Tuesday, February 28, 2017

Ariff

                         


Lurrvee to see this picture soo much sebab semua dalam gambar including me nampak macam bahagia sangattt.. Budak2 memang la bahagia. Dorang bukan ada masalah pun nak fikir kann... tahu balik sekolah nak berenti  beli coklat kat kedai jeee. Tu je dorang tahu. Tak pun, nak drive thru kat Mcd sebab nak mainan dalam happy meal. Tak penah la aku tengok happy meal tu licin dorang makan... nudget yang 4 ketul tu pun tak habis... mainan excited nye 5 minit jah main. Lepas tu x tahu duk mana dah buang. Nama pun budak2. 

Actually budak2 besar ni kita dah start rasa mencabar dah nak besarkan. Of course la... at this age la kita nak mula bentuk ikut acuan yang kita nak. Tersilap sket, dah jadi lain. Macam Ariff, aku akui, kami tersilap sket...asyik bagi dia main games je dulu masa kecik2 lepas tu dia macam very2 addcited to games. Sangatttt.... Lepas tu aku pulak mcam selalu marah2 dia dulu. Mungkin sebab dia cepat sangat ada dua orang adik, then aku pulak nak sesuaikan dengan ada 3 orang anak dalam masa yang cepat jugak. Lepas tu pulak aku terpaksa tinggalkan depa dengan Apak mereka for almost 2 years... Apak depa pulak terlalu ikutkan anak. Bila aku balik kena switch everything back to normal. Kinda a hard la jugak. That's why aku rasa  dia a bit stubborn even at house or at school. Aku akui... kat sekolah selalu ponteng solat, tanak mandi. Sampaikan teacher pun give up.. ikutkan dia je.. 

Bila dah sedar Ariff jadi macam tu,. Memang aku insof la. Sekarang ni bila ada masa santai, aku suka je peluk2 dia,.geletek2 dia...nasihat2 dia. Takpe la mungkin sekali dua dia tak dengar tapi memang ada masa aku memang akan nasihat dia suh rajin solat, dengar cakap ibuabah dan teachar kat school, jaga adik2, jgn buli Aisyah.. harap2 lama-kelamaan adalah yang terlekat kat hati dia tu. Aminnn...

Bila anak jadi cam tu, memang rasa bersalah sangat. Rasa macam nak putar balik masa dan buat semula. Too bad, no second chance dah..... so, kena buat habis baik starting this time so that anak2 jadi yang terbaik... 








Alisha tanak pegi sekolah

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang menghirup oksigen dan udara segar pada pagi ini. Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Dia limpahkan... cumanya currently anak2 aku ada big cough. Stok ubat batuk pulak dah habis kat rumah. Semalam tak ingat nk singgah klinik beli ubat batuk sebab lepas balik keje duk gigih mencari nasi lemak untu berbuka puasa. Kami ni jenis tak makan kat luar, jadi tak tahu la mana tempat best yang jual nasi lemak.. siap google tu tak tahan... macamkan pelancong plak. Tak sempat nak google, Alisha mengamuk nak main hp. Last2 mencari gitu je sampai la jumpa gerai nasi lemak tepi jalan. Buleh la dari frust tak dapat nasi lemak.... selepas membeli, jalan depan sket jumpa pulak kedai makan My Nasi Lemak Istimewa kat Jalan Guchil Bayam.. Eiii, geram pulok aku. Ariff pulak dalam kereta duk mengamuk nak berak. Geram + Kelakar. Suruh pakai pamper berak dalam kereta tanak. Padahal balik rumah pun berak dalam pamper jugak.

Anak2 aku walaupun besar panjang.. masih lagi berak dalam pampers. Basuh berak Ariff Aisyah memang keje Apak dia. Geli aku nak basuh sebab yela..budak dah besar, macam orang tua la beraknya. Aku dah puas dah suruh berak kat toilet. Aku sanggup jah teman depa berak kat toilet, sebab nak latih dorang kan. Sampai tahap aku sorokkan pampers tak bagi berak. Tapi depa ni siap tahan2 berak... tanak berak kat toilet punya pasal. keje basuh berak kita bagi kat apak dia sebab apak dia jenis tak kisah. Aku rasa sampai darjah enam pun apak dia tak kisah tu. Tak penah bersungut suruh anak belajar berak kat toilet ke apa. Sebab dia nak keje senang je. Anak siap, dia basuh. Dia tanak bersusah tunggu kat toilet bagai... nak harapkan aku je buat semua dari A to Z. 

