Tuesday, February 28, 2017

Alisha tanak pegi sekolah

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang menghirup oksigen dan udara segar pada pagi ini. Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Dia limpahkan... cumanya currently anak2 aku ada big cough. Stok ubat batuk pulak dah habis kat rumah. Semalam tak ingat nk singgah klinik beli ubat batuk sebab lepas balik keje duk gigih mencari nasi lemak untu berbuka puasa. Kami ni jenis tak makan kat luar, jadi tak tahu la mana tempat best yang jual nasi lemak.. siap google tu tak tahan... macamkan pelancong plak. Tak sempat nak google, Alisha mengamuk nak main hp. Last2 mencari gitu je sampai la jumpa gerai nasi lemak tepi jalan. Buleh la dari frust tak dapat nasi lemak.... selepas membeli, jalan depan sket jumpa pulak kedai makan My Nasi Lemak Istimewa kat Jalan Guchil Bayam.. Eiii, geram pulok aku. Ariff pulak dalam kereta duk mengamuk nak berak. Geram + Kelakar. Suruh pakai pamper berak dalam kereta tanak. Padahal balik rumah pun berak dalam pamper jugak.

Anak2 aku walaupun besar panjang.. masih lagi berak dalam pampers. Basuh berak Ariff Aisyah memang keje Apak dia. Geli aku nak basuh sebab yela..budak dah besar, macam orang tua la beraknya. Aku dah puas dah suruh berak kat toilet. Aku sanggup jah teman depa berak kat toilet, sebab nak latih dorang kan. Sampai tahap aku sorokkan pampers tak bagi berak. Tapi depa ni siap tahan2 berak... tanak berak kat toilet punya pasal. keje basuh berak kita bagi kat apak dia sebab apak dia jenis tak kisah. Aku rasa sampai darjah enam pun apak dia tak kisah tu. Tak penah bersungut suruh anak belajar berak kat toilet ke apa. Sebab dia nak keje senang je. Anak siap, dia basuh. Dia tanak bersusah tunggu kat toilet bagai... nak harapkan aku je buat semua dari A to Z. 

Ariff ni penggeli yang amatt... Sampai kalau hujan, tanak jalan atas lantai yang basah sebab geli. Kalau bapak dia memang melayan siap dukung naik kereta, dukung hantar pi depan pintu sekolah bila Ariff tanak jalan atas tanah yang basah. Aku tak kuasa nak layan. Kau tanak jalan sudaahhh!. Malu je budak besar gajah tu nak dukung2 hantar pintu sekolah. Tngok budak2 lain bagus je jalan sendiri trun kereta. 

Suami aku ni jenis mengikut anak2.. Banyak benda kot aku perasan. Singgah kedai, main games, tengok TV, tidor lambat, berak dalam pampers...semua dia ikutkan anak2. Memang challenging bila kita tak sekepala dengan suami dalam mendidik anak2. Dan aku pulak tak terdaya nak buat semuanya sorang2. Aku prefer didikan makayah aku dulu camne. Dan aku nak apply kat anak2 aku pun macam tu jugak. Macam contoh, Maghrib tutup TV, solat dan baca Quran.... tapi bila suami kita acuh tak acuh, macam ni aku penat banyak la. At the same time semua keja rumah pun kita yang bereskan... hal anak2 pun kita jugak... oppsss... dah over dah ni bercerita. What ever it is, Insha Allah, susah mana pun..aku akan kuatkan semangat aku untuk besar dan didik anak2 supaya menjadi orang yang berguna. Tak semata2 mnegejar pendidikan dunia... hal2 akhirat juga tak ketinggalan. Anak2 ini la harta yang paling mahal aku ada. Aku takde harta dunia pun setakat rumah dan kereta beli hutang tu apala sangat. Yang aku harapkan anak2 ini la yang akan buat kubur kami suami isteri ni cerah dek doa dan amalan mereka selepas kami tiada. 

Actually aku nak bercerita pasal Alisha, Aku perasan dah dua minggu Alisha macam tanak pegi nursery. mandi pagi pun payah. Padahal dulu dia yang paling awal bangun... paling awal siap. Aku agak ni sebab dua orang teacher dia dah takde. Teacher dia 2 orang ni la paling melayan dia dulu. Sorang MC lama sebab operate cyst. Sorang lagi dah berenti sebab ikut suami. Aku pun rasa sedih bila dimaklumkan tcer tu takde sebab aku pun suka budak2 tu. Ikhlas jah nampak jaga anak kat situ. Bila tahu cikgu2 tu dah berenti, memang aku terasa..siap sebelum tido pun duk fikir siankan Alisha. Sebab ketara sangat nampak Alisha tak suka pegi nursery.

Berbeza la keadaan Alisha bila ada teacher baru. Dulu balik sekolah, muka bersih, rambut siap bertocang.... sekarang, balik sekolah muka comot, nampak bekas hingus kering tak berlap... rambut kering tak pernah berikat..  Pernah sekali pegi ambil Alisha, bau busuk. Berak rupanya. Dalam kereta baru perasan tahi dah bocor. Habis seluar aku terkena tahi. Tak macam teacher lama dulu, pegi amik... kalau lama sket, depa akan inform la, puan tunggu kejap ye, basuh berak Alisha. Amik petang2 pun bau wangi jah.... Sekarang hantar pagi2 pun nangis, muka mendung semacam jah... sian dia. Duk fikir jugak nak hantar kat nursery lain.. tapi tak tahu dah mana yang bagus kat area KB ni. Dulu Ariff duduk kat playschool Little Aulad. Tapi kena amik pukul 5.30 ptg.. mana dan aku nak berlari kat sana kalau habis keje pun dah pukul 5.30pm. takkan nak bayar OT tiap2 hari. 

Ni la dilema ibu kan... ayah tak kisah sgt kot. 







No comments:

Post a Comment