Thursday, January 5, 2017

Demam...

Petang semalam, selepas ambil wudhu' solat zohor, aku dah rasa tak sedap badan. Rasa sejuk lain macam je. Terus off air cond. 

Balik ofis, rasa tak larat sangat. Balik rumah terus baring, sweater+socks+blanket. Still rasa sejuk menyucuk2. Rasa bersalah dgn anak, sebab memang tak peduli langsung pasal makan2 dorang. Aisyah pulak dua tiga kali duk masuk bilik ngadu...Aisyah lapar. Tapi memang takleh nak buat apa dah. Alisha pun tak makan jugak semalam. Terus tidorkan dia. 

Post mortem balik apa yang aku makan hingga demam malam tadi. Pagi semalam, lepas mandi aku minum air lemon suam. 

Sampai ofis, aku minum neslo + biskut + oat

Tengahari, makan nasi goreng + hot mocha

Takde yang pelik pun aku makan. Hmmm...




No comments:

Post a Comment