Ariff ni penggeli yang amatt... Sampai kalau hujan, tanak jalan atas lantai yang basah sebab geli. Kalau bapak dia memang melayan siap dukung naik kereta, dukung hantar pi depan pintu sekolah bila Ariff tanak jalan atas tanah yang basah. Aku tak kuasa nak layan. Kau tanak jalan sudaahhh!. Malu je budak besar gajah tu nak dukung2 hantar pintu sekolah. Tngok budak2 lain bagus je jalan sendiri trun kereta. 

Suami aku ni jenis mengikut anak2.. Banyak benda kot aku perasan. Singgah kedai, main games, tengok TV, tidor lambat, berak dalam pampers...semua dia ikutkan anak2. Memang challenging bila kita tak sekepala dengan suami dalam mendidik anak2. Dan aku pulak tak terdaya nak buat semuanya sorang2. Aku prefer didikan makayah aku dulu camne. Dan aku nak apply kat anak2 aku pun macam tu jugak. Macam contoh, Maghrib tutup TV, solat dan baca Quran.... tapi bila suami kita acuh tak acuh, macam ni aku penat banyak la. At the same time semua keja rumah pun kita yang bereskan... hal anak2 pun kita jugak... oppsss... dah over dah ni bercerita. What ever it is, Insha Allah, susah mana pun..aku akan kuatkan semangat aku untuk besar dan didik anak2 supaya menjadi orang yang berguna. Tak semata2 mnegejar pendidikan dunia... hal2 akhirat juga tak ketinggalan. Anak2 ini la harta yang paling mahal aku ada. Aku takde harta dunia pun setakat rumah dan kereta beli hutang tu apala sangat. Yang aku harapkan anak2 ini la yang akan buat kubur kami suami isteri ni cerah dek doa dan amalan mereka selepas kami tiada. 

Actually aku nak bercerita pasal Alisha, Aku perasan dah dua minggu Alisha macam tanak pegi nursery. mandi pagi pun payah. Padahal dulu dia yang paling awal bangun... paling awal siap. Aku agak ni sebab dua orang teacher dia dah takde. Teacher dia 2 orang ni la paling melayan dia dulu. Sorang MC lama sebab operate cyst. Sorang lagi dah berenti sebab ikut suami. Aku pun rasa sedih bila dimaklumkan tcer tu takde sebab aku pun suka budak2 tu. Ikhlas jah nampak jaga anak kat situ. Bila tahu cikgu2 tu dah berenti, memang aku terasa..siap sebelum tido pun duk fikir siankan Alisha. Sebab ketara sangat nampak Alisha tak suka pegi nursery.

Berbeza la keadaan Alisha bila ada teacher baru. Dulu balik sekolah, muka bersih, rambut siap bertocang.... sekarang, balik sekolah muka comot, nampak bekas hingus kering tak berlap... rambut kering tak pernah berikat..  Pernah sekali pegi ambil Alisha, bau busuk. Berak rupanya. Dalam kereta baru perasan tahi dah bocor. Habis seluar aku terkena tahi. Tak macam teacher lama dulu, pegi amik... kalau lama sket, depa akan inform la, puan tunggu kejap ye, basuh berak Alisha. Amik petang2 pun bau wangi jah.... Sekarang hantar pagi2 pun nangis, muka mendung semacam jah... sian dia. Duk fikir jugak nak hantar kat nursery lain.. tapi tak tahu dah mana yang bagus kat area KB ni. Dulu Ariff duduk kat playschool Little Aulad. Tapi kena amik pukul 5.30 ptg.. mana dan aku nak berlari kat sana kalau habis keje pun dah pukul 5.30pm. takkan nak bayar OT tiap2 hari. 

Ni la dilema ibu kan... ayah tak kisah sgt kot. 







Sunday, February 26, 2017

My birthday

Guess what?? Today is not my birthday. Tomorrow also no my birthday. Yesterday also not my birthday.. But, last 2 day was my birthday... Apa aku merepek repek ni? mcm bengong jek. Whatever it is, happy birthday to myself!! I wish for my healthness so that I can take care of my family dan make worship to Allah without fail... I wish Allah may ease everything for me...I wish Allah will bless me with more rezeki in every single way. Hopefully....


Celebration? Nope.. Im too old for birthday celebration. My husband did bought a cake.. but actually for kids.. to made them happy and to exhilarate them. We eat cake and then finish. Nothing special on that day. No special meals since aku tak reti masak. Haha...

