Friday, August 31, 2018

Bawak anak2 jenjalan

Petang tadi bwk anak2 jalan2. Bwk dorang ke pantai sebab lama sungguh tak bawak budak2 ni beraktiviti. Sejak Aliyah lahir, rasanya cam takpenah keluar jalan. Penah bwk pegi mall..shopping brg rumah jek lah. Kesian budak2 ni. 2 3 hari lepas ada la bwk budak2 ni keluar pi KB Mall sbb apaknya nak ke UTC. Kemain gembira budak2 ni. Tapi sekejap sangat lerr..

Bila lama tak keluar, budak2 ni pun jadi cam jakun. Mcm baru keluar dari hutan je. Bila jumpa benda yg takpenah tngok kemain seronok. Cam mlm ke utc tu, suami ke Imigresen. Kt pintu depan sblh kaunter nombor giliran tu ada la gmbr org imigresen welcoming visitor. Alaaa...gmbr yg sama besar dgn actual org tu lerr.. seronok Ariff. Siap tumbuk lagi gmbr tu. Pastu... cuit itu, pegang ini.. semua benda kat situ dia nak sentuh. Apa yg dia jumpa cam sesuatu yg baru bg dia. Tapi akak pulak tak suka dia cuit2 brg camtu.. bukan apa akak risau tkut rosak ke jatuh ke pecah ke... sudahnya, bila kuar dari imigresen dia kena marah dgn akak dan suami. Padahal dia excited kot tak penah tengok benda2 cmtu... sian dia. 

So hari ni kami pun bawk la budak2 ni keluar walaupun akak ni malas sikit nak keluar sebab biasalah akak banyak keje. Masa cuti ni la akak nak settlekan mcm2. Nak gosok baju la. Basuh baju. Lipat baju. Kemas dapur. Dan berbagai2 la lagi.... tapi akak keluar jugak la demi anak. 

Sudahnya petang Jumaat kami terisi mcm gambar kat bawah👇🏿👇🏿












Thursday, August 30, 2018

Menunggu Ariff

Ahkak sedang tunggu Ariff habis kelas ni. Akak tak tahu plak kelas jawi dia start hari ni. Akak ingat mggu depan. Jadi kesudahannya akak duk menunggu dlm kereta. Tak tahu nak buat apa. Jadi akak buka2 la camera nk amik gambar sendiri. Puas akak teleng2...namun muka akak ttp jgk cmtu. Takde la nampak makin comel ke hape. Actually akak tak suka amik gambar sendiri sebab bagi akak muka akak tak photogenic. Hahaha secara ringkasnya akak x comelll laa... menyampah akak. Teleng kiri muka tetap tembam...teleng kanan nmpk makin bulat ade la. Last2 akak delete. Takde la gambar akak. Sakit mata nengok nya... padalhal deep down dlm hati akak, akak berharap dlm gambar muka akak akan jd seruncing muka Taylor Switch... hidung pulak semancung Keira Knightly..muka semulus tulussnya mcm artis kpop.. 

Well...akak ni la antara contoh org yg tak reti nk bersyukur... Allah bagi cukup2 anggota badan. Walaupun hidung tak mancung atleast ada la hidung complete dgn lubang hidung semua. Tapi duk berangan lebih2. Astagfirullahalazim......

Akak saje je merapu2 sambil tunggu Ariff. 

Sabor je lah. Datang dah budak tu ke kereta..




Tuesday, August 28, 2018

Cerita akak minggu ni

Assalamualaikum and happy Tuesday. 

This morning memang ahkak kelam kabut sebab terjaga lambat. Akak bangun pukul 7.05 pagi weei.. Kelamkabut mandi, kejutkan Ariff dahlah botol susu baby tak basuh lagi. Sedang akak nak sejukkan susu baby, perut akak tiba2 memulas. Then akak suh suami akak je hntrkan dgn motor. Cepat la skit sampai.

