Last weekend memang memenatkan bagi aku. Walaupun pregnant dah nak masuk 8 bulan tapi no excuse kat aku utk elak buat keje rumah. Lagipun aku ni jenis takleh tengok rumah bersepah. Cumanya kelajuan aku buat keje tu mmg slow giler la. Lepas buat satu keje, terus baring kepenatan. Sempat la tido seround. Then sambung balik. Kalau masa berbadan satu dulu...InshaAllah sehari dah boleh settle satu rumah.. tapi sejak berbadan dua ni, dalam 2 hari tu apa je aku boleh buat. Tapi yang pasti...aku akan selalu kemas dapur dan bilik air. Dua tempat ni memang aku jaga kebersihan. Yang lain tu boleh ngelat jugak la... Sekarang ni aku cuma sedaya upaya nak kemas dua bilik yang kami duk guna untuk solat dan bilik iron baju sebab aku bilik tu nanti mesti aku nak guna untuk berurut... ataupun kalau mak aku datang ke.. mak mertua datang ke mesti nak tido dalam bilik tu. Dan bilik tu memang aku tak sempat langsung nak ambil peduli... cuma bilik solat tu je yang ok sikit... cuma habuk2 je la....
Jumaat pagi aku tak masak. Goreng cucur udang + nugdet + sosej utk breakfast. Then bertahan sampai tengahari la dengan makanan ringan tu. Lepas solat Jumaat, kami keluar makan kat foodcourt tesco. Lepas makan gi AEON nak shopping baju bapak budak2 ni. Then settle terus balik. Memang letih la menapak dalam mall. Mujur la Bapak dia banyak melayan karenah budak2 ni. Balik rumah aku masak jugak sebab nak jimat kann... tengahari dah makan kat luar, malam pun takkan nak belanja lagi?? SO fine, masak je simple2.. goreng udang kunyit + sup ayam + telur dadar utk ariff sebab dia sorang je tak makan udang. Yang lain suma suka udang buat macam makan nasi plak. 3 mulut udang, baru satu suap nasi... keje kami mak bapak ni duk ngopek udang kat Aisyah Alisha je la... So jumaat tu takde keje sangat la aku buat. Sempat la basuh baju seround je.
Hari Sabtu ni sedikit hectic la. Pagi kami makan nasi bungkus je. The aku dah start operasi membersih rumah. Basuh baju ada dalam 4 round. Bapak dia tolong jemur kat pagar rumah... then bapak dia left sebab pegi repair kereta kat luar. Then aku basuh porch + veranda luar sebab petang ingat nk suruh budak2 ni main pasir kat luar. Lama dah diorang tak main kinetic sand tu.. lepas membasuh aku memang tersadai macam buaya kenyang la atas sofa. Tido kepenatan. Bangun terus ke dapur masak sebab dah tengahari nnti sian budak2 ni kelaparan. Aku masak ayam goreng pedas je sebab cuma ada ayam je kat rumah.. siap masak, rehat lagi. Lepas rehat suap dorang makan. Malas nak bagi dorang makan sendiri sebab tanak kemas. Lepas makan, layan pulak dorang makan ice cream. Lepas tu aktiviti melipat baju. Lepas tu kemas dapur. Lepas tu vacum dapur + ruang menonton tv + bilik solat. Penat gile...
Itu jek yang aku sempat buat weekend ni. Malam ngajar Ariff buat keje rumah. Then tido kepenatan....
No comments:
Post a Comment