime la Ibu boleh menulis... So, mungkin ada idea aje mungkin boleh terus tulis, takpayah tunggu nak masuk ofis dulu... Dahla sekarang ni Ibu agak sibuk...

Ibu memang tekad nk turun 10kg.... Doakan ibu ye....

Nite...


Nite.... 

Wednesday, March 17, 2021

Pandai

Ibu bukan orang pandai... Dan ibu bukan dari sekolah orang2 pandai.. Jadinya, harapan Ibu agar anak2 Ibu boleh belajar kat sekolah orang2 pandai, bergaul dengan orang-orang yang pandai. Jika anak ibu jadi orang pandai, jangan pandang rendah pada orang yang tak pandai, tapi anak2 Ibu boleh bimbing dan ajar mereka supaya jadi pandai. Sekian saja nasihat Ibu

Tuesday, March 2, 2021

Treadmill

 Ibu bekerja dari rumah hari ni. Budak2 pun semua ada kat rumah hari ni. Ibu nak buat keje ofis pun macam tak smooth sebab banyak sangat gangguannya. Kalau dah banyak sangat gangguan, Ibu mula la fed up, lepas tu end up Ibu akan habiskan masa bergolek2 atas katil aje,. Keje pun entah ke mana. Actually sebenarnya Ibu dah bersiap lepas Subuh lagi nk ke pejabat. Kejut punya kejut budak2 Sarah dan Aliyah tapi kemain payoh nak bangun. Tido keras kejung.. End up Ibu pun tak jadi pegi pejabat sebab kebetulan Abah nak pegi ofis hari ni. Kalau Abah ada kat rumah, memang Ibu tinggalkan aje budak2 ni kat rumah.

Ibu nak bercerita, Ibu dah memang dah kena berjimat cermat sekarang ni.. banyak sangat komitment dalam slip gaji Ibu. Dah seminggu Ibu duk buat perancangan kewangan agar komitmen dapat dikurangkan, habis baik Ibu plan..... tup2 Ibu tanpa dirancang Ibu pegi rosakkan perancangan Ibu apabila Ibu pegi beli treadmill dan massager ogawa dengan pengurut kaki dia.  Mula2 Ibu nak beli treadmill aje, tapi tu la....lepas test benda alah tu macam rugi plak klu tak amik sebab ada discount purchase with purhase konon-kononya... terus la Ibu amik... balik tu, Ibu tkde la murung ke apa, tapi sedikit terkilan la sebab perancangan kewangan yang Ibu buat tu sehabis baik dah...tup tup dah kena adjust balik. 

Alang2 dah membeli, Ibu kena nekad la untuk bereksasais setiap hari dan setelah seminggu, Ibu masih maintain bertreadmill setiap hari. Klu hari cuti, ibu bertreadmill setiap pagi dan petang... klu hari keje plak Ibu bertreadmill lepas balik keje..Agitchu...




Harap2 Ibu akan terus istiqomah untuk bereksasais untuk menjaga kesihatan Ibu. Ibu perlu sihat dan kuat untuk jaga anak2 Ibu...

Sekian terima kasih..


Pssttt... esok Ibu nak kene amik vaksin covid. Nnti Ibu cerita ye...


Tuesday, February 16, 2021

Seronoknya Ibu kat pejabat

 Hai uolsss... Assalamualaikum. Ibu kat ofis ni.


Ibu seronok sungguh la boleh datang pejabat. Rasanya lepas segala beban kat belakang Ibu ni, Ibu rileks aja sambil2 buat keje Ibu. Lancar dan tenang..setenang bunyi aircond kat bilik Ibu ni... 

Tapi sekarang ni mata Ibu dah rasa berat sangat ni... rasa nk tutup pintu dan lentok aja kat atas meja aja.. tapi Ibu kuatkan semangat aja ni.... terus ibu tulis blog duluan... Sori anak2, jangan salah sangka dengan Ibu ya. Walaupun Ibu sangat hepi berada di pejabat, tapi fikiran Ibu masih fikirkan pasal korang2 yang berada kat rumah tu. Actually Ibu dah donload satu app kat hp Ibu ni yang boleh guna untuk monitor uolss kat rumah main hp ke tak. Dan surprisingly pagi ni uols tak main hp. Ibu mcam pelik la dan Ibu syok uols tak layan hp sebab uols layan youtube kannn?? Terus Ibu buat video call dan......memang betul pun jangkaan Ibu, Ariff dan Aisyahsedang layan youtube.. kemain uols mentang2 Ibu keje hari ni bebas uolss...

