Tuesday, May 12, 2015

Luahan aku hari ni...

Hari ni rasa cam 'sooh' je perut aku ni..sebabnya aku masih pakai seluar kerja. Nak duduk kena buka zip..nak berjalan pulak kena zip balik..hadooiii...nyesaiii aku tak bawak seluar pregnant siap2...macamne aku nak bertahan sampai jumaat ni weeiii... tak lepas nafas aku pakai seluar ketat....kesian baby, kena duduk dlm keadaan yg sempit..hukhukhuk..

Semalam aku pesan biskut semprit dengan sorang staff kat sini. Sebab selalu duk belek2 fb, selalu nampak orang duk iklan biskut raya. Tu yang terliur tu....mujur la wife staff tu boleh amik order biskut raya...so, bole la aku melepaskan keinginan nak makan biskut raya...

Aku nak bercerita pasal Aisyah sebenarnya..Aku datang Kuantan, cambiasa hari Ahad. Suami aku pagi2 lagi dah angkat Aisyah pegi rumah pengasuh dia. Dia tengah tido...jadi mamai2...tak mencari sgt aku. Tapi, bila dia balik petang tu....terus dia mencari2 aku dalam bilik....aku boleh bayangkan macamne dia mencarik...sebab time aku ada kat rumah pun, dia takleh berenggang pun dengan aku. Takde depan mata, terus dia melalak... Bila dengar cerita suami, terus hati aku tersentuh... dah terus mengalir air mata aku...sedih kot.. Memang lately, aku takleh sgt duk ingat Aisyah, tengok gambar Aisyah, aku jadi sebak..dan terus menangis..ni pun duk menaip kat depan pc ofis....mata dah berair ni..

Aku sayang2kan anak2...takde nak beza2kan... Tapi sedih sangat sebab Aisyah takde dekat dengan aku. Saban minggu aku rasa Aisyah makin berubah sikit demi sikit. Dia jadi macam memberontak, selalu buat perangai... mungkin faktor dia makin membesar..rasa rugi sebab terlepas nak tengok Aisyah membesar depan mata aku. Aku redha je kena datang keja jauh2..mujur Ariff ada temankan aku. Cuma aku amat berharap sangat, dalam masa terdekat ni, sebelum aku bersalin, aku boleh bertukar semula ke Kelantan, dan berada disamping suami dan Aisyah..barula rasa sempurna dan lengkap hidup aku. Ya ALLAH....permudahkan urusan aku.......amin.....


No comments:

Post a Comment