Minggu ni akak rasa cam hectic sangat. Rasa tak sempat nak buat itu dan ini. Ahad dan Isnin sibuk dengan taklimat utk ops. Dengan jalan jemmm padat... (aoa kaitan jalan jemm dgn taklimat kat ofis???)..Ahadnya akak cadang nak pegi hantar Ariff kelas mngaji nak qada bali kelas yang dia tinggal. Tapi disebabkan jalan jamm teruk, lepas tu akak lak nak rushing attend taklimat, so, akak tak dapekla nak menghantar Ariff. Senin pulak masih lagi dengan taklimat ops.. lepas taklimat sibuk pulak dghn preparation cari data la apa la... tengahari akak dah rimas, terus akak keluar cuci dan potong rambut. Terus rasa rilex sikit.... 

Hari ni akak masuk lambat disebabkan bangun lambat la. Semalam akak sibuk duk menonton ellenshow. Akak suka show tu sebab makcik Allen tu kelakor. At the same time deep dwon in my heart akak taksuka sebab Allen tu lesb. Akak terasa macam akak menyokong tindakan dia diluar tabii kalau akak suka dia. Tapi akak tengok jugak la.. akak breakfast kat luar sengsorang, lepas tu akak singgah avon kejap. Lepas tu terus masuk ofis dan pump susu. Sambil ngepam, akak cari data untuk lawatan ke premis syarikat... settle semua dalam pukul 11 jugak la kami kelaur. By 1pm, kami dah settle 4 syarikat. Alhamdulillah, cukup la setakat itu dulu utk hari ni. InshaAllah sambung esok.

Esok sepatutnya akak bawak baby Aliyah ke klinik sebab akak missed yang hari Isnin. Akak tak pasti la akak dapat pegi ke idok sebab dah ada appointment ptg esok. Asyik bertangguh je kalau appointment klinik.

Tuesday, August 21, 2018

I can't sleep

Di pagi Selasa. 1.11am

Mata akak xboleh lelap mungkin sbb mlm tadi akak minum nescafe. Tetiba teringin. Biasanya akk cuba elakkan minum strong kafein sejak menyusu ni. Tapi kali akak langgar pantang.

Biasala klu xboleh tido. Mind pun kemana2 pergi. Fikir psl esok. Nak keje ke idok. Klu keje, kesian plak kat bby dgn Ariff nanti keboringan kat nursery. Budak lain mesti dah tak dtg kot sebab tadi pun ada sorang toddler je dtg..lepas bby dan Ariff jek. Kalau akak tak keje, tak siap lak keje akak. Tadi akak tgh bersemangat nak siapkan report.. Akak ingat naik keje lepas raya boleh terus submit kat boss... 

Akak fikir psl anak2. Bestnya bila anak2 dah besar cmni. Terhibur dgn keletah dorang. Tanak dorang besar cepat sgt...clock please stop ticking.. akak nak hold this moment forever... thts why akak suka captured gmbr dorang as much as akk can. So tht akak will remember every fun time.. every laughing tht we shared. I know I will gonna miss this someday... 

Akak fikir psl financial..just figuring out how akak can earned more money without depending totally on my salary. Akak bukan nk jd kaya raya pun but just enough if we can hv a few money left in our bank account every end of the months. So tht akak boleh beli things tht akak want without to think 100 times... akak kan loves shopping. Actually akak xpernah berangan nk owned luxury thing bcos I knew who I am. Just thinking wat kind of business tht we can setup. Since akak is not business minded and at the same time we dont hv modal. 

Akak fikir psl hubungan akak dgn Allah. Akak masih dan sedang berusaha menjadi hmba yg soleh...tawadduk dlm ibadah akak. 

Akak fikir psl kerja akk. Kenapa sejak masuk kerja lepas bersalin kerja akak tak selancar as before. Ada je halangan. Bantahan... akak agak cuak jugak nk teruskan kotnya org2 yg berkaitan dtg marah2 akak. Akak tak kuat klu bab2 mcm ni. Setelah berfikir2 psl semua perkara.. akak ttp teruskan and hopefully it going to be okay. 

Setelah berfikir2 psl semua benda di atas....mata akak masih tak mengantuk... apa akak nk buat ni??

