Assalamualaikum...Salam Isnin....
Lama nau tak menulis kat blog. Bukan sibuk pun...ada 2 3 kali buka blog, tapi takde idea nak nulis apa.
So, disebabkan lama nau tak menulis, I rasa cam banyak je cerita nak share. Ok, I nak cerita ikut chronology la...senang aku nak ingat. Ok, 22hb Julai haritu kan nuzul Quran. Disebabkan takleh balik sebab cuti duk tgh2 minggu, aku dah plan nak buat popia simpul. Sengat bangat, rugi jek kalau beli. Banyak lagi boleh dapat kalau buat sendiri. Then, I pun beli la barang2 nak bersimpul ni. Sambal ikan dengan kulit popia je pun... Malam Selasa tu dah plan, lepas aje Alisha tidor aku nak mengadap je menyimpul ni. Tapi nak dijadikan cite pulak, si Alisha ni tiba2 jek demam malam tu. Bila dah lena, letak sat, dia jaga balik... begitu la 2 3 kali. last2 fedup, sekali dengan aku2 yang tido. Tapi tido tak lena la...sebab minda dan fikiran duk tertumpu nak siapkan popia tu je... tapi Alisha punya meragam sampai la ke subuh. Sampai aku nak gi toilet pun tak leh nak tinggal... last2 terhenti separuh jalan je la impian aku nak siapkan popia simpul.
Pagi Rabu tu aku sambung lagi. Sekejap je la... lagi nak melayan budak kecik tu memang tak dan I. At the same time., my family; my hubby, Ariff and Aisyah dan naik bas nk datang Kuantan. Aku takde la suka sangat dorang datang sebab kesian bila dorang kena naik bas. Sedih siot.. Tapi aku terharu jugak especially suami aku tu... ada masa luang je terus bawak anak-anak datang cari aku. So, sebab tu la plan nak siapkan popia simpul tu tergendala.. sebab my family is coming to the town gituuu.
Malam Rabu tu kami tido kat Sri Manja Hotel dan amik buffet Ramdhan kat situ. Dalam pukul 5 tu suami dah pegi cari nasi kukus nak suap budak2 ni makan. Ariff memang win. Habis sebungukus nasi liciiin, ayam tinggal tulang... bila turun nak berbuka, budak2 tu memang tak heran la dengan makanan. Depa duk makan satay je. Lepas tu duk main kejar2...berlari sana sini.... adoooii.. berbulu pulak aku nengok. Kalau kat rumah aku, tak kisah nak lari sampai pengsan pun lantak la...tapi ni tak tempat awam, risau la dorang menganggu orang lain yang duk makan. Lagi satu depa ni duk lari sambil makan satay, risau sangat.. dah tu bila habis makan satay, main garfu pulak sambil2 berlari. Eeeeii... sakit jiwa ibu. Part yang paling best tu, Ariff dah kepenatan. Dia singgah sat kat meja. Abah...Ariff nak muntah. Blueekk time2 tu jugak. Ya Allah.. malunya ibu. Husband aku mula2 tadah dengan tangan, lepas tu makin banyak yang keluar, dia terus tadah dengan pinggan nasi dia. Terpaksa la untuk selamatkan keadaan. Kalau tak tak lalu orang lain nak makan. Lepas pegi toilet cuci muntah, Ariff sambung berlari cam biasa macam takde pape yang berlaku. Bertuah betul budak ni.
Khamis tu pulak, kami pegi berbuka kat padang MPK. Ya Allah bestnya aku rasa. Duduk2 ramai2 tunggu waktu berbuka sambil tengok anak2 duk main. Seronoknya. Kalau la ada peluang, aku nak berbuka lagi kat sini lain kali.
Dah la setakat ni la dulu kali. Sambung lagi next time. Cam panjang pulok karangan aku ni.
No comments:
Post a Comment