Ok Ibu dah tak ngantuk. FYI, enam tahun lepas, Ibu dapat perkhabaran gembira tentang kenaikan pangkat pada bulan 2... dan minggu lepas memang ada senarai kenaikan pangkat dan ada la kawan2 batch Ibu yang dah naik pangkat.. terus Ibu murung, sebab Ibu tahu giliran Ibu pun dah tak lama. Nampaknya lepas ni Ibu nak kena packing baju pulok ke? Negeri mana Ibu lepas ni???? Siapa yang Ibu nak bawak sama dengan Ibu nanti? memang soalan ni bermain2 kat fikiran Ibu sekarang ni dan kalau betul Ibu kena tukar negeri lain, Ibu plan nak bawak Ariff dan Aisyah sebab uols sedang membesar dan uolss sangat perlukan perhatian dan pemantauan dari Ibu. Uolss tahu la camne uols kalau Ibu tinggal aje uols dengan Abah kannn.... uols akan bebas sebebas bebasnya, uols mungkin tak mengaji, solat uolss mungkin tak terjaga... sebab selama ni itu aje yang Ibu risaukan tentang Ariff Aisyah. Bab pelajaran tu datang no 2... yang akhirat tu lagi penting bagi Ibu. Lagipun Sarah dan Aliyah dah bayar yuran tadika, takkan nk tinggal camtu ja kan. Sayangla... better budak2 kecik tu aje duduk dengan Abah... itu la perancangan Ibu.... 

Harap Allah grant my wish to stay in Kelantan next to my home...... amin

Thursday, February 4, 2021

Terkenang masa tengah semangat nak tukar kereta

Morning kids. Hari ni Ibu kat ofis, dah dua hari mari ofis. Sarah dan Aliyah pun Ibu hantar pegi sekoloh jugak hari ni. Tinggal budok2 besar jar kat rumah. 

Satni, sebelum nk mula kerja, Ibu nak transfer saving kat tabung haji. Cari2 buku tabung haji dalam kotak ajaib Ibu terkeluar pulok kertas biru ni. Nostalgic... 



Ingat lagi tahun lepas maso Ibu tengah bersemangat suvey untuk kereta baru.. memang time ni tiap2 pagi ngadap mudah nk tengok kereta idaman dan survey2 harga. Yup.... Ibu survey Nissan Serena. Uolss ingat kalu anak Ibu sorang dua, Ibu akan idamkan keta ni jugok ko?? ofkos la tidak... Ibu choose this car absolutely because I have many kids. And the main point why I really want this because I want my kids comfort and feel spacious during on the road. 

But,, Bila ibu buat timbal balik, Ibu tak jadi beli kereta tu sebab Ibu tak yakin dengan kemampuan kewangan jangka panjang Ibu. Then lepas Ibu jual BRV Ibu, Ibu guna kereta Honda Stream yang buruk jek, ok la untuk kita satu famili. Besar sikit dan selesa sikit dari BRV... tapi sampai sekarang Ibu masih rasa terkilan dan menyesal jual kereta Livina sebab kereta sangat elok dan takde masalah apa pun. Atas desakan Abah Ibu dengan berat hari jual kereta tu. Selalu jugok ternampak kereta tu kat sekitar bandar Kota Bharu. Masih cantik... Tapi dah lepas nk buat camne kan.... cumanya next time kena beringat. Abah demo tu suka jual beli kereta dan dia akan selalu pengaruhi Ibu untuk jual jugak kereta. Cuma Ibu je la kena kuat semangatkan keraskan hati agar tak terpengaruh.... macam sekarang ni pun ada jugok duk suruh2 Ibu jual kereta sekarang ni. Ibu tak faham dengan Abah uolss tu. 

Ok, itu jah Ibu nak bercerita hari ni. FYI, idea nk menulis takkan selalu datang bila ibu duduk ngadap PC kat ofis. Idea selalu datang bila2 masa, especially bila kita terkenangkan atau teringatkan sesuatu yang boleh mgnggamit memori kita. Selalu je kat rumah Ibu rasa nk menulis sepatah dua dalam ni bila dapat idea, tapi Ibu la pulok tak nk bukak blog kat rumah. sebab ibu tak ingat pssword. Klu kat PC ofis ni Ibu memang dah buat save password. 

