Thursday, October 2, 2014

Minyak naik lagi!!!

Konfem pagi ni kita duk baca kat mana2...social media ke, suratkhabar ke.... mostly tentang kenaikan harga petrol. Aku pun nak mengeluh sama tentang naik harga ni..... 

Sebelum ni, masa aku belajar sampai la aku keje biasa2 dengan gaji RM1500.00 sebulan, aku tak penah heran pun bila kerajaan umum petrol naik harga. Mungkin sebab waktu, kuasa membeli aku agak terhad.. lepas tu plak aku tinggal dengan kakak aku, jadi makan minum aku ditanggung, jadi tak terasa sangat la...

Tapi sekarang, bila aku dah berumah tangga..ada rumah sendiri, anak dah dua orang....bila kerajaan umum petrol naik harga lagi, memang aku terasa kesannya sangat2...sebab automatik selepas ni harga barang akan naik berperingkat2... yang peliknya barang2 yang kita tak jangka akan naik jugak... lepas tu mula peniaga mula la bagi alasan minyak dah naik, harga barang pun mesti naik... kejam betul!! Can't imagine, berapa agaknya harga minyak seliter masa aku dah berumur 50 tahun nanti... 

Dah la dalam bulan lepas susu anak aku pun dah naik...tu belum cite lagi pasal barang2 dapur... memang terasa kesannya.... 

No comments:

Post a Comment