Wednesday, April 30, 2014

Selepas kursus

Aku dah masuk bekerja start hari Isnin lagi... dah mula buat keje sikit2, warm up dulu....nnti start minggu depan baru buat keje banyak2 terus.

Hari aku balik tu, husband, Ariff n Aisyah datang jemput aku.... Suka..tapi aku curious + tabik kat laki aku sebab dia boleh bawak dua2 anak aku tanpa bantuan sapa2. Siap bawak budak2 tu gi makan kfc lagi padahal dia sendiri demam... klu aku sengsorang camtu, jawabnya anak2 duduk rumah je.

Hari aku balik tu, Ariff nampak sihat...tapi bila petang dia dah demam.. sampai la hari ni. Dah 4 hari kot. Risau memang la teramat risau. Sekarang ni tengah bagi dia makan antibiotik dan ubat demam je. Lepas makan ubat, badan dia ok kejap. Lepas tu demam balik.... Pagi tadi aku ingat nak masukkan Ariff dalam wad aje, tapi mak aku cakap dia nmpk macam nak baik sikit pagi ni.. Jadi aku tunggu dengan penuh harapan agar Ariff makin sihat...

No comments:

Post a Comment