Monday, February 25, 2013

Berita terkini dari Kisah Siti

Haha..rasa kelakar sangat...berbulan2 aku tak update blog ni. Itu la aku..bila tengok org lain berblogging, teringin nak ada blog jugak. Bila dah buat blog, hapdatenye tidak...

Ariff sekarang dah setahun 4 bulan, dah besar pun....dah boleh berlari2...dah pandai merajuk dan bergurau. dan tak lama lagi Inshaa Allah dalam akhir April or early May, Ariff bakal ada adik...kadang2 aku rasa kesian jugak kat Ariff, tak puas nak bermanja2 dengan Ibu dan Abah. Dah nak ada adik...tapi bila fikirkan balik. tak baik aku fikir macam tu. Anak tu rezeki dan anugerah Allah yang tak ternilai dengan dgn wang ringgit Ada hikmah Ariff dapat adik awal...

Tahun lepas, pencapaian keje aku agak baik la klu nak dibandingkan dengan tahun 2011. tahun 2011 tu ntah apa2 je pencapaian aku...macam budak tak sekolah je...tapi tahun 2012 Alhamdulillah, walaupun tak secemerlang mana, tapi bettter than the previous year. Aku kena improve lagi untuk tahun 2013 ni... tapi ni dah akhir bulan 2...aku baru produce 1 fail..tu pun tak menyumbang hasil kepada Jabatan. teruk la aku ni...nnti nak cuti bersalin lagi. sah2 dah takde fail siap nanti. tapi aku tak boleh give up. aku kena kuat semangat...

Haha. semalam aku kena panggil dengan bos, tanyakan pasal progress fail aku. Huhu...progressnya mestila negetive bossss....aku memang segan sangat dengan bos aku...sebab aku rasa aku ni tak berkebolehan berbanding dengan klik aku yang lain.. sadis betul.. bos aku siap nasihatkan so that aku jadi lebih kreatif and kritis so that aku boleh sense any offense did by clients. see???? nmpk sangat aku ni jenis straight je kan???malunya aku!!! aku sepanjang dua bulan pertama tak buat apa2 pun...memang aku makan gaji buta je selama 2 bulan ni...Ya Allah..ampunkan la dosa aku.. Aku rasa dalam dua bulan ni, aku datang ofis just main internet...baca gosip....baca blog...dan pelbagai lagi keje yang sia2 yg tak manjana langsung pendapatan untuk negara..

Azam aku untuk bulan Mac ni, aku nak siapkan fail sebanyak mungkin bermula bulan ni sehingga aku bersalin kelak...klu dapat produce 3 file dalam bulan ni dah baik sangat dah kot...tapi possible ke? aku akan usaha nak capai target aku untuk bulan ni...boleh dapat 3 fail or tidak tu lain cite...yang penting aku dan usaha dan tak buang masa dah untuk perkara yang bukan2...Aku janji!!! klu terlanggar janji camne eh? tak boleh....aku kena kuat semangat!!!

lupa nak bercerita, kawan sebilik aku sedang cuti bersalin...sunyi sepi je aku takde kawan....dahla staff pompuan kt level aku ni berapa kerat je...yang sorang tu asyik duk menghilang pegi jumpa geng2 dia....last2 aku yang takde geng ni tersadai la sorang2 kt bilik...kesian kan aku? memang aku ni memang kesian sejak dari dulu lagi....tapi aku tak heran pun....yang penting, life goes on.....

No comments:

Post a Comment