Sunday, January 22, 2017

Alisha yang kuat makan...

Pagi ni...dalam pukul 7 kejutkan anak2 bangun mandi utk ke sekolah. Budak2 ni memang liat sket nak bangun. Dalam tiga orang, yang paling senang bangun pagi adalah Alisha Sarah. Kalau geletek2 sket, tersengeh2 dia bangun.... Nak ajak mandi pun senang jah... 

Alkisahnya pagi ni, atas meja sebelah katil... adalah sebekas jajan budak2 ni. Alisha bangun2 pagi, tanggal baju nak mandi tapi ternampak pulak tupperware tu. Terus tunjuk suruh bukankan...Dah tak layan dah klu ajak mandi ke apa...

So, pepagi dah makan dulu la sebelum mandi....






Tuesday, January 17, 2017

Inspection kat Puspakom

Morning!!

Alhamdulillah pagi ni aku sampai ofis awal dari kebiasaan.. pkl 8 suku dah kat bilik. Alhamdulillah, sepanjang sehingga 16 Januari 2017... baru tiga hari aku masuk awal. The rest punch card aku asyik merah jah. Aku bukan sengaja nak datang lewat. Aku dah bangun awal2, malam2 dah kemas beg dan baju... tup2 anak pulak buat hal2 pagi2. Alisha sangat bagus, Bangun pagi, merengek sket2.. lepas tu dia akan ok. Biasa yang buat hal Aisyah atau Ariff la. Bergilir2 budak2 ni meragam pagi2.

Pagi ni aku nak bercerita pasal kereta. Sekarang kami guna kereta Nissan Grand Livina. Aku tukar kereta lepas aku bersalinkan Aisyah sebab anak dah dua, barang2 pun banyak. Selalu balik kampung 2 3 hari pun bonet memang penuh. Jadi rasanya ambil Grand livina tu memang terbaik lah. So far guna kereta ni memang bagus sangat. Ada la problem sket2 macam air cond, tapi for me thats not a big deal compare dengan performance kereta tu... I love that car soooo much.

Bila aku kena tukar Pahang, I brought that car together. Guna untuk berulang tiap2 minggu, Memang terbaik. Tak penah ada problem. Tapi bila selalu drive jauh2, mileage tinggi.... timbul la keinginan nak tukar kereta. Tapi masa kat Pahang tak boleh tukar lagi sebab komitmen tinggi. Bila dah tukar balik Kelantan ni keinginan nak tukar kereta timbul balik. Try masuk dalam mudah.my, Alhamdulillah ada orang nak. So, sebelum bertukar tangan, kita kena pegi buat inspection kat Puspakom dulu. Ni first time aku datang buat inspection dan, it was like a nightmare to me sebab lama sangat kena tunggu.. slow macam snails gituewww

Kami datang pukul 1 lbh sebab nak amik giliran. Bila dah sampai dah ada dalam enam kereta dah amik giliran kat depan. Mula2 koyakkan dianya tinted. Sayang giler.. dah risau, petang ni nanti jemput Alisha camne nak elakkan Alisha nak nyusu dalam kereta.. Settle kat puspakom dalam pukul 5ptg. Imagine apa aku buat kat situ for almost 4 jam. Memang slow la dianye service...




Aku terus tak masuk ofis. Balik singgah beli makanan kat budak2 ni so that nanti dalam kereta takde la Alisha meracau nak menyusu. 

Settle for today,.

Thursday, January 12, 2017

Konflik dalaman

Hari-hari yang penuh dengan konflik dan krisis dalaman...

Aku tak tahu kenapa tiba2 makcik depan bilik aku ni tak bertegur sapa dengan aku dah 2 hari. Aku tahu mesti ada setan yang duk cucuk2 dia.. sebab makcik tu jenis peramah..

Sebelum kejadian tiada komunikasi antara kami, aku dengan dia elok jah. Kalau dia tak tegur pun atleast dia akan senyum...Sekarang ni tegur pun tak even makan satu meja dengan dia. 

Tak pe tak nak kawan dgn kitewww.. Tak faham la manusia kat sini.. Busuk hati walaupun muka cantik cam patung. 

Sekian bebelan makcik pagi yang indah ini.

Thursday, January 5, 2017

Demam...

Petang semalam, selepas ambil wudhu' solat zohor, aku dah rasa tak sedap badan. Rasa sejuk lain macam je. Terus off air cond. 

