2 hari cuti, hanya semalam jek aku masak. Tupun aku setakat goreng kuewtiau bodoh je.
Jumaat kami tak kemana2. Suami dan anak2 pagi2 lepas breakfast dorang balik rumah nenek dorang sebab suami aku nak repair kereta. Tinggal aku sensorang kat rumah. Aku habiskan masa basuh baju, jemur baju dan lipat baju dan iron baju sekolah anak2 untuk seminggu dan lepas tu aku tidor..... aku tak masak since anak2 dan suami takde kat rumah.. dan makan malam pulak kami hanya makan roti canai sahaja....
Sabtu pulak, pagi2 kami breakfast dgn kokokrunch + nudget. Dalam pkl 10-11 pagi pulak kami makan nasi berlauk kak wook. Lepas tu dalam pkl 3 lebih kami keluar cari makan kat luar. Kami pekena shell out. Actually aku prefer makan kat foodcourt je. Tak kisah la kat tesco ke kat Giant sebab anak2 makan nasi ayam. Tapi suami aku pulak tak suka makan camtu. Dia nak makan shellout. So ikut dia la.. Tapi aku dah agak2 anak2 tak makan lauk2 camtu.. Tapi takpe, kami makan kat Maheran Laksa. Kami order extra terlur dadar utk Ariff sebab dia tak makan lauk2 camni. Ariff teramatlah cerewet. Hanya makan telur dan ayam sahaja. Sampai2 hidangan, Aisyah excited kot, terus amik sotong. Sotong kan kenyal... tetiba dia terus sakit gigi. So, Aisyah tak makan nasi. Duk nangis2 sakit gigi. Ariff dan Alisha pulak makan nasi putih dgn telur dadar. Habis telur dadar terus brenti makan nasi. Alahai.... last2 aku dgn suami je ngadap. Aku memang dah agak, kalau kami keluar makan besar...memang anak2 tak makan sgt especially Ariff. Dia kalau dapat tomyam dgn telur dadar memang laju je dia makan...Last2 malam ni kena fikir lagi apa nak makan....
Walaupun sakit gigi, Aisyah berkeras nak gi Giant sebab dia nak beli mainan kat DIY. Sampai Giant terus hilang sakit gigi. Aku sempat la borong sikit alatulis utk Ariff. Beli yang ekonomi sebab tiap2 hari duk berganti. Takde fulus la ibu kalau nak premium standard punya. Kalau Ariff jenis menjaga harta benda takpe la nk beli yg mahal sket.....
Balik sampai maghrib... lepas solat terus goreng kueytiaw.
No comments:
Post a Comment