Comel nya anak Tok Tie.. Bertuah dia dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya... semua pakat duk tunggu kelahiran dia.. mesti hidup penuh dengan pujian, kasih sayang dan kesempurnaan.... Boleh tak aku fikir macam tu?
Aku tak punya wang ringgit..sekadar gaji bulanan aku sahaja... saving ada pun cukup2 time emergency sahaja. Aku tak mampu nak mewahkan anak2 aku..tapi bila anak ada request pape, aku akan cuba fulfill permintaan depa. Cuma bila depa pilih barang mahal, aku akan bagitahu, ibu abah takde duit banyak tu nk belikan sekian barang yang dorang pilih... Mujur anak2 aku faham... dorang letak balik... amik barang lain.
Cam dulu, anak2 aku suka sangat beli kinder joy. Dulu rega aku tengok RM 4.90...sekarang ni rega dah cecah RM 5.60 (harga 7eleven).. Memang la rasa membazir sgt belikan coklat tu untuk dorang. Tapi memang layankan je. Tapi bila dah tahap harga dah tak masuk akal, aku mula bagitahu budak2 ni, coklat tu mahal sgt...ibu takde duit nak belikan.... mujur dorang pun faham... dorang tukar dengan coklat lain... Walaupun camtu, still aku rasa terkilan sebab aku takleh ikutkan semua kehendak anak2. Kalau ikutkan boleh je aku belikan...tapi aku nak ajar budak2 ni so that dorang boleh stop beli coklat tu sebab membazir jek bagi aku...
Aku tak mampu nak beli kan pakaian mahal2 dan berjenama... cuma kalau nak raya tu boleh la beli sehelai dua utk budak2 ni. Tapi aku akan make sure, baju dorang sentiasa cukup dan berganti kalau dah lusuh dan koyak. Tak bagi dorang pakai baju yang singkat dan senteng. Itu dah cukup mewah bagi dengan keadaan ekonomi aku dan suami....
Aku tak kaya, tapi jika ada apa2 yang anak aku request nak makan... memang akan aku usahakan sampai dapat. Aku takde la berkira sgt bab2 makan ni. Yang penting anak aku tak pendam nak makan itu ini.. aku pantang betul kalau anak aku terliur dengan makanan orang lain. Bukan apa, kesian dorang la...
Mainan pun aku jarang2 beli... beli pun kat kedai2 ekonomi jek. Ok la, anak2 aku kecik lagi, dorang pun bukan tahu pape. Dah dapat beli mainan pun dah rasa bahagia sangat..
Tapi hal2 sekolah, aku cuba sempurnakan keperluan mereka. Macam Ariff, tiap2 hari aku kena ganti alatulis sebab tiap2 hari ada jek yang hilang. Pensil kaler dah 4 kali beli sejak 3 bulan sekolah. Takpe, aku redha je la sebab dia budak sgt lagi. Tak sense of belonging lagi. Alatulis memang lengkap setiap hari sekolah.
Itu la kisah aku sebagai parents dari orang kebanyakan.. Aku tahu wang ringgit adalah segalanya zaman2 sekarang ni. Tapi aku akan ajar anak2 aku yang kasih sayang, adalah lebih dari wang ringgit... Harap2 kita akan hidup dengan bahagia dan penuh kasih sayang dengan keadaan yang sederhana sahaja. Yang penting kita ingat Allah...