Balik ofis, rasa tak larat sangat. Balik rumah terus baring, sweater+socks+blanket. Still rasa sejuk menyucuk2. Rasa bersalah dgn anak, sebab memang tak peduli langsung pasal makan2 dorang. Aisyah pulak dua tiga kali duk masuk bilik ngadu...Aisyah lapar. Tapi memang takleh nak buat apa dah. Alisha pun tak makan jugak semalam. Terus tidorkan dia. 

Post mortem balik apa yang aku makan hingga demam malam tadi. Pagi semalam, lepas mandi aku minum air lemon suam. 

Sampai ofis, aku minum neslo + biskut + oat

Tengahari, makan nasi goreng + hot mocha

Takde yang pelik pun aku makan. Hmmm...




Tuesday, January 3, 2017

Hujan... dan kesannya kepada aku

Dimulakan dengan Bismillah.... diikuti dengan Alhamdulillah

Hari dah masuk duit bonus RM500 untuk penjawat awam... tetap penjatkan rasa syukur walaupun hanya RM500. Sapa nak bagi beb free2 je RM500? Alhamdulillah....

Dah 5 hari kott bumi Kelantan ayik hujan je. Aku suka hujan sebab ia membuatkan aku teringat balik zaman childhood aku. Masa sekolah rendah aku... aku suka main air hujan. Keluar tangkap berudu kat longkang... dah takde ikan, jadi tangkap berudu pun jadik lah...

Tapi bila aku dah beli rumah... and too bad, rumah aku ada masalah saliran, bila hujan lebat, rumah aku akan jadi 'tasik' jadian.... menjadikan aku tak suka hujan lebat dan lama sgt.. aku tak suka nak mengharung air bila nak masuk nak keluar rumah. Start dari ada rumah, aku dah kurang suka hujan...

Kesilapan besar aku.. memandangkan aku dan suami takde pengalaman dalam house construction, lepas tu takde guidance dari sesapa... totally depend on the contractor. Should we timbun tanah sebelum bina rumah, but we didn't and due to that our house become lower than the road. Water cannot flow elsewhere...dan bertakung dalam kawasan rumah.... Memang terkilan la. Terpaksa pasrah..




Monday, January 2, 2017

Welcome to 2017

Assalamualaikum....

New day in 2017. 

I really hope everything will goes smoothly. But.., this morning, it seems like we had a problem with time management. As usual, I have to rush in the morning, to do everything.. preparing bento for kids, mandikan anak2, put the cloth on, packing cloths into the kids' bags... touched them up... that's all on me,. that why I easily get angry in the morning. Faham2 la kan... sensorang buat keje.

As usual early 2017, everybody is setting up a wishes for the whole year right? same goes to me.. Aku cuma nak sambung my last year wishes. Cuma this year aku nak jaga kesihatan, jaga makan since aku sedang menghampiri umur 40's. Aku nak jadi more nice and gentle to my kids. Tanak dah menjerit2 kat dorang... sebab nanti diorang pun akan jadi kasar dan perengus macam aku gak... 

Ok, sekarang ni aku tengah struggle nak belajar kerja baru. Berpinau je mata aku kalau membaca dan mengadap angka2. Nampaknya aku kena minum lebih madu dan kismis, bior terang sket otak aku ni.

Tahun lepas, selepas balik dari Pahang, aku rasa macam terkena financial shock. Yela masa kat Pahang, duit aku cukup2 untuk makan je. Kalau aku membeli barang kehendak, maka my monthly budget will derailed... terpaksa top up dengan saving. But then, when aku balik Kelantan, aku a bit terkezut bila tengok ada lebihan dalam saving accout aku. Mula la aku sibuk browsing Instagram tak kira masa dan tempat. Asyik nak menyopping jah. Dulu pun suka gak tengok seller dalam Instagram, tapi time tu window shopping je la...memang takde niat nak membeli pun. Tapi sekarang ni asyik nak membeli je. Selagi tak habis duit dalam accout memang aku takkan duk senyap.

So, rasanya cukup2 la aku shopping.. banyak dah kot aku berhabis.. handbag dah beli... kasut aku dan anak2.. baju...wallet..even barang kemas pun aku beli..ada aje yang nak dibeli. Tapi harap2 nya start tahun baru ni, aku nak mula menyimpan wang semula. Taknak dah shopping....Insafff. Aku akan kembali membeli setelah handbag aku dah betui2 lunyai

Aku juga nak start menjual baju2 aku zaman muda dulu. Ada tu sekali dua pakai je. Dah banyak kali masuk mudah dengan FB tapi cam takde yang berminat jek sebab aku takde strategi pemasaran kott. 

Insyaallah...slow2. Lama2 harap berhasil