Hari ni memang takde mood sgt nak buat keje. Terlebih cuti kot.
Aku tiba-tiba rasa hangin jek pagi ni bila baca paper clip kat bawah ni. Sila baca:
Aku bukan hangin kat perempuan malang tu. Aku hangin kat tuan majistret tu. Dia takde perasaan belas ke? Pompuan tu mengandung ok! Sedang sarat mengandung. Laki keje buruh.. Anak kecik berderet. Kenapa dia mencuri? Of course la bukan sebab suka2 nak mencuri. Dia tak de duit..... dengan nilai RM 165 yang dia curi tu, kalau aku ada kat tempat kejadian... InshaALLAH aku akan bayarkan kat dia. Settle kes. Biar dia balik bersama anak2 dia dan tunggu nak bersalin dengan tenang.
Aku tahu ko tu majistret. Tak boleh ke ada belas ihsan sket kat orang2 susah cam dia?? Hanya kerana RM165 je, dia kena duk penjara..bersalin dalam penjara... lagi kena denga RM 3000... anak2 kat rumah terabai camne nasib tanpa mak. Dahla dia mencuri sebab takde duit, lagi nak kena denda RM 3000. Mana la dorang nak pinjam.... Orang miskin yang mencuri setakat berapa ratus jek, dan2 kena hukum penjara.... orang kaya yang duk berjimba dengan wang rakyat la... rasuah beratus2 juta... lepas bebas takde orang nak kejar.
Sedih aku memikirkan nasib sedara2 seislam aku ni. Yang susah dengan cara orang susah. Yang kaya pulak dengan cara orang kaya nya..... Tapi seriously aku kesian dengan pompuan ini.... patutnya kita yang senang tolong la dia...bukan lagi susahkan dia. Kesian dengan anak2 dia. Tapi faham la tuan majistret tu bukan keje dgn Jabatan Kebajikan Masyarakat kannn..... Aku doakan semoga Allah permudahkan urusan kakak yang malang tu, murahkan rezeki dia... anak2 dia jadi anak2 yang berjaya yang boleh bantu dia nanti. AMIN.
No comments:
Post a Comment