Thursday, February 27, 2014

Hadiah

Pagi tadi aku suruh sorang kawan ni tolong hantarkan fail kat office client. Bila dia balik, dia bagi aku ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng jeng jeng
.
.
.

aku dapat ni...

baik sungguh si abang syed ni,...aku pun tak tahu apa dalam tu. Macam malas je nak buka....

Lupakan pasal abang Syed ni. Aku sekarang ni tengah menimbang2 sama ada untuk teruskan penyusuan badan pada Aisyah atau aku nak stop sampai dia umor setahun...Alasan yang paling konkrit buat masa sekarang adalah kerana aku MALAS!,. Memang aku malas sangat sekarang ni. Dan disebabkan kemalasan aku pump susu, jadi supply susu badan aku dah makin kurang. Tengahari tadi pum dapat 1 oz je....huhuhu makin berkobar2 aku nak stop susu badan...

Lupa nak cerita, pagi semalam aku pegi buat ujian pap smear kat klinik desa kat kampung aku. Malu weeiii.. tapi bila fikirkan balik kepentingan ujian pap smear ni buat kaum wanita...abaikan je rasa malu tu. Kejap je dia amik sample tu, tak sampai 3 minit pun.

Aisyah mlm tadi...



Tuesday, February 25, 2014

Celoteh petang

Penat nyaaa hari ni.... padan muka aku sebab suka tangguh2 keje...dah akhir2 bulan ni kena buat keje laju2 sket la.. nak kejar dateline la katakannnn...

Bos aku takde hari ni. Dah 2 hari dia cuti,. biasa kalau bos takde kat pejabat, aku cam relax sgt, rasa cam takde pressure. Tapi tu la, bila dah banyak keje, bos ada ke tak de ke sama je..kena buat keje jugakkkk..

Semalam gi tengok rumah.. Pasang mozek masih tak siap lagi sebab mozek utk master bedroom tak cukup. No comment....pasrah je la kami menunggu. Kontraktor aku sedang usahakan untuk cari outside Kelantan. Kononnya dah order kat KL...ntah betul ko idak... iya kan je la..




checklist:

tingkap - done
pagar - done, kecuali pintu pagar tu tak decide lagi nak yang camne
tangki air - belum lagi
pasang mozek - almost done, tinggal master bedroom je yang tak siap. Mozek tak cukup
pintu - done
mangkuk tandas/ sink bilik air - belum sebab kami nak upgrade cari yang berkualiti sket
segala jenis paip maip - belum jugak sebab yg ni kami nak cari sendiri
cat - belum siap but mostly done

Perasaan aku at this moment. Tak excited dah...tak macam dulu2. Aku dah muak dgn janji2 manis si kontraktor.

Lepas gi tengok rumah, kami nak gi beli air cond kat G Orange. Tap sayangnya bila tangan ni dah bersedia nak membayar, tak jadi pulak nak beli sebab katanya lif rosak, pekerja dia tak boleh nak angkut bawak turun air cond pada petang kejadian. Jadi terbatal la hasrat kami nak membeli air cond. Lain kali kami datang....kalau tak tersangkut kat kedai lain la.

Selepas tu sempat jugak kami naik 1st floor tengok lampu2 hiasan. Memang menarik tertarik la semua, rasa cam tak sesuai plak dengan rumah kami yang biasa2 je ni... tapi tu la, baru tengok lampu pun dah bertelagah sebab tak sekepala. Apa yang dia suka, aku tak suka dan begitu la sebaliknya. Hmmm, macam mana tu nanti nak membeli??? *urutdadatariknafas*



Petang ni nak gi expo barang rumah kat stadium plak....






Sunday, February 23, 2014

EUBOS lotion

Yeayyyy...... stroller aku dah sampai!! Mulanya aku angin jugak sebab dah masuk 10 hari kot, takde khabar berita langsung tentang stroller aku tuh...tup2 hari ni masuk keje ada orang call suh aku amik barang aku tu kat tempat courier... tapi stroller ni bukan warna merah macam yang aku order tempoh hari. Aku dapat warna kiwi sebab merah dah out of stock... Kiwi pun cun jgk...

