Wednesday, October 8, 2014

takde tajuk

Aku dah kembali bekerja hari ni. 2 hari je cuti. Boring jugak cuti lelama..lepak kat rumah je, baik aku keje. Dah kembali ke ofis, mcm alahai banyaknye keje...

Sabtu ni birthday Ariff yang ke3, abahnya beria nak bawa Ariff celebrate kat mana2 tmpat yang best. Dia minta pendapat aku, terus aku cadangkan Bukit Keluang resort...tak pun Tok Aman Bali.... mesti la aku usulkan tempat yang dekat2 dan best....harus la abahnya tak setuju. Pikir2, terus decide pegi Lost World of Tambun la....ajak adik aku sekali...the more the marrier..ye tak?

Nnti klu sempat aku akan upload cite ke LWOT...tengok la camne,..sebab biasa hp aku hp anakku jugak. Biasa lepas balik rumah, aku akan simpan hp elok2 dlm handbeg. Lepas budak2 tido baru boleh keluarkan, tak pun sampai esok pagi baru pegang hp. Camtu la budak2 excited sgt la dgn gadget. Tu pasal, aku dah delete kebanyakkan games dalam hp aku, cuma tinggal 2 3 je, in case kalau anak2 takleh nak pujuk sgt...suruh dia main games dlm hp. Tapi bila tak bnyak pilihan, dorang cepat boring....Aisyah la selalu camtu...bila buka benda yang sama, dia nangis2 tanak yang tu...sabar je la dengan anak2 ni...


Thursday, October 2, 2014

Baju batik berlubang

Hari ni aku pakai baju batik ke ofis... dah lama tak pakai baju batik...mujur dah ada baju dah bergosok, so terus amik baju tu pakai...lepas pakai baru perasan ada lubang kecik kat baju...tapi aku ni jenis tak kisah, pakai je la...bukan org perasan pun. Kecik je lubang...


Pegi ofis....tengahari keluar makan...balik makan belek2 tudung, alamak ada lagi lubang kat baji aku...dan yang ini nampak lebih jelas kot sebab lubang tu kat bahu..
Alamak malunya...memang la tak perasan sebab aku tak belek pun baju aku. Ok, lepas tu aku duk dlm bilik aku je, keluar amik wudhu' je.... mujur hari ni balik awal....

Then, aku pegi ofis suami aku tunggu dlm kereta. Belek2 lagi baju aku dan aku jumpa satu lagi lubang....hahaha bengong betul...

Ni kena gigit dgn lipas la ni... kenapa xmkn je suma baju aku tu, atleast xde la rasa frust sgt sbb betul2 xleh pkai. Ni tak, nmpk elok tapi sana sini berlubang. tak pasal2 dah takleh pakai dah baju ni, padahal elok lagi sbnrnya... ntah apa cite baju aku yang lain.. mintak2 yg lain suma selamat lagi.... 

Minyak naik lagi!!!

Konfem pagi ni kita duk baca kat mana2...social media ke, suratkhabar ke.... mostly tentang kenaikan harga petrol. Aku pun nak mengeluh sama tentang naik harga ni..... 

Sebelum ni, masa aku belajar sampai la aku keje biasa2 dengan gaji RM1500.00 sebulan, aku tak penah heran pun bila kerajaan umum petrol naik harga. Mungkin sebab waktu, kuasa membeli aku agak terhad.. lepas tu plak aku tinggal dengan kakak aku, jadi makan minum aku ditanggung, jadi tak terasa sangat la...

Tapi sekarang, bila aku dah berumah tangga..ada rumah sendiri, anak dah dua orang....bila kerajaan umum petrol naik harga lagi, memang aku terasa kesannya sangat2...sebab automatik selepas ni harga barang akan naik berperingkat2... yang peliknya barang2 yang kita tak jangka akan naik jugak... lepas tu mula peniaga mula la bagi alasan minyak dah naik, harga barang pun mesti naik... kejam betul!! Can't imagine, berapa agaknya harga minyak seliter masa aku dah berumur 50 tahun nanti... 

Dah la dalam bulan lepas susu anak aku pun dah naik...tu belum cite lagi pasal barang2 dapur... memang terasa kesannya.... 

Wednesday, October 1, 2014

Jerawat kembali lagi

Lately, jerawat back to terror on my face. Actually dah sebulan dah naik jerawat, dan baru je jerawat tu surut naik lak yang lain betul2 atas hidung dan satu lagi kat tengah2 antara mata kanan dan kiri... aduiihhh....tensen betoi aku, dah la lama nak hilang, naik lak bersilih ganti...

Sebelum ni aku dah penah buat rawatan peeling kat Klinik Mahmood, Wakaf Bharu....jerawat ok kejap....naik pun takde la besar cam sekarang ni. Ni dah start buat hal balik dah. Aku takkan berkompromi lagi dengan jerawat kali ni. Tadi aku ajak suami aku temankan aku pegi klinik Primer kat Jalan Sultan Ibrahim.... 

Jumpa doktor.....bincang2 sket,..dia bagi tahu pantang larang utk aku sepanjang consume ubat2 dia.. fuhhh...nak tergelak pun ada. Boleh ke aku avoid suma jenis makanan ni?? Mestila BOLEH.... ko nak cantik kannnn??



ni aku tepek sket gmbr ubat2 dia bagi. Harga a bit pricey jugak la bagi orang kebanyakkan macam aku ni... lebih kurang macam treatment yang aku buat kat Klinik Mahmood tahun lepas...tapi kalau ubat ni berkesan, why not aku bayar mahal sket kan??

Well, klinik primer tu baru lagi.... cantik je klinik nya....doktor pun masih muda remaja lagi. That's all for now.. memandangkan aku seorang yang pemalu, aku takkan letakkan gambar muka sebelum dan selepas....

oppss..ada lagi nak cerita..tadi sebelum pegi klinik...aku dan kawan ofis dah pergi mendaftar kat kelas zumba...rasa macam ' betul ke aku nak berzumba ni???'...Aku dah kena cari baju sesuai untuk aktiviti baru aku ni... kelas akan bermula lepas raya haji.

that's all....