Friday, September 26, 2014

Kuala Lumpur 2014

Kali ni aku bersiaran dari Batu Caves, rumah abg ipar aku. Aku tak plan pun nak dtg sini tapi memandangkan suami aku ada kursus kat sini dan dia beria2 duk mengajak aku ikut dia, so aku pun datang la sini jugak. Terpaksa la aku amik cuti kecemasan, yela...sebab x sempat nk apply cuti. Aku bila pikirkan nak travel jauh2 dgn budak2 kecik ni memang buat aku jadi penat jiwa dan raga. Aku prefer jln2 kat sekitar2 kelantan je. Tapi aku gagahkan jugak kali ni.

Sebelum ni mmg ada bgth suami, kan best klu dpt bwk anak2 pegi zoo negara...Ariff mesti excited tengok animals..jadi kami pun boleh la pegi zoo. Smlm dah pegi, best la jgk sebb org xde la ramai sgt sebb weekdays kan. Aku rasa kali ni Ariff mcm x excited mcm dia pegi zoo taiping tempoh hari. Masa kami pegi zoo taiping, sepupu dia Niyyaz ikut sama. Jadi dia cam seronok berkawan jgk.


Thursday, September 18, 2014

PC buat hal plak dahhhh

Hari ni aku bersiaran guna laptop je sebab PC aku rosak. Tak tahu nape, semalam aku tak boleh nak buka Microsoft Excell langsung. So, biarkan...sebab semalam aku keluar operasi, tak guna PC ofis pun. Pagi ni pepagi buka PC dan mcm bengong dah... hmmmm...rosakla tuh! Aku panggil orang IT la suruh tengokkan PC aku ni. Katanya klu masalah software tak pe, segala mak nenek dokumen dalam komputer aku ni boleh di backup tapi....yang tak sedapnya bila dia cakap kalau masalah harddisk memang hancur hilang la segala dokumen aku, gambar2 anak2 aku....huhuhu menangis tak berlagu la aku jawabnya. Dahla aku takde backup kat mana2 gambar2 tu....tolong...jangan la rosak harddisk tu.....

Cerita plak pasai semalam punya operasi. Memang memboringkan...tapi bila dah keje, kena la buat without complaint...komplen dlm blog xpe, xde orang baca pun...dah balik ofis semalam kepala aku dah berdenyut2 dah....sampai malam sakit kepala aku.. Anak2 aku serahkan kat suami. Pandai2 la tengokkan anak2....Pagi ni aku cancelkan operasi sebab aku nak settlekan hal2 kat ofis dan mana2 syarikat yang kena call dulu.... operasi sambung lagi minggu depan. Memang rasa nak muntah tau naik kereta cari duk mencari2 syarikat yang tak wujud....hmmmm.... ok dah la dulu buat minggu ni....


Tuesday, September 9, 2014

Beg oh beg

Pagi tadi......selepas sampai ofis, nak keluar dari kereta...ambik beg dari bawah seat, baru perasan beg aku dah koyak....aku pakai beg ni tak sampai sebulan pun lagi walaupun beg ni aku beli dah lama dari tahun lepas lagi... Aku bukan jenis suka tukar2 beg. Kalau aku pakai beg tu, beg tu la aku akan pakai sampai lenjan..padahal beg ada 2 3 4 lagi tersimpan dalam almari. Aku ni kategori cermat la kot. Sebulan lepas beg CarloRino aku pun koyak jugak. Tu pun beg baru guna jugak walaupun beli dah lama... benci!! sekarang ni masih ada dua beg lagi duk tersimpan dalam almari. Takde kesempatan nak bertukar2 beg. Start dari sekarang aku kena lenjan beg tu sampai koyak.. baru puas hati beli beg,. ni tak, duk tersimpan dalam lemari je..... sebab tu sekarang, aku tahan je diri kalau nak beli beg, sebab aku tahu kesudahannya macam ni la. Dalam tahun ni je, dah 3 beg dah koyak sebab tak digunakan.. termasuklah beg aku sekarang ni, dan dua lagi termasuk CarloRino tu. Sakit hati je bila ingat..






Thursday, September 4, 2014

Selsema

Aku tengah selsema sekarang ni...jangkit dengan Ariff....aku memang selalu macam ni. Aku rasa bila umor dah masuk 30's siries ni...tiap kali anak2 aku kena selsema, memang aku pun akan selsema jugak. Nampak sangat la ketahanan badan aku dah tak kuat cam dulu... hukhukhuk...#kurangvitaminC

Ok...dah ingat dah nak tulis apa...tadi lupa jap.. Lately dalam jabatan aku ada la ribut taufan bawa berita akan berlakunya kenaikan pangkat secara besar2an tak lama lagi. Mungkin dalam bulan ni kot. Ada la terselit jugak nama aku....hmmm....klu betulla nama aku betul2 ada, Alhamdulillah, rezeki aku....klu tak, anggapla mungkin bukan masanya lagi untuk aku. Jadi aku dah set mind aku awal2..aku taknak mengharap sangat..lagipun dalam ramai2 calon tu, aku kot yang paling tak menyerlah dan tak dikenali...hikhikhik#kesatairmata. So selepas ni, apa jua keputusan dan berita yang aku terima... aku harap aku akan rilex, positive dan tidak akan tergugat perasaan dan emosi aku ni...amin...


Wednesday, September 3, 2014

Cuba lagi next time

Aku cuba nak try background tapi fail manjang......malas nak google tutorial segala...Ada masa nnti aku belajar. Buat masa sekarang kekal la background ni kat blog aku.

Tuesday, September 2, 2014

Bila Malam

Sabtu lepas aku dah pasang kayu langsir kat rumah. Aku minta tolong ayah aku pasangkan sebab aku aku tu biasa guna drill..nak jimat punya pasal. Harap2 sikit je la cacat celanya, aku pun tak pegi tangok lagi... kami pegi rumah dah nak dekat magrib. Bila dah malam, memang gelap gelita dan sunyi je area rumah aku tu. Yela, sebab rumah belakang takde penghuni, kiri kanan depan pulak semak dan kebun. Heee seriau la plak....Kakak yang jahit langsir tu datang nak serahkan kayu langsir. Sebelum balik dia siap pesan supaya aku tinggalkan sikit asam keping, lada hitam dan garam dalam rumah. Tu yang aku jadi makin ralat nak masuk rumah ni.... Dah la anak aku Aisyah tu suka nangis sebelum tidur.

Suami aku pun selepas balik dari pasang kayu langsir tu ada la 2 3 kali duk bagi cadangan supaya jual rumah tu... Gila ke hapa? dah buat rumah susah2 nak jual plak. Dia cakap area rumah tu sunyi... tak best la duduk kat kampung orang...dah ada org berminat nak beli rumah tu...macam2 la bunyi keluar.. Minta jauh dari yang bukan2 la.... InsyaALLAH segalanya akan selamat dan berjalan dengan lancar.