Tuesday, September 2, 2014

Bila Malam

Sabtu lepas aku dah pasang kayu langsir kat rumah. Aku minta tolong ayah aku pasangkan sebab aku aku tu biasa guna drill..nak jimat punya pasal. Harap2 sikit je la cacat celanya, aku pun tak pegi tangok lagi... kami pegi rumah dah nak dekat magrib. Bila dah malam, memang gelap gelita dan sunyi je area rumah aku tu. Yela, sebab rumah belakang takde penghuni, kiri kanan depan pulak semak dan kebun. Heee seriau la plak....Kakak yang jahit langsir tu datang nak serahkan kayu langsir. Sebelum balik dia siap pesan supaya aku tinggalkan sikit asam keping, lada hitam dan garam dalam rumah. Tu yang aku jadi makin ralat nak masuk rumah ni.... Dah la anak aku Aisyah tu suka nangis sebelum tidur.

Suami aku pun selepas balik dari pasang kayu langsir tu ada la 2 3 kali duk bagi cadangan supaya jual rumah tu... Gila ke hapa? dah buat rumah susah2 nak jual plak. Dia cakap area rumah tu sunyi... tak best la duduk kat kampung orang...dah ada org berminat nak beli rumah tu...macam2 la bunyi keluar.. Minta jauh dari yang bukan2 la.... InsyaALLAH segalanya akan selamat dan berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment