Ahad: Akak pegi hospital sebab ada appointment. Akak ada bengkak kat leher. Mulanya ingat thyroid. Tapi lepas amik darah dan sample kat leher. Bukan thryoid mahupun lymphatic. Mungkin disyaki sebagai hasyimoto iaitu ... Hashimoto's disease is a condition in which your immune system attacks your thyroid, a small gland at the base of your neck below your Adam's apple. The thyroid gland is part of your endocrine system, which produces hormones that coordinate many of your body's functions.
Gitu la apa yang Uncle Google bagitahu dan sama la seperti doktor tu cakap dua hari lepas. So, dia recommend untuk aku buat operate untuk elakkan sebarang kebarangkalian yang mungkin berlaku. Axtually, aku tak pasti sebenarnya..Adakah doktor cakap bengkak ni hashimoto. Tapi dia cakap mungkin terjadi disebabkan cecair yang berkumpul di leher lalu membentuk bengkak. Hmm... akak kan mudah lupa. Dengar aje doktor cakap, tp tak hingat pape.
Akak pilih tarikh operate lepas raya. 12 Julai. Lepas raya puasa. Akak memang dari hari tu lagi nak operate. Bila cakap kat doktor yang sebelum ni...pandai2 je dia cakap tak payah operate sebab banyak risiko. Tapi bila kita jumpa the right doctor, baru la kita clear sket kan.. ok settle dah pasal operate. Akak dapat MC hari Ahad lepas sebab settle hal hospital dah nak masuk pukul 1. Lama bebenor.
Hari ni, Ariff akak angkut mai ofis jah. Dah 6 hari kot dia demam. Demam dia standard la, dia akan terjelepuk depan tv, tanak mandi, tanak makan, tanak makan ubat, tanak semua. Offer la emas permata, games, internet... semua dia tak layan..Ingat semalam hari Isnin nak angkut je masuk wad, bior rehat je kat wad. Tapi bila pikir2 balik, susah kot kalau duk dalam wad + aku takut kat rumah dgn anak2 waktu malam. Bior la kita pantau dulu Ariff kat rumah dan paksa dia makan ubat dan mandikan dia dgn kerap.
Ni pulak cerita pasal rumah.. Actually, aku takde la takut sgt kat rumah sekarang ni. Penah je ada jadi benda pelik tapi aku tak ralat pun. Macam sebelum ni, dalam bulan lepas, aku kat rumah dgn anak2 semua. Hari kerja tak silap. Memang agak sunyi sket la. Bila husband aku keluar, aku turun siram pokok bunga dan tutup pagar. Aku letak je mangga tapi tak kunci la pagar tu. Duk dalam rumah dgn anak2 semua.... dalam tengahari tu aku intai kat luar, tengok pagar rumah dah terbuka. So, assume ada orang datang dan buka la tu kot. Positiffff.....
Sebelum2 ni, suami aku selalu duk membaiki kereta kat luar rumah sampai pukul 1 2 pagi. Biasa kalau aku terjaga, aku suruh je husband naik tido. Minta sambung esok pulak. Aku rasa tak sedap hati. Dalam dua minggu lepas, aku perasan husband aku dah tak membaiki kereta malam. Aku senyap je. Sampai la satu hari dia bagitahu ada orang nampak 'sesuatu' kat kebun buah kat depan rumah aku. Errrr..... aku dah cuak. Tapi husband aku cakap takper la. Benda tu tak kacau kita. Lepas tu, kalau keluar malam, aku elak tengok atas pokok durian depan rumah tu. Takut nampak benda lainnnn...
Semalam Kelantan cuti sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai YDP Agung. Ariff demam.. Pagi2 lepas subuh, aku buka tingkap dan langsir, bagi udara pagi masuk sambil2 lap badan Ariff bagi sejuk sket. Tiba2 Ariff cakap... "Ibu, ada hantu kat luar"... grrr, Biar betul Ariff.... Aku tanya.." Warna putih ke"....Ariff cakap warna hitam. Gilaaa... Aku baru nak kuat semangat. Tapi sejak aku dengar jiran aku nak jual rumah sebab masalah kewangan, aku rasa cam sedih plak. Sebab nanti rumah kitaorang akan sunyi la. Risau nanti nak tinggal pegi mana2. Hmmmmm...