Hari ni aku agak penat dan malas, kepala pening, mual2 dan mengantuk...perut pulak memulas2 start dari semalam lagi. Mungkin sebab sebelum tido aku minum air pepsi. Sikit je minum, tapi kalau tahu perut aku akan memulas sepanjang hari ni, memang aku takkan minum air tu semalam...huhuhu tak baik ber'kalau'2... Tak mungkin aku mengandung! memang tak la...
Mood aku pun kelaut jugak hari ni. Pagi tadi aku masuk ofis lambat sebab nak bawak Aisyah ke klinik. Bila dah setahun, Aisyah kena suntikan apa ntah...aku bangun dan siapkan anak2 nak ke klinik, bila sampai klinik, suma misi plak takde, klinik gelap siap bermangga....balik la kami semula ke rumah sia2. Tadi sampai ofis pun dah nak pukul 11, aku takde keje sangat hari ni sebab semalam dah hantar 2 report kat bos. Esok InsyaAllah aku nak mula auditan fail baru...
Esok birthday suami aku tapi hadiah tak beli lagi. Aku dah aim satu barang tu nak bagi present kat dia, dan harap2 aku boleh pegi beli rehat esok. Agenda aku untuk masa rehat esok:
--> Beli present suami
--> Bayar denda parking kat MPKB
--> Pegi cari kek secret recipe
--> balik keje, nak singgah beli satay utk mkn mlm tu..
Birthday kali ni untuk 2 orang, suami dan Aisyah.....
Rumah pun dah lama tak berjenguk...so takder la gambar terbaru rumah aku..Mesti kontraktor aku pelik sebab rasanya dah masuk 3 minggu kot kami senyap je. Kalau tak setiap minggu mesti kami akan call dia tanya itu dan ini berkaitan rumah kami tu. Sebenarnya, rumah aku tu dah nak siap, cuma sekarang ni masa untuk pasang aksesori mcm paip maip, lampu dan grill dan jugak mangkuk tandas.... tapi tu la, bila kami lambat cari barang2 tu, maka lambat la jugak rumah aku nak siap sepenuhnya...tapi tu la, asyik tak sempat je..... dalam minggu ni rasanya kami hanya boleh panggil tukang besi nak ukur tingkap untuk buat grill dan minta quotation nya sekali... dalam minggu ni jugak aku akan cuba push suami aku untuk pegi cari mangkuk tandas.... dah ujung minggu ni hari Jumaat dah nak ke Perak sebab Sabtu nanti adik laki aku nak nikah....
harap2 plan aku untuk minggu boleh dilaksanakan dengan jayanya....kemudian boleh la aku survey langsirrrr....
sekian dulu bebelan aku untuk petang ni....tak sabarnya nak gi tengok rumah.
No comments:
Post a Comment