Tuesday, December 10, 2013

Misi menjahit....

Aku dah beli pun mesin jahit seperti yang aku mimpi2kan tu.... Mesin jahit brothers AS2730S. Retail price RM 849 tapi biasa la sekarang ni kan manjang je ada sales sempena akhir tahun. So, aku dapat mesin jahit tu hanya dengan harga RM 749 sahaja. Pening jugak pikir nak amik model mana, yela aku nak menjahit suka2 je, jadi kalau amik mesin jahit yang murah2 dan ada basic function pun dah kira ok. Tapi laki aku pulak kata alang2 nak membeli, baik terus beli yang elok, lagi pun harga pun beza sikit je.. takde la skit sgt bezanya, mahu dekat RM150 ye... setelah berfikir pendek, aku pun amik la model AS 2730S... nk tunjuk sket gmbarnya.



Mula2 ni memang eksaited la.. semalam lepas habis keje, aku dan laki terus ke mydin beli peralatan menjahit. Beli benang pelbagai kaler, kapur, bobbin (camni kot ejanya..), L ruler, jarum dan getah...nnti petang ni nak gi beli kain pulak. Disebabkan rumah PIL aku ni takde tempat sesuai nak menjahit, jadi aku tinggalkan mesin jahit aku kat rumah makayah aku aje. So, aku boleh menjahit setiap hujung minggu je la.. balik hujung minggu pun belum tentu aku nak menjahit..ye la sepanjang masa duk melayan anak2.. malam, anak2 tido, aku pun join depa tido sama...mata ni dah tak boleh nak tahan2 ok... ngantuk sgt...

Jadi, misi aku sekarang aku nak jahit palazzo pant....dan survey kat internet camne nak menjahit,... hanya tunggu masa je nak tunjukkan kehebatan dan bakat menjahit aku nih. Tak sabarnya............


No comments:

Post a Comment