Wednesday, April 19, 2017

Misi bercucuk tanam: Say hi to my pokok....

Alisha ni, dah macam tebiat tau... sampai je rumah, dia tanak terus masuk dalam rumah. Dia nak melilau2 dulu kat luar, main2 pokok dan batu...and after some time, baru la dia respon kalau panggil dia masuk rumah. Kalau aku berkeras bawak dia masuk, wajib dia mengamuk keraskan badan semua... penat nak pegang kalau dia mengamuk.  Dah tahu dia camtu, ok..fine la.

Petang semalam...cambiasa, bagi Alisha melilau dulu kat luar. Then, sempat la aku amik gambar pokok2 aku yang baru tanam tu.

Ni pokok bunga yang sempat di beli di Cameron Highland bulan lepas. Ada satu pokok kekwa kat belakang tiang tu, memang cantik bunga dia. Habis di kerjakan Alisha... 

Pokok durian belanda yang aku beli Sabtu lepas

Pokok serai.

Anak pokok cili api

Pokok cili api jugak
Masalah yang jadikan misi bercucuk tanam ni tergendala adalah kerana kekurangan tanah untuk menanam.... biasa aku beli kat nursery, secoit pun dan RM10. Kalau mahu menanam sepanjang pagar rumah aku mahu selori tanah nak kena beli. Hmm... beli sket2 biasanya lambat la kannn.... takpe jgn rushing... yng penting pokok tu menjadi. 



No comments:

Post a Comment