Penat nyaaa hari ni.... padan muka aku sebab suka tangguh2 keje...dah akhir2 bulan ni kena buat keje laju2 sket la.. nak kejar dateline la katakannnn...
Bos aku takde hari ni. Dah 2 hari dia cuti,. biasa kalau bos takde kat pejabat, aku cam relax sgt, rasa cam takde pressure. Tapi tu la, bila dah banyak keje, bos ada ke tak de ke sama je..kena buat keje jugakkkk..
Semalam gi tengok rumah.. Pasang mozek masih tak siap lagi sebab mozek utk master bedroom tak cukup. No comment....pasrah je la kami menunggu. Kontraktor aku sedang usahakan untuk cari outside Kelantan. Kononnya dah order kat KL...ntah betul ko idak... iya kan je la..
checklist:
tingkap - done
pagar - done, kecuali pintu pagar tu tak decide lagi nak yang camne
tangki air - belum lagi
pasang mozek - almost done, tinggal master bedroom je yang tak siap. Mozek tak cukup
pintu - done
mangkuk tandas/ sink bilik air - belum sebab kami nak upgrade cari yang berkualiti sket
segala jenis paip maip - belum jugak sebab yg ni kami nak cari sendiri
cat - belum siap but mostly done
Perasaan aku at this moment. Tak excited dah...tak macam dulu2. Aku dah muak dgn janji2 manis si kontraktor.
Lepas gi tengok rumah, kami nak gi beli air cond kat G Orange. Tap sayangnya bila tangan ni dah bersedia nak membayar, tak jadi pulak nak beli sebab katanya lif rosak, pekerja dia tak boleh nak angkut bawak turun air cond pada petang kejadian. Jadi terbatal la hasrat kami nak membeli air cond. Lain kali kami datang....kalau tak tersangkut kat kedai lain la.
Selepas tu sempat jugak kami naik 1st floor tengok lampu2 hiasan. Memang menarik tertarik la semua, rasa cam tak sesuai plak dengan rumah kami yang biasa2 je ni... tapi tu la, baru tengok lampu pun dah bertelagah sebab tak sekepala. Apa yang dia suka, aku tak suka dan begitu la sebaliknya. Hmmm, macam mana tu nanti nak membeli??? *urutdadatariknafas*
Petang ni nak gi expo barang rumah kat stadium plak....
No comments:
Post a Comment