Monday, August 20, 2018

Cerita anak-anak

Assalamualaikum and Happy Sunday...

Actually akak rasa cam nak stay at home je dgn anak2 sampailah tibanya raya haji. Tapi akak kuatkan semangat sebab banyak keje akak terbengkalai. Bulan ni tak keluar lagi fail audit akak. So, akak kena speeding skit la.

Cerita pasal anak2 akak.

Ariff dah cabut gigi depan dia. Sekarang dalam usaha nak cabut gigi depan yg ke2. Ini adalah gigi ke4 Ariff yg telah tanggal. Janji dgn dia kalau dah berjaya cabut dua2 gigi tu boleh download games 2 games kat ipad. Tapi dia demand nak 3 games. Akak iyakan je. Kena bagi reward cmtu kat dia baru dia bersungguh buat pape.



Aisyah sejak pandai menulis, kat mana2 boleh jumpa tandatangan dia. Sukahati dia je nak conteng mana2. Suka benau sakat Alisha kalau ada yg dia tak berkenan. Tapi sebenarnya dia kakak yang sangat bagus dan caringgg gitu.




Alisha pulak makin pandai menjawab. Kalau suruh pape, ada je yang dia jawab. Lepas tu tiap kali dia kencing, dia mesti mandi. Tiap kali lepas mandi, mesti pakai baju bersih. Dah tanak dah pakai baju yg duk pakai tu. Can't u imagine? dalam sehari kalau hari cuti adala 6 7 kali dia mandi...dan berapa banyak baju dia dalam bakul baju kotor....


Aliyah masih dlm progress meniarap jek lagi. Ini budak kecik sangattttt bagus. Ibu is waiting for ur next progress.... 


That's all..... semoga uolls membesar dgn sihat dan jadi anak2 yang soleh dan cemerlang. Muaah sikit. 

Thursday, August 16, 2018

Akak is down.

Akak felt so down this morning because I guess my presentation just now was failllllled. Really annoying la bila kena buat public speaking. Adoiii. Akak should put PUBLIC SPEAKING as one amongst things that I hate. So, mood akak pagi ni dah spoil. Akak rasa nak duduk bawah meja je. Akak malu to everyone... Hahaha

Susah la jadi introvert person. We are happy in our own way. Please la dont disturb us to do something tht we dont like such as make a public speaking or whatsoever. I hateeee.. Klu orang extrovert mesti dah bersorak sorai bila tahu kena buat presentation kannn? Respect sgt kat orang yang ada kebolehan camtu. 

Btw, akak dan Ariff dah berbaik cam biasa. Happy.. Semalam lepas office pegi jemput dia kat nursery pun dia meragam cam hari lepas. Cakap negetive things to akak. So, akak marah dia balik. Akak cakap no more talk to Ibu. Ibu pun tanak amik tahu dah pasal Ariff. Sukahati Ariff la nak buat apa. Nak apa2 please request dgn abah. Then, dia terus tertido dalam kereta. And surprisingly, sampai rumah dia terus berubah jadi Ariff yang lama.... 

End of the story. 


Wednesday, August 15, 2018

Konflik akak dgn Ariff

Happy Tuesday...

Semalam dgn Ahad lepas akak agak sibuk..terus terlupa nak berblog. 

Akak tengah dalam konflik dgn Abg Ariff. Sebenarnya sejak Isnin lagi dia cam angin dgn akak sebab dia suruh akak belikan komik. Tapi akak mana ada masa nak pegi kedai buku carikan komik. Terus akak cakap lain kali ibu belikan sebab ibu tak sempat nak ke kedai. Cuma petang semalam kemarahan dia tu membuak2. Mulanya dia suruh pegi amik Aisyah dgn Alisha kat sekolah. Akak cakap tak boleh sebab sekolah depa jauh.. Jalan plak jammed. Biar depa balik dgn abah. Start dari situ dia dah mengamuk.  Dia tanak pegi sekolah dgn akak. Dia tanak cakap dgn akak. Tanak tido dgn akak. Dia tanak makan nasi akak masak. Akak tegur pun dia tanak layan. 

