Sunday, October 29, 2017

Aku kena berdisiplin

Alhamdulillah...as time goes by... morning sickness aku dah makin berkurangan. Muntah2 pun dah makin kurang. Selera makan dah makin ok.. cuma gi klinik je aku belum. Bila fikirkan balik betapa banyaknya masa aku aka terbuang sementara menunggu giliran, aku pun jadi malas bangattt.

Actaullay pagi ni aku dah ke klinik Zaitun. Ingat nak buat check up kat situ jela. Tapi doctor pulak tak masuk lagi. Ok, petang ni... tak pun next time. Aku dah takbley tangguh2 nak buat checkup sebab baby bump dah keluar dah. Klu aku pegi klinik kejaan mesti dah kena dengar misi berleter dah ni. 

Esok aku nak bawak Alisha gi cucuk 2 tahun pulak. Dia pun dah nak dekat 2 bulan delay. Aku sangat tidak berdisiplin.

Lusa, aku kena pegi Gua Musang pulak. 

So, hal2 klinik ni memang aku kena settlekan dalam masa 2 hari ni jah. 

So, sejak aku pregnant ni aku dah jarang2 update pasal anak2 yang tiga ketul lagi tu. Semalam, Ariff ngadu mata sakit. Tengok2, dah bertahi dan start merah sket. Ni mesti jangkit dengan Alisha. Tapi Ya Allah, punya susah nak titik ubat dalam mata. Geram aku. Dia dengan Alisha, Alisha lagi senang.. Ingatkan pagi ni kalau sakit mata dia melarat, memang kena stay kat rumah jek dgn apak dia,. Aku dah amik cuti 2 hari minggu lepas bila Alisha sakit mata. Sekarang ni turn apak dia la pulak....  Tapi pagi tadi tengok mata dia bertahi je, mata takde la merah pun lagi. Takpe, hari boleh lagi kot pegi sekolah. Kalau makin teruk esk la duk rumah..

Cerita pasal disiplin, tahap disiplin aku memang teruk hamaattt. Aku pun tak tahu la nape aku jadi orang yang jenis amik remeh semua hal.

Appoinment aku lepas operate tyroid aku skip sebab buku appointment tertinggal kat ofis. Inagtkan nak abaikan je tapi memangdangkan bawah dagu aku ni still rasa kebas, so aku kena pegi hospital jugak. Baru bulan lepas amik date appoinment baru. So, next date adalah bulan 12 insted of bulan 8 hari tu. 

Aku dah delaykan tarikh Alisha amik suntikan 2 tahun. Sebab aku konfius. InshaAllah aku akan pegi pagi esok. 

Mula dari aku lapor diri kat sini sampai la bulan 9, aku selalu masuk keje lambat. Punch card aku selalu merah. Aku tak kisah langsung actually sampai la last week, pegawai integriti dari ibu pejabat buat naziran dan aku memang masak la... dorang memang duk aim aku je. Bos aku tak tahu nak bagi alasan apa nak backup aku. Last2 nasihat jek la suh berubah. So far, bulan Oktober ni...aku hanya lewat 4 kali jek. InshaALLAH bulan depan takde lewat... aku kena berubah

Apa lagi yang aku tangguh?? seingat aku tu je la.....

Sunday, October 1, 2017

Cataran ibu hamil - 2

Tebiat aku masa mengandung kali ni. Aku tak leh duk rumah. Bila kat rumah aku rasa penat sangat. Rasa mual dan nak muntah. Buka peti ais pun aku nak muntah. Apa lagi aku nak masak ke apa. Memang tak la. Tapi ada jugak manusia yang cakap aku malas. Memang sedih. Time aku rajin dan aku OK, dia bangun2 tido semua dah terhidang depan mata, rumah dah berkemas, baju dah berjemur...tak denya dan tak pernah plak nak puji aku. Manusia macam ni la... time elok, tak pernah nak hargai. Tapi time tak elok laju plak mengeji.. 

Bila kat rumah aku tak leh makan. Memang tak berselera. Minum air masak pun sebab dah kering sangat dah tekak. Klu tak air pun takde rasa nak minum. Apalagi nak bancuh air ke apa. Tapi yang aku heran, bila kat pejabat aku boleh plak makan, walaupun takde la berselera sgt.. kat pejabat aku rasa kuat sikit berbanding kat rumah. Alhamdulillah lah kalau camtu. Masih boleh buat keje lagi la. 

Aku pun tanak rasa camni. Ingat aku suka ke. Tapi memang macam ni la ibu hamil. Hormon badan akan berubah dan totally akan jadi somebody sgt berbeza dgn diri kita sebelum ni. Siapa buleh duga kita akan jadi pemalas... Aku pun selalu berdoa lepas solat agar aku diberikan kekuatan dan semangat agar anak2 yang di depan mata aku ni tak terabai... 

Tapi aku sedih la bila suami sendiri tak paham aku. Yang paling sedih cakap aku pemalas. Ok, lepas hari ni aku nak bawak anak2 aku balik rumah mak aku. Fine.... 

Drama queen sgt kannnn