Thursday, May 27, 2021

Alkisah Sarah dan Aliyah

Assalamualaikum


Ibu bersiaran dari rumah. Hari ni cuti Wesak. Semalam pun Ibu tak pegi keja jugak. Cerita ni smlm punya tpi takbley nak taip sebab ada budak Sarah menyibuk nk membaca apa Ibu tulis.


Pagi semalam... Pagi2 lepas Subuh, Ibu main la hp kejap.. Tngok la video Lily Sigh. Tetiber Sarah keluar. Pagi pulak dia bangun semalam. Terus menempek tepi Ibu tngok sekali. Dia tngok Lily Sigh tu terus dia cakap, 'orang ni pakai apabenda kat hidung dia.. Apa dia pakai tu kat hidung dia tu Ibu, tanya Ibu 2 3 kali dan rapatkan muka nk telek muka orang tu. Ibu rasa lucu pulak Sarah ni.., sangat pure. tak tahu la camne dia kalau jumpa orang yang bersubang kat hidung depan2 dia. Dia ni kalau jumpa orang cina pun dah bising mcm jumpa aliens. Memang mulut dia bising dan kadang2 takde insurans...


Pagi semalam,. Ibu kenakan Aliyah sebab dia suka main hp. Ibu kalekan mata dia hitam dgn eyeshadow. Ibu pun kale jugak mata Aisyah. Bila bangun, buat2 tekejut tngok mata hitam dia tp Aisyah pulak kacau daun bising2 cakap Ibu mekap. Aliyah tu mula2 mcm cuak jugak, terus tnngok cermin. Bila dia tngok rupa dia cam tu, dia cam kaku depan cermin.. tekejut kot.. tp bila dgr Aisyah cakap Ibu mekap, dia pun jd cambiasa.. Aisyah ni xsporting.


The next morning, masa dia bangun tido.. Ibu buat2 tekejut, cakap mata masih hitam.. dia dah tak heran. Tak gaduh nak tngok cermin dah... 

Sunday, May 23, 2021

Artis bersalin

 Assalamualaikum anak2...


Just sembang2 kosong

Ibu datang ofis ni... Sebab ada urusan online banking sikit. Ibu lebih selesa buat kat ofis. Lebih teratur dan tenang. Alang2 dan masuk ofis, buat la kejer2 lain dulu dan diantara keje lain tu adalah baca gosip2 artis dalam Beautifulnara. So, antara gosip nya adalah Ain Edruce dah bersalin. Ibu tak minat dan tak follow pun artis2 kecuali mereka yang ada significant kepada masyarakat eg Mizz Nina, Aliff Satar dan mereka amongst the good influencer actually. Yang lain artis yang saban hari duk selfie muka masing2 kat medsos seolah2 mereka lah yang paling lawa dan tampan mmg Ibu tak layan... tapi Ibu baca gossip setakat untuk buat regangan minda....  

Ok, back to the gossip yang Ibu nak share. Allahu, Ibu tengok comel sangat dia disaat2 nak melahirkan anak.. dgn bibir merah, muka bersih sangat... dan kebanyakan artis memang mereka akan touch up light2 sebab depa nak up gambar depa nnti kat media sosial. Ada yang siap berbulu mata... berlipstick bagai. Memang sentiasa cun walaupun sebenarnya mereka nak pegi beranak je punnn... bagus la untuk mereka sebab sengat menitikberatkan penampilan mereka. 

Bila tngok Ain Edruce yang cantik time nk bersalin, terus la Ibu teringat detik2 waktu Ibu nak bersalinkan Ariff. Sgt kelakar dan Ibu akan ingat detik itu sampai bila2 InshaAllah....

Detik bersalinkan Abg Ariff....

Ibu pecah air ketuban lebih kurang pukul 2 3 pagi camtu la, waktu tu tengah tido.. Memang panic gila sebab Ibu ingat bila dah pecah air ketuban baby akan terus keluar. Terus bergegas salin baju, naik kereta dan terus ke hospital. Ibu tak ingat Ibu basuh muka ke tak, tapi memang Ibu tak gosok gigi. Apatah lagi nak mandi, nak tempek bedak dan lipstik bagai. Memang tak laaa... Mesti mak bidan yang menyambut baby tu sabar je dgn mulut busuk Ibu. Memang kelakar bila diingat semula. Pengalaman pertama.....

Memang lagi tiga orang lagi tu yang Ibu lahirkan waktu siang pun takdenya Ibu nak tenyeh lisptik sebelum masuk labour room. Tak penah terdetik dan terpikirpun untuk kelihatan cantik masa beranak. Nape eh?? mungkin sebab Ibu ni sentiasa selekeh kot.... hmmm

Itu sahaja penceritaan Ibu buat kali ini. Ibu nak settlekan urusan online banking ni... buat keje sikit dan balik sebelum tengahari.... 

Bye.....

Thursday, May 20, 2021

It is hard to forget.....

Selamat Hari Raya anak2...


Sudah raya ke 8 dan kehidupan diteruskan seperti biasa dengan sedikit kelainan. Yup, we have to take the fact that covid-19 is also live amongst us nowadays...

Kids, Ibu want to share what Ibu feel right now because I know u all never had this feeling yet..

So, forget about your Abah for a moment...and try to understand Ibu.

it's kinda hard and hurt to forget someone that you have fallen with for quite too long. I really want to get to him but I just can't. So many things to consider... 

Bila kita dah jatuh hati kat someday, but at the same time ada halangan utk teruskan, so... kita kena lupakan walau berat hati. Untuk lupakan someone yang kita sangat2 suka actually sangat menyiksakan. At the early phase, kita seolah masih dalam fasa mandi tak basah, makan tak lalu dan selalu teringat2. But then, lama2 kita akan mula recovered and this is the second phase. At this phase, walaupun kita dah nampak OK, tapi tak fully ok ye... masih kena berjaga2 dan berpantang lagi. Jangan tengok...jgn sebut... jgn ungkit anything that relatable to him. Or else, ur sorrow and ur gloom will come again. It take time to fully recover. How do u know that u are fully recovered? when u think about him or anything that relatable him, nothing changing u and ur emotion kept stable. That it mean that you are back to normal. 

And apa kaitan ini dengan Ibu? yup... it hard to admit that Ibu now is in the second phase. Dalam fasa sedang melupakan.... sometimes salah ibu jugak sebab ibu yang stalk dia. Bila Ibu teringat, memang Ibu rasa Ibu nak nekadkan diri untuk dekati dia semula... tapi Alhamdulillah, Ibu masih waras... fikirkan kesan jangka panjang... Ibu happy je tengok dia dengan orang lain. Ada hikmah ibu tak bersama dia. Alhamdulillah, Ibu happy je dengan kereta buruk Ibu ni. Yang penting duit Ibu sentiasa cukup tiap2 bulan untuk beli macam2 kat Shoppe.. beli baju baru sehelai dua...

Ibu taknak dan cuba untuk tidak buka mudah.my. Nissan Serena, Ibu happy je tengok kamu dari jauh... and Ibu tahu kamu pun happy tanpa Ibu....take care. Mana tahu jika akan berpeluang bersama bila mana gaji Ibu dan naik beribu2 some day. Doakan!