Monday, March 17, 2014

Takde mood, agenda untuk esok

Hari ni aku agak penat dan malas, kepala pening, mual2 dan mengantuk...perut pulak memulas2 start dari semalam lagi. Mungkin sebab sebelum tido aku minum air pepsi. Sikit je minum, tapi kalau tahu perut aku akan memulas sepanjang hari ni, memang aku takkan minum air tu semalam...huhuhu tak baik ber'kalau'2... Tak mungkin aku mengandung! memang tak la...

Mood aku pun kelaut jugak hari ni. Pagi tadi aku masuk ofis lambat sebab nak bawak Aisyah ke klinik. Bila dah setahun, Aisyah kena suntikan apa ntah...aku bangun dan siapkan anak2 nak ke klinik, bila sampai klinik, suma misi plak takde, klinik gelap siap bermangga....balik la kami semula ke rumah sia2. Tadi sampai ofis pun dah nak pukul 11, aku takde keje sangat hari ni sebab semalam dah hantar 2 report kat bos. Esok InsyaAllah aku nak mula auditan fail baru...

Esok birthday suami aku tapi hadiah tak beli lagi. Aku dah aim satu barang tu nak bagi present kat dia, dan harap2 aku boleh pegi beli rehat esok. Agenda aku untuk masa rehat esok:

--> Beli present suami
--> Bayar denda parking kat MPKB
--> Pegi cari kek secret recipe
--> balik keje, nak singgah beli satay utk mkn mlm tu..

Birthday kali ni untuk 2 orang, suami dan Aisyah.....

Rumah pun dah lama tak berjenguk...so takder la gambar terbaru rumah aku..Mesti kontraktor aku pelik sebab rasanya dah masuk 3 minggu kot kami senyap je. Kalau tak setiap minggu mesti kami akan call dia tanya itu dan ini berkaitan rumah kami tu. Sebenarnya, rumah aku tu dah nak siap, cuma sekarang ni masa untuk pasang aksesori mcm paip maip, lampu dan grill dan jugak mangkuk tandas.... tapi tu la, bila kami lambat cari barang2 tu, maka lambat la jugak rumah aku nak siap sepenuhnya...tapi tu la, asyik tak sempat je..... dalam minggu ni rasanya kami hanya boleh panggil tukang besi nak ukur tingkap untuk buat grill dan minta quotation nya sekali... dalam minggu ni jugak aku akan cuba push suami aku untuk pegi cari mangkuk tandas.... dah ujung minggu ni hari Jumaat dah nak ke Perak sebab Sabtu nanti adik laki aku nak nikah....

harap2 plan aku untuk minggu boleh dilaksanakan dengan jayanya....kemudian boleh la aku survey langsirrrr....

sekian dulu bebelan aku untuk petang ni....tak sabarnya nak gi tengok rumah.

Friday, March 14, 2014

Happy Birthday Aisyah...

Semalam 13/3/2014 genapla Aisyah setahun. Cepat sungguh masa berlalu but yet Aisyah masih baby di mata ibu. Semalam x buat apa2 pun untuk Aisyah. Takde kek dan hadiah cuma dpt hugs and kisses je dari ibu dan taklupa doa dari ibu n abah agar Aisyah membesar dgn sihat dan jadi anak yang cerdik dan solehah. Amin.... Sempena birthday Aisyah Ibu bagi chance Aisyah berendam lama sket dlm pool....


                                                           Happy birthday ChaCha!!


Ariff sekarang ada kat Langkawi dgn nenek dia ikut rombongan sekolah. Hmmm...Sunyi je rumah Ariff takde. Aisyah pulak suka menempel dgn ibu, klu tak suka ikut abang main. Tapi biasa abg Ariff tak nak main sgt dgn Aisyah mungkin sbb Aisyah tak boleh jln lagi, so tak boleh sgt nak ikut rentak abang....lama2 nnti ok la kot.

Sekolah Ariff buat famili day kat Langkawi. So memandangkan Nenek adalah penjaga Ariff so lebih afdal Nenek la yg pegi ikut rombongan tu. Biar la mak mertua aku tu jln2 makan angin sekali sekala. Kesian jgk asyik duk menjaga cucu je. Tapi pegi Langkawi pun still kena jaga cucu jgk..hikhik.

Aku tak dan nak amik gmbr Ariff sebelum berangkat ke Kedah sbb Aisyah dah meragam nak tido. Bas pun sampai dah lewat dlm pkl 11pm... Memang senyap je rumah tokmek minggu ni...Esok pagi Ariff dan rombongan bergeram balik Kelantan. Huhuhu...cepatla masa berjalan...tak sabar nak jumpa Ariff...

Sblm tu, lagi gmbr birthday girl...