Tebiat aku masa mengandung kali ni. Aku tak leh duk rumah. Bila kat rumah aku rasa penat sangat. Rasa mual dan nak muntah. Buka peti ais pun aku nak muntah. Apa lagi aku nak masak ke apa. Memang tak la. Tapi ada jugak manusia yang cakap aku malas. Memang sedih. Time aku rajin dan aku OK, dia bangun2 tido semua dah terhidang depan mata, rumah dah berkemas, baju dah berjemur...tak denya dan tak pernah plak nak puji aku. Manusia macam ni la... time elok, tak pernah nak hargai. Tapi time tak elok laju plak mengeji..
Bila kat rumah aku tak leh makan. Memang tak berselera. Minum air masak pun sebab dah kering sangat dah tekak. Klu tak air pun takde rasa nak minum. Apalagi nak bancuh air ke apa. Tapi yang aku heran, bila kat pejabat aku boleh plak makan, walaupun takde la berselera sgt.. kat pejabat aku rasa kuat sikit berbanding kat rumah. Alhamdulillah lah kalau camtu. Masih boleh buat keje lagi la.
Aku pun tanak rasa camni. Ingat aku suka ke. Tapi memang macam ni la ibu hamil. Hormon badan akan berubah dan totally akan jadi somebody sgt berbeza dgn diri kita sebelum ni. Siapa buleh duga kita akan jadi pemalas... Aku pun selalu berdoa lepas solat agar aku diberikan kekuatan dan semangat agar anak2 yang di depan mata aku ni tak terabai...
Tapi aku sedih la bila suami sendiri tak paham aku. Yang paling sedih cakap aku pemalas. Ok, lepas hari ni aku nak bawak anak2 aku balik rumah mak aku. Fine....
Drama queen sgt kannnn
No comments:
Post a Comment