Wednesday, July 10, 2013

Collegan dan Ibu Menyusu...

Assalamualaikum...

Sekarang ni banyak betul collegan di pasaran kan??. Pelbagai brands dan jenis, ada yg liquid, ada yg serbuk, pil dan ada pulak sekarang ni raw collegan...but the issue is, can nursing moms take collagen?

One fine day during my confinement period..Kakak aku call..Dia ada bagitahu dia sedang minum Collagen Diomand Kinohimitsu. Dia duk bercerita  ramai kawan2 pejabat dia duk puji muka dia makin glowing, radiant and she looked younger than her age.  Aku dah cuba tanya pakcik google sebelum aku minum collagen,..dan mostly sumber aku baca said it's ok for me as a nursing mom to consume collagen. Apa lagi lepah tu terus aku suruh asben tolong belikan stok collegan kt guardian kebetulan time ada sale kat situ...Aku beli satu kotak stok utk sebulan dan dua kotak untuk stok dua bulan.. Over kan??

Then aku pun minum la collagen tu seperti yang dia suruh...tak sampai sebulan, aku perasan muka aku mmg nampak lagi bersih berbanding sebelum ni. Parut jerawat tak kelihatan sgt...jerawat pun xde naik..memang rasa kelainan la. Kawan aku pun ada tegur muka aku nmpk better than before..Aku memang suka sgt2.. Tapi at the same time, anak aku Aisyah dah kurang berak..Dulu dlm sehari adalah dalam 5 hingga 7 kali dia berak. Tapi selepas seminggu aku minum, Aisyah dah tak berak!!. selama sebulan aku consume collagen tu, baru tiga kali Aisyah berak tu pun selepas aku masukkan ubat kat laluan najis dia..kesian Aisyah...tiap kali dia berak, najis dia dah macam pekat dan bau busuk sgt..oh ye, walaupun tak berak, tapi dia kerap buang angin...bau busuk sangat, mcm kentut org dewasa...

Aku dah bawak dia tiga kali pegi klinik, dan jumpa pakar kanak-kanak juga...tapi suma jawapan tak menyakinkan aku..suma doktor cakap tu perkara biasa terjadi kepada kanak2 yg minum susu ibu. Aku yakin kes Aisyah ni ada penyebab bukan sebab 'biasa-biasa' seperti yg doktor2 tu ckp..Aku buka balik kalendar dan dapati sebenarnya Aisyah berhenti berak dengan sempurna selepas seminggu aku consume collagen. Mungkin jugak sebab collagen kan?? then, aku berenti dulu minum collagen dan you know what, 3 or 4 days later...Aisyah berak without using any medication...Memang betul la telahan aku,.Aku sendiri penyebab anak aku tak berak...

Now, I stop using collagen...sedih aku..hancur perasaan aku untuk nampak cantik dan muda. Apa aku nak buat dengan dua lagi kotak collagen yang masih tak buka2 tuh?? tapi, sebenarnya aku lagi sedih kalau anak aku sakit dan tak sihat..Jadi, keputusan ibu untuk berenti consume collagen adalah keputusan yang TERBAIK!!!!

Aku minum yang nih..


serius,.memang berkesan.... 




** sumber gambar dari internet.

No comments:

Post a Comment