Tadi tengahari aku keluar awal sket...nak settlekan urusan peribadi. Aku  gi ASB amik borang untuk potongan gaji untuk anak2 ---> then aku beli lunch ----> lepas tu aku gi amik stroller ---> terus gi watson untuk carikan lotion utk Aisyah. Aku rasa lately gatal2 Aisyah tu makin teruk kot. dah 2 malam dia tak boleh nak tidor, nangis2 sambil menggaruk belakang leher dia. Anak aku tu ada ezcema, tapi taklah teruk sangat..Tak teruk pun,. hanya Aisyah yang tahu camne sengsara nya dia menahan gatal... Adik aku ada recommendkan aku beli lotion EUBOS untuk sensetive and dry skin. Katanya lotion tu ok untuk anak dia, Anak sedara aku tu memang kulit sentivite, masa dalam pantang nangis je malam2 mungkin sebab tak tahan gatal kot. Bila adik aku tu apply EUBOS lotion tu, kulit dia dah makin lembut dan malam2 dan tak nangis...tidur pun lena aje.. Tu yang aku kena pi cari lotion tu. Tadi masa aku gi cari kat Watson, lotion tu dah habis.... nanti balik keje aku pegi cari lagi. Kesian aku tengok Aisyah gatal2..


Next month, birthday hasben aku and Aisyah.... Aku dah terbayang2 apa benda aku nak hadiahkan kepada si dia. Memandangkan tahun ni hasben aku hadiahkan alat2 mekap, jadi hadiah yang aku nak beli tu barang yang digunakan untuk merapikan diri jugak... untuk Aisyah aku tak pikir lagi hadiah apa nak beli. Kalu tak beli hadiah pun Aisyah tak kisah kannnnn.... Dulu masa 1st birthday Ariff pun aku takde beli pape untuk dia.... tapi dua tiga bulan lepas tu baru beli.. Ntah, macam tak bersungguh sangat nak beli hadiah untuk anak2 sebab dorang bukan kisah pun ada hadiah ke tak... tapi yang penting, hadiah untuk anak2 sentiasa ada, tak kira birthday ke tak.... klu untuk suami jarang je beli. Jadi untuk suami kena pikir awal2 laaaa..

Monday, February 10, 2014

Stroller & Sunglasses

Yeayyyy...aku dah beli stroller untuk anak aku!! dah lama terpendam hasrat aku nak beli stroller walaupun kami jarang keluar jalan2..tapi memandangkan Aisyah dah besar dan agak berat, maka amat sesuai la membeli bendaalah ni. At the same time sesuai jugak untuk Ariff..

Lega aku dapat membeli stroller ni. Murah je, yang penting ia ringan dan tak makan space bonet kereta..

Sekali lagi sorak.Yeaayyyy!! poyo kan?? tunjuk sikit gambar





Comel je.... oppss ya, aku penah cerita sebelum ini aku ada beli sunglasesses dari Ebay USA and surprisingly, sampai sekarang, aku tak ada terima barang aku tu lagi. Hampeh betul,..bila aku contact seller, memang dia dah pos dan siap bagi tracking number. Bila trace, manjang in transit.. dah tiga bulan kot?? Dah malas dah aku nak tunggu,......anggapla sunglasses aku tu hilang in transit.. hilang duit aku RMxxx.xx...............





Be somebody

Aku terjumpa sesuatu yang menarik pagi ni..






'Be somebody in the eyes of ALLAH, even if you are nobody in the eyes of people'...ayat ni agak terkesan di hati aku.. Selama ni aku rasa sangat down bila orang2 di sekeliling aku tak sedar dan tak perasan akan kehadiran dan kewujudan aku...kalau ada apa2 event penting, aku adalah insan yang selalu tertinggal. Pendek kata aku bukan 'favourite' orang2 sekeliling aku. Tapi yang paling menyedihkan, aku tak sedar at the same time aku pun nobody in the eyes of Allah...so pathetic...

Insya ALLAH, aku akan perbaiki diri aku.. aku nak jadi somebody di sisi ALLAH dan anak2 aku... it's more than enough and the happiest thing to me..

Itu saja luahan rasa untuk pagi ini...terima kasih.