Tuesday, January 19, 2016

Ariff kena chicken pox

Lagi lebih kurang 8 minit sebelum pukul 5. Aci tak aku nak guna waktu ni nak tulis blog jap?? Haram kannn....nnti tak berkat duit gaji aku. Aku ganti 8 minit ni esok. Pepagi aku datang esok buat keje.
 
Actually, sekarang ni sejak naik keje lepas pantang ni duk rasa macam banyaknye lah keje aku.. Rasa nak buat itu dan nak buat ini. Bila pegang A..mula teringat yang B. Bila buat B, teringat kan C...camtu la lebih kuranggggg... Padahal tak banyak mana pun. Mungkin aku ni yang tak smart nak bagi masa seadil2nya untuk buat keje.
 
Aku cuti semalam. Ariff kena chicken pox. Ni la yang aku geram ni. Makpak yang jenis tak sensitive. Dah tau anak tu kena penyakit berjangkit, tak payah la hntr di sekolah. Dah habis budak2 lain berjangkit sama. Rasa aku ada la 2 3 orang budak lain yang kena chicken pox jgk. Kesian kat orang lain. Lagipun tempat budak2 cam tadika ni la senang sgt virus2 ni nak hinggap kat budak lain. Kesian Ariff dan budak2 lain yang malang tu la.
 
Petang Sabtu baru perasan ada cacar air kat badan dia. Ingat kan gatal2 ke hapa. Cam pelik pulak tengok macam makin banyak kat badan dia. Dia pun tak aktif sangat... duk baring depan tv je. Dah tu start risau...sapa nak cuti panjang jaga Ariff ni. Klu duk rumah pun nnti berjangkit pulak dengan Aisyah n Alis. Terus call tokmek, cakap nak hntar Ariff balik kampong. Kuarantin kat situ. Umah mak aku tu takde budak kecik..So, boleh la dia rehat2 kat situ.
 
Sedih tu amatla sedih. Bila anak sakit, aku duk jauh. Tak leh tengok anak sendiri. Mak aku cakap dia tak lalu makan. Duk baring depan tv jela. Dahtu minggu ni aku tak balik Kelantan. Takde geng. Sedihhh sangat2. Sepanjang aku duk Kuantan ni... ni la first time aku tak balik. Aku taknak amik risiko balik dengan Alis. Tahu2 jela budak kecik tu bukan boleh agak. Nak melalak time tu...time tu jugak dia melalak. Semalam aku datang Kuantan dengan Alis je. Berdua dengan dia. Aku amik cuti Isnin sebab Ariff demam tu la. Risau sgt dia takut Alis meragam dalam kereta. Tapi Alhamdulillah, sampai juga kami dengan selamat kat Kuantan. Dia meragam jgk..sebab nak susu...
 
Dahla...aku dah lewat.. nak g amik Alis.

No comments:

Post a Comment