Actually 2,3 hari ni bnyak cerita kot aku nak kongsi tapi bila simpan 2,3 hari habis lari mood aku nak bercerita. Dia kena time aku teringat tu time tu jgk aku kena post. Tak boleh simpan2... habis kalau aku teringat time memandu macam mana??
Semalam aku kena jadi pegawai sambutan kat airport kena sambut vip datang meeting kat kelantan. Masa nak cari parking, aku jumpa satu tempat baik punya utk parking memang muat2 utk kereta aku. Sbnrnya tmpt tu bukan utk parking tapi dah jadi tmpt parking kot situ. Cuma saat dan ketika aku nak parking tu aku tngok ada getah paip duk berselirat dkt situ..oooo ada tukang kebun sdg menyiram pokok bunga. Aku pun masuk la parking, and then at the same time air paip getah tiba2 terlucut dan air menyembur2 keluar. Bila kereta aku dah cantik masuk parking, dtg la si tukang kebun yg muda belia ni tegur aku, minta aku parking kat tmpat lain. Adoii panjg plak aku nak cerita....aku shortkan kan la...aku gaduh dgn tukang kebun sbb dia tak bagi aku parking situ. Aku tak tahu sapa salah...aku tak salah kot. Dia boleh lalukan getah paip tu bawah kereta aku tapi dia yang tanak.. tension aku, tapi akhirnya aku mengalah pegi parking tmpat lain sbb aku tak suka cari gaduh. Aku tahu mesti budak tu kata aku ni belagak...lantak ko la dik...aku takde kena mengena pun dgn ko...
Oppsss lupa sebelum tu, pagi2 lagi masa otw g ofis aku lepas drop husband aku kt ofis, aku potong la hilux ni, aku bagi signal dan aku tahu jarak aku masa potong hilux adalah jarak yg selamat. Bila aku potong terus dia hon aku. Apa??ingat hebat sgt ke setakat bawak hilux, bukan baru pun...berlagak gile. Masa dia lalu tepi aku (jalan 2 lane) dia slowkan hilux dia sampai tengok aku dgn muka yg kerek sambil hisap rokok... aku tak takut ok!!! Tapi seriusly that honk really kill my mood that morning. Tambah pulak insiden aku dgn tukang kebun kat airport tu......
Lepas siap smbut vip, mak mertua aku plak call bgtahu Ariff demam teruk, terbaring je, tanak minum susu dan tanak makan. Lalu bergegas la aku balik rumah dan Ariff memang kesian... terus aku bawak dia ke hospital pakar perdana dan Ariff kena warded. Memang kesian tengok dia....tapi surprisingly... malam tu demam dia dah kebah dan dia tiba2 aktif.. hmmmm...penat pulak menjaga budak yg sihat ni. Tadi suruh asben tanya doktor kot boleh bawak Ariff keluar. Klu dah sihat tak payah la duk dlm spital, sian adik Aisyah sorang kat rumah. Tapi kami dah terlambat sebab doktor dah berikan dia antibiotik jadi kami kena tunggu lagi 2 hari....arggghhhh....
![]() |
ni gambar tghari tadi...tengah aktif bermain |
![]() |
Petang semalam |
No comments:
Post a Comment