Talking about birthday celebration,.. My parent never held a celebration for our birthday. Not even for birthday wishing as well. I already get use to it. When I grew up... untill I realized about birthday, sometimes my friends made a surprise birthday celebration. Kalau ada kawan2 yang tak ingat, then aku just wish for myself. Takde masalah pun. But then after I got married, my husband usually celebrate for me, celebrate pun just setakat beli simple kek dan kadang2 ada hadiah depend on his budget larr .. Actually, for certain people, celebration is a must. But for me, that's not a big deal. My life still go on as usual with or without birthday celebration.. but yet I am still awesome!!

Lately, aku dah kurang berblog sebab aku takde point nak tulis,. Actually aku dah bervlog since 2011 lagi. Lama jugak kan...dan sepanjang aku berblog ni, tahun 2016 aku banyak buat posting. Mungkin sebab aku duk jauh dari family so banyak la aku luahkan keluh kesah, kesedihan dan harapan aku nak balik kampung semua... tu pasal banyak jgk posting....

This year tak tahu la camne... kalau ada activites or vacation boleh je aku share kat sini nanti. 

Chiaaooo..




Thursday, February 2, 2017

Penyakit hati

Hari Khamis yang indah dan panas ini...aku nak bercerita pasal diri aku sendiri la. Asyik jah duk bercerita pasal anak2 jah...

Masa nak masuk tahun baru ritu... duk kalut semua duk buat new year wishes la kannn.. aku pun ada gak wishes sempena 2017 tapiii.... sambung yang 2016 punye.. Dalam leka duk refresh balik wishes aku untuk tahun ni...aku terlupa nak masukkan satu impian...Aku nak jadi orang yang baik2....Kenapa?? Aku jahat sangat kaaa?? Aku nak baik dari segi perbuatan seharian aku... percakapan aku.... nak kena jaga jugak kannn...

Alkisahnya aku ni bukanla jahat sangat pun. Aku takde rekod jenayah pun. Yang paling teruk pun rekod saman MPKB sebab tak bayar duit parking... yang laen memang aku bersih. Seriously. Maksud aku...physically orang mungkin aku baik, tapi orang tak tahu mulut aku ni suka ngumpat ka..ngata orang ka.. tu contoh je la...Jadi aku tanak la jadi camgitu. Aku nak baik dari mata manusia dan juga di sisi Allah.. Mudah2an. Jangan pulak hangpa duk kata aku ni suka ngumpat.. ada la jugak ngata sket2 tapi jarang2 je noo. takleh nak elak la. Tu pasai aku tanak la ngata orang.... bersifat riak, bangga diri, suka pandang rendah kat orang, sombong, dengki, menipu, mungkir janji...tu semua penyakit hati tauu... tak baiiikkk. 

Jaga perbuatan... Actually perbuatan aku rasanya takde yang teruk sangat pun. Serasa2 aku. Yang orang laen nampak aku tak tahu la, Aku tak pernah tumbuk cubit orang kecuali babab anak2 aku je. Tupun bila dah tak tahan sangat2 dah. So, impian aku., aku nak tahan diri dari sakiti anak2 aku. Depa tu budak2 kecik lagi. Aku kena belajar bersabar dan bertahan.... kalau sekarang tahap kesabaran aku hanya di takuk 30%..mungkin aku kena up lagi tahap kesabaran aku tu ke tahap yang cemerlang.. 80% - 90% lagi. Gitu la perumpamaannya....

Jaga mulut.., dari mulut la manusia dapat banyak dosa. Yang ngumpat orang tu satu hal dah...yang tu belakang belakang orang... Yang duk suka perli2 orang depan2 pun ada jugak. Cakap sinis la...suka melaser la... macam2 la orang ni kan. Aku tanak cakap pasal orang. Aku nak cakap pasal diri aku ja. Aku sebenarnya tak banyak mulut pun. Kalau dengan kawan2 rapat ja aku mulut bising. Tapi tu la, risau jugak sekali kita cakap, ada orang terasa ke apa, padahal kita tak maksudkan macam tu pun. Tapi memang aku akui, mulut aku ni kadang2 tak tercontrol jugak atau maksud terbaik adalah CAKAP LEPAS. Haha.. bila dah cakap, baru sedar...apa aku cakap ni??!! bengong betul.... 

itu sahaja luahan aku untuk hari ni... happy weekend!