Semalam balik mmg dia tak makan, mungkin sebab dia kenyang makan kepok lekor. Semalam pun tak buat homework. Akak biarkan budak2 ni dgn abah dia, akak masuk tido awal dgn baby. So pagi  ni, akak pun suruh abah dia hantar je pagi ni. Akak terpaksa pegi dgn gegirls. Akibatnya akak kelewatan 30 minit.  Akak terdetik dalam hati, kalau terusan Ariff nak bergaduh dengan akak, takpe la. Biarla abah dia plak melayan. Akak pun sedih jugak bila Ariff tanak kawan dgn akak....

Kalau la gegirls nak pegi dgn akak, dorang pun kena turun awal gak supaya akak tak lewat. 


Wednesday, August 8, 2018

Mood akak masih hilang

Last week yang akak cuti ke pesta buku kat KB Mall tu, akak ada belikan komik untuk Ariff. Konon2 nak galakkan dia suka membaca. Akak beli komik Agen Ali. Baru semalam akak bagi dia. Kemain suka dia. Tiga kali baca. Walaupun baca tergagap2 tapi ok la. At least ada usaha dia.




Pagi tadi sebelum ke kelas. Ariff sempat akak suh carikan dia komik Boboi edisi 3. Hahaha.. siap pesan nak edisi berapa2. 

Ni cerita pasal akak pulak. Mood akak still kat laut dalam,.. tolonglah aku Ya Allah... Buat keje jap, termenung lama... sambung balik buat keje jap... berenti temenung lagi... apa nak jadi dgn akak ni dik oooii. Kepala akak cam berputar2 jek tengok komputer. Kalau tngok HP tak pulak pening. Pelikss

Actually, akak takde mood sebab semua keje akak adalah dalam peringkat penyediaan report dimana akak perlu berpikior nak olah ayat akak supaya sedap dibaca. Padahal laporan akak tu akak copy paste laporan yg lepas2 jek. Ubah sikit2 jek. 

Akak perlukan kekuatannnnnnn....


Sunday, August 5, 2018

Cerita hari minggu akak

Happy Sunday...

Sunday biasa akak akan buka cerita tentang aktiviti akak pada hari minggu je. Tapi since my weekends was not interesting at all, makanya takde ape la akak nak bercerita. No cooking story. All about membasuh dan mengemas. Well, when all my energy went to do all laundry and tidying, so I will rest from doing the cooking things. Hahaha. Ntah betul idok English akak ni. Tapi akak still nk type guna English gak. Kahkah belagak tak ingat kannn...

Gitu la kehidupan akak selepas kehadiran Aliyah. Actually sebelum Aliyah ada pun my life at weekend pun camtu gak. Haha. Cuma last friday and saturday, Ariff ke kelas ngaji kat Al Baghdadi. 

Semalam akak tinggal baby and the rest kat rumah while akak and Aisyah went to Giant to look for fresh milk and  a stuff for Ariff to bring to his art class. Kejap je dik akak pegi. Memang berkejo dgn Aisyah sebab belum apa2 suami akak call suh balik sebab dia janji dgn orang nak datang tengok kereta. Panas hati akak. Akak tak masuk Giant lagi pun. Baru settle kat DIY tu pun akak tak procrastinating tau.... main amik2 je. Akak kiranya keluar sejam je. Akak balik... Alisha pampers je. Ariff bogel katanya baru siap mandi. Masuk rumah.... akak tengok atas lantai...bertitik-titik cecair atas tiles bermula dari dapur ke bilik air..... tapi akak cool je. Abah dia cakap Alisha main telur mentah. Dia cam pening. Akak balas balik ' baru awak tahu camne... tu sy tinggalkan 3 orang anak sahaja dgn awak,.. biasa awak tinggal saya camtu la saya... lagi la dengan 4 ketul budak2 ni.' 

