Ariff dah sihat. Cuma muka dia dah berparut. Hari ni dah pegi sekolah. Risau jgk takut nanti cikgu suruh sambung cuti..tapi sama2 tunggu petang ni lepas Ariff balik rumah. Balik hari Jumaat terus gi umah mak aku sbb hasben dah ada situ. Balik sini semalam. Smpi rumah dalam pkl 8 mlm. Sampai tengok..makk aiii banyak nye semut api. Ni mesti kes sisa makanan jatuh tak terus sapu. Aku dah naik angin..bising jgk sket...tak leh banyak sgt bising. Somi aku tgh sakit gigi..Aku dah rasa mcm frust.. lain kali tanak balik la...baik spend weekend kat Kuantan lagi baik. Balik rumah asyik penat je. Somi tak cooperate langsung.. gerammmm..
Bila berleter dia defend diri sendirik. Tak sempat la nak kemas sebab duk melayan anak2. Tak faham aku. Aku masa dlm cuti bersalin hari tu. Tiga2 anak ada dgn aku kat rumah...tapi rumah sentiasa je bersih...tiptop ok... aku dah malas nak layan...minggu depan tanak balik dah...**modemerajuk**
Aku sejak masuk keje ni...memang aku betul2 pancit. Nak ngadu kat somi...dia pun pancit jgk..layan anak2 yg tgh banyak karenah. Ok. Fine. Pendam dalam hati. Aku balik cuma Sabtu je hari aku betul2 cuti. Ahad dah gerak balik. So lepas naik keje ni, bila balik aku dah jarang masak. Tensen sebab sayur...halia...bwg... selalu je buruk. Nak masak, suma da tak leh guna.. bila beli lain...mggu depan tak leh guna dah...tensiioon kan? Klu masak pun masak simple2 je.
Sekarang duk fikir pasal perbelanjaan keluarga yang makin meningkat...sejak anak2 dah masuk tadika...Alice masuk nursery...nyewa rumah baru kat Kuantan yg mana sedikit tinggi dari rumah sebelum ni. Lepas tu sekarang ni rasanya macam kerap balik sendiri. Jadi terasa jgk penangan balik sorang... belanja minyak cover sorang2 la beb... jadi sekarang ni aku kena belanja berhemah sgt. Tak leh nak membeli benda yang bukan2. Maksud aku benda2 kehendak tu kena ketepikan dulu. Beli yang betul2 perlu sahaja. Aku ni bukan boleh percaya sgt. Sambil2 duk takde duit...klu masuk shopping complex..kemain menyopphing... lepas tu mula bising budget dah lari. Walaupun kewangan sedikit tenat sekarang...tapi Alhamdulillah..keperluan anak2 tak prnah missed. Usaha jugak utk sediakan yang mana perlu. Stok makanan pun tetap ada macam biasa.. cuma kami dah stopkan aktiviti luar buat masa sekarang contoh mcm makan kat luar, bercuti...kurang kan beli mainan anak2... hehe terpaksa la anak2 oii... kita puasa sekejap dulu ye dari hiburan yang melarakan ye...
Aku balik...tetiap mggu kena ngemas. Tanak somi dan anak2 duduk dlm keadaan yg kotor dan tak terjaga walaupun aku duk jauh. Tapi mggu lepas tak sempat kemas sebab spend mggu lepas kt umah mak aku dengan Ariff yg kena kuarantin kat sana. So mggu ni rumah nampak malap malam je... nak kemas tapi tak larat...esk kot kemas sket2 sebelum gerak balik Kuantan. Hari ni dah separuh hari kat hospital. Aku ada appoinment sebab ada thyroid. Tadi ada amik sample kat benjol kat leher ni. Aku dah takut dah...risau..tapi Alhamdullillah..tak sakit sangat pun. Harap2 takde pape yang bahaya pun. Tadi pegi hospital aku lupa nak gosok gigi. Biasa masa mandi terus gosok gigi. Tapi pagi tadi berus gigi takde. Mandi dulu. Ingat nak gosok sebelum gerak gi hospital. Tapi bila sibuk buat itu ini..lupa pulak nak gosok gigi. Bongok betul. Dah tu cakap dengan doktor. Control je. Mulut tak buka luas2 sgt.
Klu doktor tu bau mulut aku tu Allahu'alam la.. harap2 tak la.
Bila tiba2 kita ada penyakit... rasa cam kelam je dunia. Perasaan aku seakan2 aku akan hilang semua nikmat dunia lepas ni.. hidup bergantung dengan ubat...terus keluar soalan cepu mas.."kenapa aku yg terpilih?"... mcm tu jgk orang lain kot yang mana ada penyakit... mungkin soalan tu jgk depa duk soalkan dengan...aku bukan nak soalkan dengan Allah. Aku redha. Aku ada thyroid je. Orang lain lagi malang dari aku; ada cancer la... penyakit keturunan la.... mcm2 penyakit merbahaya. Selagi aku bernafas, aku kena kuat. Anak2 aku masih perlukan aku. Alisha masih perlukan aku utk menyusu. Be positive dear...live ur life.. yang penting ingat Allah.