Sunday, July 13, 2014

Baju raya

Agak lama tak masuk menulis dalam blog ni... cepatnya masa berlalu, dah pun 16 Ramadhan...

Raya dah tak lama, tapi takde buat apa2 persediaan pun lagi. Asyik tak sempat je,. Penah keluar malam sekali nak cari baju raya, bawa Ariff je sebab Aisyah dah nak tido time tu. Tapi bila sampai, dah mula berguling buat perangai....sampai balik pun dia buat perangai gitu jugak. Tak tahu la mana tak kena dengan Ariff tu. Sampai dalam kereta siap dia buat perangai. Aku sekali tengok geram, dua kali tengok kesian. Aku ni pulak bukan la seorang yang sabar.. setiap kali lepas solat aku mohon Allah berikan aku lebih kesabaran dan ketabahan dalam menangani karenah anak2...panjang lagi perjalanan aku nak membesarkan anak2 ni..

Setakat ni, baju raya kami semua tak terbeli lagi, kecuali baju Melayu suami dan Ariff yang dah ada. Baju kurung aku dan Aisyah, aku nak jahit sendiri. 2 hari lepas dah pergi survey kain cotton kat Salem Aziz tapi amboiii kain suma tahap mak2 datin aje... kebanyakkan dalam range harga RM 50 - RM70 semeter ok!! Boleh je kalau nak beli yang mahal camtu, tapi mengenangkan aku nak menjahit sendiri, tak sampai hati aku nak beli yang mahal2... yang murah2 je padanlah dengan kami untuk raya tahun ni. Nak kain yang mahal, kita jahit kemudian okk??

Biskut raya tahun ni hanya tempah 2 3 jenis sahaja. Kat tempat aku ni macam tak meriah sangat orang menjual....jadi aku pun takde la membeli sangat. Baik macam gitu la, jimat duit aku..lagi nak membeli barang2 rumah dan langsir..

No comments:

Post a Comment