Masuk akak terus tidurkan si kecik. Then akak lap balik bekas telur yang dah kering tu. Siap akak sapu dan mop tangga kat luar. Akak tak tergamak dah nak tengok tangga yang berpasir dan selipar yang bersepah. Tapi kalau akak tak buat... mmg takde orang yang akan buat. Siap menyapu, akak ke dapur basuh pinggan dan goreng fries utk Ariff. Dah siap, duduk jap nak keringkan peluh.. bunyi sayup2 dari bilik, baby dah jaga. Penat pun tak sempat hilang lagi..... 

Itulah kehidupan.

Since akak dah bebas dari sindrom ibu mengandung, akak back to normal routine, akak akan memblog as frequently as i cannnn.. InshaAllah.

Saturday, August 4, 2018

Temankan Ariff makan..

Pagi tadi akak pegi sekolah Ariff. Dia tertinggal duit poket dia dalam kereta. Akak kesian kat dia nanti dia mngendeng2 kat kanteen tengok orang makan walaupun hakikatnya akak tahu dia tak membeli makanan yang mengenyangkan. 

Sampai akak terus ke kelas dia, tapi masa tu budak2 baru keluar bilik darjah menuju ke kanteen. Akak nampak macam Ariff berdesup keluar berlari sambil pegang duit kertas wane biru. Peliks. Mana dia dapat duit. Ke akak silap tengok? Memandangkan akak tak sempat nak kejar, so akak patah balik ke kelas. Nak pastikan yang akak tengok tadi adalah Ariff. Kelas dia dah kosong. 

Terserempak dengan cikgu dia. Saje nak berbahasa,.. terus tanya ' Ariff dah kelaur yea?'... Cikgu dia balas... 'Ariff cakap dengan saya dia tak bawak duit. Saya dah bagi dia duit tadi...' Ooo... patutpun berdesup lari keluar. Akak terus ganti duit cikgu tu walaupun dia menolak. Terus akak ke koperasi. Akak tahu takde tempat lain dia nak tuju kalau tak ke koperasi... Akak sampai, dia dah selamat membeli apa ntah.Cartoon cheque note. Katanya seringgit. Ada aje benda merapu dia nak membeli kat sana. Terus ajak dia pegi kanteen suh beli makanan. Dia beli nasi air RM1. Pas tu minta nak beli air vitegen RM2. Siap makan, minta beli naget RM1. Haaa... dah kenyang baru selesa nak makan,. ni biasa duk beli beli benda ntahapa2 jek. Beli coklat la. Gula2 la. beli alatulis la. Masalahnya alatulis dia beli takdenya bertahan lama. Beli pagi ni, malamnya dah patah hancur. Pensel tekan dah tinggal kelongsong sahaja. Beli rubber la. Beli ruler la. Esok dah patah2 dah. Adooii.. pening kepala akak. Mula2 akak bising. Sebab dia tak menjaga harta benda dia. Akak siap ugut2 nak hanger kalau balik sekolah alatulis hilang. Bila akak ugut camtu tahan la skit tahap kehilangan alatulis dia. Kiranya bila malam ada lagi la 2 3 ketul alatulis. Pernah je balik pencil box kosong. Semua hilang. Tapi bila akak fikir balik. Biar la dia. Dia budak2 lagi. Nanti by time, dia akan sedar sendiri. Dia akan ada rasa sense belonging dgn barang2 dia sendiri. Akak cuma kena bersedia stok alatulis yang banyak nak gantikan alatulis yang hilang setiap hari. Akak pun beli stok kat kedai ekonomi jekkk..So, sekarang ni akak dah kurangkan kebisingan mulut akak ni. 

Tengahari kalau datang jemput dia nak hntar fardu ain nampak kelaparan jek dia. So memang kena bawak dia pegi makan. Menu biasa tengahari dia nasi KFC. Akak taknak pegi kedai makan biasa sebab kepanasan yang extraaa sekarang ni. Lagipun kalau makan nasi kat kedai makan biasa harga pun nak cecah RM8 jugak kalau beli nasi + air. 


beli nasi air
Tu dia.... makan siap tonggeng mangkuk... tahu awak lapar. Tapi tanak pulak beli makanan.