Tu je kot.. babai. 

Monday, January 11, 2021

Taklimat pelajar tahap 2 kat sekolah Ariff

Assalamualaikum anak2

Kita dah dalam tahun 2021 sudah keadaan masih tak stabil lagi. Covid makin mengganas... sekolah tak tentu buka ke idok. Sesungguhnya kerisauan Ibu tiada penghujungnya. Tak tahu nak membebel kepada siapa. Tapi sebetulnya Ibu sangat kecewa dengan pemimpin2 negara yang beragama Islam namun tidak langsung membantu dan menjaga kebajikan rakyat tapi sebaliknya lebih mementingkan tembolok sendiri. Rakyat punya susah nak hidup, masing2 bermacam2 penderitaan kena lalui untuk meneruskan kehidupan yang tidak sempurna pun...sedangkan pemimpin2 yang dilantik oleh rakyat ni hidup bermewah2,.gaji mahal tapi rakyat ni takda sapa pun hiraukan. Sama je parti mana2, parti agama pun sama naik,, harap bersandarkan kepada kopiah putih yang dia pakai jah, yang rakyat duk minta bertahun2 takde duk hirau dan amik peduli... rakyat cuma minta pemimpin tolong ikhtiarkan air bersih, sampai kesudah takde penyelesaian..... sekian bebelan ibu untuk pagi ni. 

Ibu bising pun takde sapa heran dan ambik tahu sebab Ibu bukan siapa2. Ibu cuma rakyat marhein yang bekerja untuk pastikan anak2 cukup makan dan dapur boleh berasap. Tak berharap nak kaya raya pun, sebab tahu itu semua mustahil bagi Ibu. Kalau Ibu dapat beli emas seurat pun Ibu dah seronok sangat... tapi ingat nk beli rntai emas tu boleh beli tiap2 bulan mcam beli baju ke? Idak, 2 3 tahun sekali pun belum tentu Ibu dapat beli... nk renovate rumah pun kena betul2 planning supaya dalam kemampuan Ibu. Itula gambaran camne kehidupan kita... tak mewah tapi sekadar cukup dan tak perlu meminta2 dengan orang lain.. 

Pagi ni Ibu pergi taklimat pendek kat sekolah Ariff untuk pelajar tahun empat. Selepas register, Ibu tunggu sehingga majlis bermula. Tiba2 datang sepasang laki dan perempuan duduk berhampiran dengan Ibu. First impression Ibu bila tengok couple tu sepintas lalu, Ibu cakap 'wahhh nampak macam muda lagi, mesti datang bagi pihak pihak anak sedara dia.... ' Ibu pun tak ambil tahu la pasal couple tu cuma sometimes tu terlihat jugak kat dorang bila mata Ibu melihat2 sekeliling kat dewan terbuka tu. Then, ibu justified sendiri, perempuan tu nampak agak fashionable dan bergaya, mesti orang berniaga... bawak tote LV, pakai sneakers nike,.. shawls ducks atau mungkin ariani... dan lelaki tu pun agak smart la.. then Ibu lupakan pasal couple tu and focus more to the talks. 

Ditengah2 taklimat, Ibu terpandang sekali lagi kat couple tu and I can see clearly the face of the man, and apparently I knew him and the lady as well. They were my old friends. The lady actually my friend since i was in primary school then we still befriend after I was working in Berek12 before I got into Kastam. 

Since i knew that they were my friends, then I become interested to see and observe them more. They are same age with me, but they absolutely look younger than me. They so trendy and look like orang kaya and they look clean. The couple look so mesra, always smiling to the each other, and I was so envy to see kebahagiaan mereka and they like a really lovey dovey.....then suddenly i think of myself... 

Ibu kept pujuk myself so that Ibu tak perlu sedih. Setiap orang Allah bagi kekurangan dan kelebihan masing. Bersyukur dengan apa yang Ibu ada hari ini, mungkin Ibu takde apa yang orang itu ada.. tapi mungkin orang itu jugak takde apa yang Ibu ada sekarang, so please la jangan jeles dengan orang..  Setiap orang ada kebahgiaan masing2 in their own way.... 

Then, after taklimat, Ibu terus walk away without approaching them. Maybe on the other days... but not now

Sekian penceritaan Ibu untuk hari ni.