Wednesday, April 2, 2014

Kursus

Dah lama aku tak pegi kursus luar Kelantan. Last yang aku pegi masa aku tengah pregnantkan Ariff. Dah berapa tahun dah.....nak dekat 3 tahun kot. Tup2 tiba, aku dikhabarkan aku kena pegi kursus asas kat Sabah....Sabah kau......fuhhhh.....jauhnye..

Sebelum ni dah tiga kali aku kot aku buat surat rayuan tanak pegi kursus tapi kali ni aku tak tolak kot sebab memang aku dah bersedia nak tinggalkan anak2 buat sementara waktu. Aisyah pun dah minum susu formula, so dah takde alasan dah untuk aku ngelat...Dan syukur sangat2 sebab basic course kali ni cuma makan masa 2 minggu je....tak mcm dulu 3 bulan tau... kalau la aku terkena kursus 3 bulan, habis kursus mesti anak2 dah tak kenal aku...

Dalam 3 minggu ni padat betul aktiviti aku. Bermula dari 22/4 hari tu aku dan famili ke Perak sebab adik lelaki aku kahwin dengan org Kuala Sepetang. Perjalanan pergi dan balik smooth je. Cuma masa nikah dan berarak pegi rumah bride, anak2 aku meragam....Masa nikah pukul 9 pagi, anak2 aku meragam sebab nak tido kot.... Ariff tu siap menjerit2 dalam masjid masa tengah akad nikah, Aisyah pun nangis jugak. Pening kepala aku.. Masa rombongan ke rumah bride, Ariff nangis jugak sebab tak puas tido. Tapi petang tu selepas selesai majlis, balik mandi2, solat dan terus kami ke Zoo Taiping...setelah seharian meragam, akhirnya seronok sangat tengok Ariff happy....



Aisyah sejak dari pagi tak berpeluang nak tido. Memang time ni dia tido sungguh2

Dan akhirnya terlentok...stroller ni tak leh laras rupanya...





Minggu lepas pulak kenduri rumah aku...Ariff seronok betul jumpa cousins dia... main je manjang.... gambar pun takde amik sgt...

Sesi buka hadiah malam selepas majlis bertandang...

Ariff paling slow buka hadiah.hahaha

Minggu ni bila dah lega sikit, aku dan hubby sibuk mencari barang2 untuk rumah. Semalam aku dah beli mangkuk tandas, sinki bilik air, air cond, downlight dan lampu tiang.... rehat karang nak pegi cari lampu pagar dan kipas kat dapur pulak... nak kene settlekan pencarian barang2 ni sebelum aku pegi kursus....aku memang tak harapkan laki aku cari sorang2....sebab citarasa kami memang sangat2 berbeda...

No comments:

Post a Comment