Happy Tuesday...
Semalam dgn Ahad lepas akak agak sibuk..terus terlupa nak berblog.
Akak tengah dalam konflik dgn Abg Ariff. Sebenarnya sejak Isnin lagi dia cam angin dgn akak sebab dia suruh akak belikan komik. Tapi akak mana ada masa nak pegi kedai buku carikan komik. Terus akak cakap lain kali ibu belikan sebab ibu tak sempat nak ke kedai. Cuma petang semalam kemarahan dia tu membuak2. Mulanya dia suruh pegi amik Aisyah dgn Alisha kat sekolah. Akak cakap tak boleh sebab sekolah depa jauh.. Jalan plak jammed. Biar depa balik dgn abah. Start dari situ dia dah mengamuk. Dia tanak pegi sekolah dgn akak. Dia tanak cakap dgn akak. Tanak tido dgn akak. Dia tanak makan nasi akak masak. Akak tegur pun dia tanak layan.
Semalam balik mmg dia tak makan, mungkin sebab dia kenyang makan kepok lekor. Semalam pun tak buat homework. Akak biarkan budak2 ni dgn abah dia, akak masuk tido awal dgn baby. So pagi ni, akak pun suruh abah dia hantar je pagi ni. Akak terpaksa pegi dgn gegirls. Akibatnya akak kelewatan 30 minit. Akak terdetik dalam hati, kalau terusan Ariff nak bergaduh dengan akak, takpe la. Biarla abah dia plak melayan. Akak pun sedih jugak bila Ariff tanak kawan dgn akak....
Kalau la gegirls nak pegi dgn akak, dorang pun kena turun awal gak supaya akak tak lewat.
No comments:
Post a Comment